KFC Spicy Gochujang Crunch

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Weekend baru ni saja lah lepak lepak dekat KFC Wangsa Maju ni sebab dah lama tak keluar dengan kawan kawan. MemangNani ajak dia orang keluar semata mata untuk makan KFC okay, gigih sangat rasa! Hahah! So, alang alang KFC ada keluarkan menu terbaru dia orang, Nani pun teringin lah jugak nak try. Sebelum tu ada aje baca review orang dekat Twitter pasal KFC Spicy Gochujang Crunch ni, mostly cakap rasa dia biasa biasa aje, ada yang cakap tak sedap langsung. Tapi biasa lah, Nani ni pantang ada benda baru, mesti nak cuba jugak rasa. Hahah! Iye lah selera kan lain - lain, mana lah tahu tiba tiba sendiri yang makan rasa sedap ke kan. Masa tu fikir kalau sos tu tak sedap pun tak apa lah sebab still boleh makan ayam tu. Harga untuk satu set KFC Spicy Gochujang ni dalam RM 14.50 macam tu lah tak silap Nani. Set ni actually sama aje macam set yang snack plate tu, cuma yang ni dia gantikan bun tu dengan sos gochujang. Nani hari tu siap dapat dua bekas lagi okay sos tu. So sedap ke tidak sebenarnya set yang baru ni? Jeng jeng jeng. Boleh lah baca dekat bawah ni okay review Nani setulus hati (cehh!) pasal menu baru daripada KFC ni. 
KFC Spicy Gochujang Crunch
Review ni based on citarasa Nani lah tau, tak tahu lah kalau korang makan sedap. Heheh. Pada Nani sos tu macam turn off sikit sebab ada rasa macam rempah ratus lepas tu manis. Ikutkan sos gochujang ni pedas tau tapi yang KFC punya version ni memang tak ada langsung rasa manis. Hahah! Entah lah, pada Nani macam tak kena lah nak makan ayam tu dengan sos gochujang ni. KFC Wangsa Maju ni siap bagi dua bekas lagi sos nya tapi satu bekas pun tak terhabis Nani makan. Suku bekas aje kot yang luak sos ni hari tu. Terus rasa macam menyesal sikit beli set yang ni. Kalau tahu, baik lah ambil set yang biasa tu aje. Hahah! Tapi kalau korang nak try, beli aje lah okay. Ini ikut selera tekak Nani.
KFC Spicy Gochujang Crunch
Nampaknya memang betul lah bagai yang dikata warga Twitter yang KFC Gochujang ni biasa biasa aje rasa dia. Hahah! Ayam tu sama aje macam biasa, so boleh lah makan dengan coleslow & mashed potato. Nani hari tu dua kali dip aje dalam sos gochujang, lepas tu terus tolak ke tepi. Hahaha! Terbayang bayang lagi rasa yang tak berapa nak ngam tu. Kalau pedas mungkin okay sikit lah tapi sebab cheese kan muak pun iye jugak. Nasib baik lah tak sampai tahap loya. Heheh. So, Nani rate 2.5/5 aje lah untuk set KFC Spicy Gochujang Crunh ni.  Nak repeat lagi tak? Jawapannya mesti lah tidak. Nampaknya kalau KFC ni, menu yang sedia ada tu jugak lah yang jadi pilihan hati. Lain lain tu biasa biasa aje, tak ada lah wow mana macam dalam iklan tu. Hiks. Korang dah ada yang cuba ke menu terbaru daripada KFC ni? 

Resepi Popia Carbonara Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kali ni nak share pulak Resepi Popia Carbonara yang paling mudah & sedap. Heheh. Resepi orang bujang kan, haruslah yang mudah mudah aje semuanya. Actually dah banyak kali buat popia ni, tapi baru ada masa nak share resepi ni dengan korang. Buat sendiri jugaklah yang paling berbaloi. Hari tu Nani pernah beli tapi tu lah, isi dalam tu sikit aje, dah tu berminyak sangat okay. Memang turn off lah nak makan. Mahal pun iye jugak, sejak daripada tu memang tak pernah beli lah. Asal teringin nak makan aje buat sendiri lepas tu simpan dalam peti ais. Bila lapar, tinggal goreng aje. Memang senang kerja. Tapi jangan lah pulak simpan popia tu sampai dua tiga minggu, nanti kang basi lah pulak. Hahahah! Biasa lah, kalau yang versi homemade ni paling lama pun 5 - 6 hari macam tu aje boleh simpan. So untuk korang yang nak try buat popia carbonara ni, boleh try resepi dekat bawah ni okay!
Dekat atas ni semua bahan bahan yang 'wajib' lah ada pada Nani untuk buat popia carbonara ni. Tapi kalau korang sejenis yang tak makan sayur tu, tak payah lah letak carrot tu okay. Nani just guna bawang holland potong dadu, carrot pun potong dadu jugak, sosej, sos carbora jenama Prego dan jugak serbuk lada hitam. Memang tak letak garam langsung sebab sos Prego tu dah cukup rasa. Carrot tu Nani guna sebatang betul baru sedap. Tapi depends on citarasa masing masing okay. 
Nani kalau sos carbonara memang selalunya guna jenama Prego ni lah, kalau jenama lain Nani tak sure kena tambah garam ke tidak sebab tak pernah try. Nanti kalau korang masak lepas tu tak berapa nak 'kick' rasa tu tambah lah garam okay, tapi pada Nani kalau guna yang Prego ni memang dah secukup rasa sangat. Sos ni pun agak pekat, so tambah air sikit okay. Agak agaklah, jangan banyak sangat kang cair pulak. Hahaha! 
Mudah aje cara nak buat popia carbonara ni, first sekali korang tumis bawang holland tadi sampai kekuning kuningan. Kemudian masukkan sos prego & sedikit air. Kacau sampai sebati lepas tu masukkan carrot dan serbuk lada hitam. Nani masukkan sosej last sekali sebab sosej ni tak ambil masa yang lama sangat nak masak. Plus, sosej tu pun kita dah potong nipis nipis kan tadi so dalam 2 - 3 minit macam tu dah masak lah sosej tu. Heheh. Kacau semua sekali sampai sebati, siapp!
Next step ialah kita kena gulungkan popia ni. Tapi make sure sos yang kita masak tadi dah sejuk terlebih dahulu, baru lah senang nak gulung nanti. Nani letak isi dalam tu sedang sedang aje supaya nanti bila kita goreng tak ada lah isi tu terkeluar. Ada jugak sesetengah orang suka tambah cheese jugak dalam popia carbonara ni tapi Nani lagi suka versi yang ni lah. Sedaap jugak okay! Hiks. 
Last sekali boleh lah goreng dalam minyak yang dah betul betul panas, baru lah nanti elok aje kejadiannya. Satu lagi, make sure popia tu kita gulung kemas kemas tau supaya dia tak terbuka masa nak goreng tu. Hasilnya macam dalam gambar dekat atas lah. Hiks. Serious sedap sangat, kalau makan ramai ramai nk memang sekejap aje dah habis. Hahah! Korang yang teringin nak buat Resepi Popia Carbonara tu boleh lah try guna cara Nani ni okay. Lagi berbaloi buat sendiri, haritu Nani beli orang jual dua gulung popia ni tiga ringgit. Boleh tahan okay harga nya. Heheh. Selamat mencuba! 

Jom ke Karnival Year End Zakat 2018

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Apa plan nak buat weekend ni? Kalau korang tak ada plan apa apa lagi, boleh lah ajak family & kawan kawan semua ke Karnival Year End Zakat anjuran Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ - MAIWP). Hari ni hampir separuh hari jugaklah Nani berada dia Karnival YEZ ni, macam macam aktiviti ada okay! Oh ye, Karnival Year End Zakat ni diadakan di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam. Bukan hari ni aje tau Karnival YEZ ni, esok pun ada lagi so masih sempat lah untuk korang ke sana. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendekatan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya zakat harta. Macam yang Nani dengar tadi, tak kira lah kecil ke besar ke gaji kita tetap jugak ada potongan untuk zakat. Ha korang dah check ke belum berapa potongan zakat daripada gaji setiap bulan tu? Heheh. Kalau belum, esok boleh lah singgah ke Karnival YEZ ni okaay! 
Dah lah masuk pun percuma, siap berpeluang untuk menang macam macam cabutan bertuah lagi. Memang untung sangat lah siapa yang pergi ke Karnival YEZ ni tau! Paling best sekali sebab karnival ni bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi untuk seisi keluarga. Mana yang ada anak anak tu, hah boleh lah bawa sekali ke sana sebab ada pertandingan mewarna dan juga sesi bersama Mascot Didi & Friends. Itu untuk hari ni lah, kalau esok pulak anak anak boleh lah jumpa dengan Mascot Omar & Hana. Memang menarik sangat program program yang dianjurkan di Karnival YEZ ni. 
Muka tengah tahan panas. Hahah! Walaupun cuaca agak panas tapi korang jangan risau sebab ada banyaaak sangat gerai yang menjual pelbagai jenis minuman dan juga makanan. Harga pun berbaloi sangat. Khemah jugak ada disediakan di pentas utama. Agak agak dah penat berjalan nanti boleh lah berehat sekejap dekat bawah khemah tu. Heheh. 
Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Year End Zakat di Masjis Usamah bin Zaid siang tadi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PPZ - MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Selain daripada pelbagai pertandingan dan aktiviti dijalankan, terdapat juga booth untuk dikunjungi. Kalau korang ada apa apa kekeliruan tentang zakat, boleh lah singgah di booth yang ada di sekitar perkarangan Masjid Usamah ni. Nak mohon kerja pun boleh, bawa resume siap siap okay! 
Photo booth pun ada, free aje ni hah. Eh banyak lah hadiah, barangan free yang korang boleh dapat dekat Karnival Year End Zakat ni, memang rugi siapa yang terlepas peluang ke sana. Nani tadi pergi dengan tangan kosong tiba tiba balik macam macam dapat. 
Kaunter Zakat Bergerak, ini antara yang paling ramai orang kunjungi tadi. Nak tahu lebih banyak tentang zakat, korang kena lah datang esok okay! Boleh tengok dekat bawah ni antara aktiviti aktiviti yang akan dijalankan pada esok hari. Ramai juga selebriti selebriti jemputan yang akan menyerikan Karival YEZ ni tau, antaranya Hijjaz, Raihan, Ustaz Wan Akasyah, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, PU Rahmat, Hafiz Hamidun dan ramai lagi lah. 
Jom ke Karnival Year End Zakat 2018
Jangan lupa okay ajak family dan kawan kawan semua ke Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju hari esok! Ada banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan dan paling penting semuanya aktiviti yang menyeronokkan. Kalau tengok dalam list aktiviti tu, ramai selebriti yang akan berada di sana, so jangan lepaskan peluang ni okay! Masjid ni pun tersangat lah senang untuk korang pergi. Turun aje dekat Stesen LRT Wangsa Maju tu, korang boleh ambil grab car dalam lima minit macam tu dah sampai lah masjid ni. Memang dekat sangat. Jangan lupa ke Karnival Year End Zakat ni esok! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page