Domino's Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat pagi Isnin. Heheh. Baru ni order Domino's online lagi, punya lah malas nak masak sendiri. Bila datang mood malas tu, memang tak ada nya nak tanak nasi, masak lauk apa semua. Hahah! Tapiii kalau order online tak pernah okay malas, memang rajin semacam. Kah! So kali ni order untuk sorang aje makan, tak dapat lah nak guna coupon yang murah murah tu. Nani baru tahu yang Domino's ni tak ada minimum order rupanya, ingatkan sama macam fast food yang lain. Kalau Mcd tu around RM 23++ baru dia orang buat penghantaran. Nani pun baru first time hari tu beli tak banyak. Selalu berkotak kotak order sebab kongsi ramai ramai. Hahah! Bila bab makan ni, the more the merrier konsep diaa! Hehehe. 
Hari tu Nani order pizza personal lepas tu add on stuffed cheezy bites dengan sos salsa. Konon nya lah nak makan cheezy bites tu dengan sos salsa sebab nampak macam sedap aje. Hahah! Total semua sekali haritu dalam RM 21++ sekali dengan penghantaran. Sampai sesat jugak lah bro Domino's ni nak cari rumah harit tu. Hahaha! Maybe pekerja baru kot so tak berapa nak familiar sangat, my house dekat jalan utama lagi memang jaaaarang lah orang tak jumpa. 
First time Nani try stuffed cheezy bites ni, boleh lah nak makan tapi tak ada lah wow sedap gila. Hahah! For me, dia masin sikit kot but yaa setiap orang citarasa lain lain kan, mungkin ada yang suka. Ohh sos salsa tu waaaaay different from my expectation. Tak sedap lah pada Nani, terus rasa menyesal sikit beli. Hahah! Rasa dia masam sangat, memang turn off lah bila makan. No more sos salsa lepas ni. 
Kali ni kita try pulak Classic Chicken (personal) macam biasa lah when it comes to pizza tak pernah menghampakan langsung. Heheh. Nani suka Domino's sebab topping dia tak kedekut langsung okay, worth lah beli pun. Ohh sekarang pun dia orang ada keluarkan pizza baru kalau tak silap, Pulled Beef Pizza kot namanya, nampak sedaaap! Tapi tu lah, makan fast food selalu pun tak bagus jugak. Hahah! Esok cuti boleh lah jalan jalan cari Domino's. Heheh. 

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kali ni kita join pulak Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com. Mana lah tahu terpilih jadi salah seorang pemenang bertuah ke kan. Hahaha! Mana yang belum join tu, pergi lah klik link tu laju laju, lima orang okay pemenang yang dicari. Tak ada apa pun Nani nak komen dekat blog kak Mai ni, semua dah elok kemas aje. Lagi pun, segan lah kita nak komen dekat blog orang yang pandai design semua ni. Hahah! Untuk kak Mai, selamat hari lahir! Semoga dilapangkan pintu rezeki seluas luasnya dan dipermudahkan semua urusan. Bila entah dapat jumpa face to face dengan kak Mai ni, asyik bersapa dekat sosial media aje selama ni. Heheh. 
Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com
Jangan lupa join tau korang giveaway ni!
Sampai 02 Disember 2018 ni aje :) 

Kentang Putar Segera

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni adik Nani ada beli Mashed Potato & Gravy yang instant tu. Mula mula Nani macam 'erm sedap sangat ke kalau makan yang instant ni, baik buat sendiri lagi puas hati.' Hahaha! Kemain lagi jual mahal kan, padahal belum rasa lagi masa tu. Satu paket ni dalam RM 15 macam tu kot tapi Nani tak sure ada jual dekat mana sebab tak ada pulak social media dia orang dekat packaging. Zaman sekarang ni macam macam jenis makanan instant ada, tinggal kita ni rajin atau pun malas aje. Hahah! Kalau dah ada yang isntant ni, tapi malas lagi tak tahu lah nak cakap apa. First impression bila tengok packaging ni memang Nani rasa biasa biasa aje. Tapi bila dah makan sedap okaaaay so moral dia, jangan lah judge packaging semata mata. Hahaha! Packaging cantik pun belum tentu lagi sedap. Nak sediakan mashed potato ni pun senang aje okay, asal ada air panas confirm menjadi. Next time boleh lah suruh adik Nani order lagi mashed potato ni, makan dengan chicken chop ke memang ngam sangat. Hari tu konon nak buat chicken chop sekali tapi tu lah, tak sempat. Hahaha! 
Ini lah packaging yang Nani cakap tadi, serious simple sangat. Rasanya kalau adik Nani tak beli hari tu, memang sampai ke sudah lah tak tahu yang benda ni sedap. Hahaha! Memang rasa dia lebih kurang yang macam KFC punya. Berbaloi lah jugak beli sebab banyak kan satu packet ni. Nani jaraaang jugak beli yang instant macam ni sebab selalunya tak berapa sedap tapi yang kali ni not bad.  Korang kalau ada terjumpa dekat mana mana, boleh lah try jugak okay! 
Ini lah rupa mashed potato & gravy instant ni. Bancuh aje dua dua serbuk tu tak sampai lima minit dah boleh makan. Hahaha! Cepat, mudah dan sedap. Kalau malas lagi nak buat tak tahu lah nak cakap apa. Tak ada pun rasa pelik ke apa ke bila kita makan tu, memang sama lah macam yang buat sendiri. Lepas ni dah tahu lah dekat mana nak cari mashed potato yang sama macam kita buat sendiri. Heheh. Puas hati sangat kalau beli yang instant & dapat yang sedap macam ni kan. Nani jenis tak berkira sangat pun nak beli bila benda tu sedap, janji puas hati. Kann? Korang pernah tak try mashed potato & gravy yang instant macam ni? Ke suka buat sendiri aje? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page