Nene Chicken di Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Apa plan sempena cuti Deepavali hari ni? Nani ingat nak pergi tengok movie Gol & Gincu 2 tapi mengenangkan hari ni public holiday, macam sesak aje kan dekat mall tu. Hahah! Sudahnya kita tukar plan, berehat aje lah dekat bilik. Kisahnya hari tu ada jalan jalan dekat area Avenue K, lebih tepat lagi sebenarnya dekat Muji (hahah) tiba tiba ternampak outlet Nene Chicken ni hah. Tapi masa tu dah kenyang baru lepas makan dekat Boat Noodle, so kita padamkan lah niat suci murni nak makan dekat sini. Balik tu Nani pun google lah pasal Nene Chicken ni, baru lah tahu rupanya ni pun antara outlet yang jual ayam Korea jugak. Gigih okay siap google lagi, punya lah nak tahu sangat kan. Hahaha! Lepas pada tu terus lah aim nak makan dekat sini. Sekarang kemain lagi suka makan ayam goreng Korea, walaupun harga dia kadang kadang boleh tahan jugak tapi puas hati sebab sedap. Rasanya sejak dah try makan Nene Chicken ni, memang terus jatuh cinta lah dengan ayam dekat sini. Hahahah! Serious sedap wei! Korang yang jalan jalan area KLCC ke Avenue K pergi lah try sendiri. 
Nene Chicken di Avenue K
Nani tak ingat sangat Nene Chicken ni dekat tingkat berapa tapi dia satu level dengan Muji. Heheh. Tak susah pun nak cari, memang confirm korang boleh jumpa sebab dekat sangat dengan escalator. So, apa yang menarik sangat dekat Nene Chicken ni? 
Nene Chicken di Avenue K
Nene Dosirak (RM 17.90)
Since Nani pergi hari tu time lunch, tekak ni nak jugak menu yang ada nasi, so kita order lah Nene Dosirak (flavoured). Dekat sini ada tiga jenis flavoured, yang Nani pilih ni Freaking Hot Fried Chicken. Untuk set yang ada nasi ni, kalau ambil yang original punya, murah sikit lah around RM 16.00 macam tu. Dalam satu set Nene Dosirak ni, ada ayam bahagian wings enam ketul, kimchi, coleslow, fries dengan air. Pada Nani, berbaloi lah jugak dengan portion yang macam ni. Sedap ke tidak? Jeng jeng jeng. 
Nene Chicken di Avenue K
Ikut kan tekak Nani ni, memang serious sedappp! Ini first time makan ayam goreng Korea yang betul betul pedas. Selama ni yang Nani dah pernah try (kecuali Eung Chicken) nama aje hot, spicy tapi tak pedas sangat pun bila makan tu. Hahahah! Kali ni memang puas hati sangat sangat lah makan, sampai berair mata okay! Next time nak ajak kawan repeat lagi makan dekat sini tapi nak makan ayam goreng dia orang aje. Heheh. Selain daripada ayam goreng, ada jugak burger dengan wrap apa entah nama dia. Dua ni pun nampak menarik jugak. Maybe boleh try lain kali. 
Nene Chicken di Avenue K
Fries ni memang banyak tapi sebab dia manis so Nani tak berapa nak suka sangat. Kalau fries biasa tu lagi sedap rasanya. Heheh. Memang recommended untuk try makan dekat Nene Chicken ni, korang boleh check it out siap siap dekat website harga makanan dekat sini. Setakat yang Nani tahu outlet dia orang tak banyak sangat lagi dekat Malaysia ni, ada lebih kurang lima cawangan macam tu aje rasanya. Berbaloi baloi sangat okay, setakat ni memang Nani letak Nene Chicken ni as pilihan utama lah, ayam pun crunchy okay! Oh ye, dekat sini konsep dia self service, so lepas order dia orang akan bagi macam "alarm" nanti makanan dah siap dia berbunyi and kena ambil dekat kaunter. Heheh. Kalau pernah makan dekat 4 Fingers mesti tahu macam mana. Hiks. Jangan lupa cuba okaaay! 

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Assalamualaikum & Hello.
Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz
klik SINI untuk join okay! 
Mana lah tahu terpilih sebagai salah seorang pemenang ke nanti, planner pun kemain lagi colourful. Alang alang planner untuk next year pun tak ada lagi, gigih lah kita join. Korang pun cepat cepat join jugak okay! 

Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Tengah berkerja ke tu atau sambung cuti terus sampai Selasa? Heheh. Budak budak sekolah jugak yang untung cuti sampai Rabu. Kisahnya baru ni balik Pahang, bila dekat rumah, paling best sekali mesti lah bab makan. Air tangan ibu ni yang paling win, memang tak boleh lawan lah dekat tempat lain kan. Heheh. Kali ni balik macam macam okay makan, terubat dah rindu dengan masakan ibu. Sebulan sekali aje hah sempat balik, masa ni lah nak request makan macam macam. Hahah! Seronok betul kalau dapat duduk dengan family ni, nak makan apa semua terhidang. Hiks. Dah duduk jauh ni, hadap lah apa yang ada. Sedap ke tak ke makan aje lah. 
Breakfast paling fav, nasi kerabu dengan lauk daging. Dekat Pahang boleh dapat lagi nasi kerabu & lauk bawah lima ringgit macam ni. Daging pun serious tak kedekut, dia punya banyak tu sampai kita boleh ratah lah daging tu. Hahah! Hari tu dekat Gombak ni Nani beli nasi kerabu macam ni total tujuh ringgit lebih okay. Boleh tahan jugak lah harga tu. Itu yang kadang kadang beli nasi kerabu biasa aje, baru tiga ringgit lebih. Jimat! 
Sempat lah jugak memasak hari tu masa balik Pahang, jadi lah buat makan tengah hari sambal udang campur peria. Nani dah pernah share resipi ni dulu, kalau nak tahu boleh tengok dekat sidebar okay! Macam biasa, peria kita tolak tepi semua sekali, makan udang aje. Buat pedas pedas sikit, memang bertambah lah makan nasi. 
 Nasi lemak, menu wajib suruh ibu buat setiap kali balik. Heheh. Kali ni tak ada ayam goreng, telur mata pun jadi lah. Masak lebih sikit, makan lah dari pagi sampai ke tengah hari. Hahah! Resipi sambal pun ada dekat sidebar, boleh lah pergi baca okay! Mana tahu ada yang teringin nak buat sambal nasi lemak macam ni. Heheh. 
Kali ni bukan Nani yang buat mee kari, tapi ibu Nani. Tengok rupa pun dah tahu lain sangat. Hahah! Nani punya versi bujang, so kita buatlah guna bahan apa yang ada. Ini complete semua benda ada, sedaaap! Paling suka mee kari yang ada letak tauhu tu, fuhh memang layan sangat awakk!
Cekodok pisang versi Nani. Nani kalau buat cekodok pisang memang letak pisang, tepung dengan gula aje sikit. Tepung pun tak ada lah letak banyak sangat, sedang elok aje. Kalau yang orang jual tu rasa tepung aje lebih, pisang tak rasa sangat pun. Hahaha! Stress betul okay kalau beli cekodok pisang yang macam tu (selalu terkena). Nampak sedap aje, sekali dah beli alahai tepung aje yang rasa. Hahaha! Ingat nak buat karipap jugak hari tu tapi tak sempat. Balik pun sekejap aje, ada hati nak masak macam macam memang tidak lah kan. Heheh. Esok cuti, apa plan korang? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page