Resepi Gulai Lemak Perut

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sihat ke semua? Ke dah ada yang mula demam durian. Hahahah! Since baru ni aku rajin sikit nak masak macam macam so boleh lah kongsi resepi dengan korang. Nani pun tak ada lah pro mana pun memasak, boleh lah sikit sikit untuk makan sendiri. Gitu. Dulu ada orang tanya eh Nani ni pandai masak belajar daripada mana. Hahah! Dulu dulu tak pandai jugak memasak, tapi rajin rajin kan lah bawa diri tu masuk dapur tengok orang lain memasak. Cara Nani macam tu lah, lama lama jadi pandai sendiri. Cuma kalau resepi yang bukan tradisi Melayu ni, memang cari online lah. Try and error sendiri sampai lah menjadi. Heheh. Kalau tak try nanti sampai ke sudah lah tak tahu nak masak macam mana. Tak apa kalau tak pandai asalkan nak belajar. Wan Nani selalu cakap 'anak dara kena pandai masak, esok tak ada orang nak.' Hahahah! Orang tua tua kan, gitu lah nasihat dia. Sebab tu lah kot daku rasa nak belajar memasak walaupun kadang kadang tak menjadi sangat pun. Eh? So, hari ni nak share pulak Resepi Gulai Lemak Perut. Masak lemak ni simple aje sebenarnya, cuma itu lah bila masak kena kacau selalu supaya kuah tu jadi elok aje kejadiannya. Ini lah part Nani paling 'malas' sikit bila buat masak lemak tapi nak makan. Hahah! 
Resepi Gulai Lemak Perut
Mula mula sekali tumbuk kasar bawang kecil, cili padi dengan serai lepas tu masukkan ke dalam periuk. Nak guna blender pun boleh tapi biasa lah orang tua tua ni dia orang lagi suka guna lesung batu tu. Lagi sedap katanyaa, kita pun ikut aje lah. Heheh. Gulai lemak Nani tak tumis dengan minyak tau, ada sesetengah orang suka tumis dulu. Ikut citarasa masing masing okay! 
Resepi Gulai Lemak Perut
Kemudian masukkan santan pekat & jugak air. Agak agak lah air tu okay, ikut banyak mana korang nak kuah tu nanti. Tapi jangan lah sampai penuh satu periuk pulak. Hahah! Nanti kang korang punya gulai kurang lemak pulak. Tak sedap lah rasa dia. Masak kuah ni sampai mendidih. Jangan lupa kacau kuah tu selalu kalau tak nanti gulai lemak tu jadi tak cantik. 
Resepi Gulai Lemak Perut
Last sekali masukkan perut dan jugak daging cincang yang dah siap direbus. Masak dalam lima ke sepuluh minit lepas tu dah siap! Kalau korang jenis yang tak makan perut ni, boleh gantikan dengan ayam/daging/ikan/ketam okay! Cara masak dia sama aje. Heheh. 
Resepi Gulai Lemak Perut
Dah siapp gulai lemak perut campur dengan daging cincang ni. Makan dengan nasi panas panas, ada pulak sambal belacan/sambal buah kuini memang tak pandang kiri kanan dah. Nikmat donia yang tak boleh didustakan! Hahah! Nani pun tak ada lah minat sangat dengan perut ni tapi kalau masak tu makan lah jugak. Ada sesetengah orang buat perut ni masak sambal letak santan, itu pun sedap jugak. Heheh. Korang pulak selalu masak apa kalau perut ni? 

Musim Buah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni dah masuk musim buah lagi lagi buah durian. Banyak jugak tempat yang buah gurian dah mula gugur. Minggu lepas rasanya hari hari kot makan buah durian, punya lah banyak kan. Hahah! Paling suka musim buah macam ni sebab macam macam jenis buah yang boleh makan. Heheh. Masa awal awal durian gugur dulu boleh tahan jugak harga durian ni, sekilo tu dalam berbelas ringgit. Sekarang ni bila dah banyak orang jual, enam ringgit pun boleh dapat untuk sekilo buah durian tu. Baru ni abah dengan ibu Nani beli 30 ringgit buah durian sebab nak buat tempoyak. Memang selalunya macam tu lah setiap tahun. Jarang sangat beli tempoyak yang orang jual sebab dulu pernah kita orang beli tiba tiba ada rasa pisang dalam tempoyak tu. Sudahnya ke tong sampah jugak lah tempoyak yang beli tu. Orang sekarang menjual, kadang tu memang ikut suka dia aje nak letak apa asalkan dapat banyak untung. Tapi pada Nani melampau sangat jual tempoyak yang campur dengan pisang. Kesian dekat pembeli yang beli mahal mahal tapi sebenarnya bukan tempoyak sepenuhnya. Kadang kadang pelik jugak dengan sesetengah penjual gini. 
 Nani ni makan aje durian tapi tak pernah ambil tahu pun tu durian jenis apa. Hahaha! Rezeki tahun ni buah durian yang dekat kampung sini banyak betul berbuah. Setiap hari ada aje gugur & Nani pun kerja nya makan aje lah yang tahu. Nak buka buah durian pun tak pandai. Hahah! Adik beradik abah Nani ramai, selalunya durian ni tak buat tempoyak pun, memang untuk makan aje semua. Nani suka makan durian yang original macam ni. Kalau dah buat serawa durian ke, aiskrim durian ke memang I tak berapa nak boleh telan. Even aiskrim durian yang dekat mekdi tu pun. 
Manggis ni pun banyak jugak buah, baru ni gigih cari kayu nak jolok bagi buah ni jatuh. Hahah! Dapatlah lima biji macam tu, tak banyak lagi manggis dah masak. Nanti dah banyak yang masak, baru lah boleh panjat pokok buah manggis ni hah. Buah dokong pun ada jugak tapi tak masak lagi yang dekat sini. Puas hati betul makan buah yang tanam sendiri macam ni. Cakap macam dia yang tanam kan buah ni semua padahal orang lain. Hahaha! Tak sabar nak tunggu buah rambutan pulak. Dekat sini semuanya hijau lagi. Yang tu bila kupas kulit & letak dalam peti ais, nyaman sangat bila makan. Heheh. Tempat korang pulak banyak dah ke gurian/buah buah lain yang dah masak? 

Jangan Benci Cintaku

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kisahnya hari tu Nani tertengok episod satu drama Jangan Benci Cintaku ni dekat tv3. Drama yang diadaptasi daripada novel penulis Emy Roberto. Bila dah start layan ni mula lah nak tengok sampai habis, kalau tak nanti tertanya tanya pulak apa ending dia kan. Hahah! Tapi sebab Nani ni sejenis yang tak sabar nak tahu apa kesudahan drama ni, terus beli novel online. Hari ni order, esok terus sampai. Pantas! Ikutkan dalam dua tiga bulan ni nak stop dulu beli novel sebab novel yang beli time PBAKL baru ni pun banyak lagi tak sempat baca. Tapi demi drama yang tengah trending sekarang, daku beli jugak lah sebuah. Terus baca novel Jangan Benci Cintaku ni dulu, yang lain lain tu kita letak tepi. Hahah! Dua hari aje dah khatam sebuah novel ni, gigih baca sampai pukul dua tiga pagi okay! Tapi kalau Nani memang jenis yang dah start baca, susah nak berhenti sebab tertanya tanya apa yang akan jadi seterusnya. Hahah! Ingatkan Nani sorang aje yang tak sabar nak tahu apa ending drama ni, rupanyaa ramai lagi kawan lain yang terjebak sama. Bila upload aje gambar novel dalam Instagram, semua sibuk dm nak tahu apa jadi. Tak nak lah jadi spoiler, nanti tak best! Hahaha! 
Jangan Benci Cintaku
Oh ya, mana yang tak tahu drama ni sekarang ada dekat tv3 setiap hari Isnin sampai Jumaat pukul tujuh petang. Cerita ni pasal apa sebenarnya? Kisah antara suami isteri yang dah berkahwin & isteri dia, Rafeeqa Huda (watak Zahirah MacWilson) sambung belajar ke Australia lima tahun. Bila dah habis belajar lima tahun dekat sana, balik Malaysia tengok suami dia, Shahrizal Hayrat (watak Shahrul Ridzwan) dah ada perempuan lain. Lepas tu bermula lah 'drama' macam macam antara dia orang bertiga ni. Iye lah, lima tahun tu bukan tempoh yang sekejap kan, memang macam macam boleh jadi. Tapi kalau rasa sayang tu kuat, tak mungkin boleh berpaling tadah. Kannn? Heheh. Tapi nanti Rafeeqa Huda ni tetap juga buat macam macam untuk dapatkan balik cinta & kasih sayang suami dia daripada Husna (watak Niena Baharun). So apa kesudahan kisah Rafeeqa Huda dengan Shahrizal Hayrat ni nanti? Haruslah bahagia, tapi Nani tak nak cerita lebih lebih. Hahah! Kita tengok dekat tv okay sampai episod 28. Eheh. 
Jangan Benci Cintaku
REVIEW
Actually ni novel pertama hasil karya Emy Roberto yang Nani baca. Sebelum ni ada jugak nampak novel tulisan beliau dekat bookstore tapi tak pernah beli. Tapi lepas baca novel Jangan Benci Cintaku ni, rasa macam nak beli semua hasil karya beliau. Heheh. Kalau korang baca dekat atas tu memang nampak jalan cerita macam cliche sangat kan. Tapi percayalah, ada kelainan sikit daripada novel novel. Selalunya kalau suami ada orang lain ni, mesti lah isteri dia akan mengamuk & serang perempuan tu. Tapi dalam novel ni watak Rafeeqa Huda tu tersangatlah tabah & tak pernah pun tunjuk yang dia lemah depan semua orang. Nampak macam dia tak ambil kisah, happy tapi hakikatnya dia pendam apa yang dia rasa. Suami dia pun even dah tersuka dekat perempuan lain tapi tetap jugak layan wife dia dengan baik dan tak pernah pun berkasar. 
Watak watak di sekeliling dia orang pun Nani suka sebab sangat supportive. Pada Nani novel ni best lah. jalan cerita menarik dan tak ada lah macam typical novel melayu sangat. Heheh. Watak Husna tu pun jenis yang bertudung, nampak sopan, lemah lembut yang buat orang tak sangka pun dia tu sebenarnya suka dekat suami orang. Cuma bila diadaptasi ke drama ni ada lah dia ubah sikit sana sini tapi still ikut jalan cerita novel. Tak ada lah lari sangat daripada karya asal. Pelakon pun semuanya best dan tak rugi lah nak layan pun. Sekarang baru episod 9 kalau tak silap Nani, nak tunggu sampai 28 episod tu hah hadap lah macam macam drama lagi. Cukup rencah lah novel ni, ada masa kau akan senyum sampai telinga, ada masa kau akan rasa annoying sangat & ada jugak masa kau rasa nak marah sampai nak hapuskan watak tu cepat cepat. Hahahaha! 
Jangan Benci Cintaku
No matter what or how your life's gonna be, remember these three things:
💙 Never ask yourself 'why me' and say 'I'm one of the luckiest ones.'
💙 Stay closer to Allah, He is the key to everything.
💙 Pain doesn't feel good when it happens, but He knows that it may be the best for you at the moment. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page