Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa, so hari ni Nani nak kongsikan salah satu cadangan tempat berbuka untuk bulan Ramadhan nanti. Korang dah ready ke belum nak sambut bulan Ramadhan ni? Heheh. Untuk pengetahuan korang, Laman Kayangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 ni menyediakan lebih kurang 88 jenis hidangan dengan menggunakan konsep Kembara Selera Memikat Jiwa. Dekat sini lah korang boleh jumpa dan makan macam macam jenis menu yang famous dekat negeri negeri lain seperti Kacang Pool Larkin, Mee Kari Nyonya dan banyaaak lagi lah. Paling best sekali dia orang punya Signature Dish lah iaitu Sup Tulang Merah dan jugak Nasi Arab Kambing Golek. Jaraaang sangat okay jumpa sup tulang merah dekat mana mana buffet Ramadhan dan itu lah antara kelainan yang diketengahkan oleh pihak Laman Kayangan. Kiranya memang berbaloi sangat lah berbuka dekat sini sebab macam macam menu ada. Jom tengok menu menu yang akan dihidangkan untuk bulan Ramadhan nanti. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam

Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Arab Kambing Golek. 
Menu ni memang akan sentiasa jadi pilihan utama. Betul takk? Dekat mana mana tempat pun, kambing golek ini lah yang dicari cari. Heheh. Serius korang memang wajib try Nasi Arab Kambing Golek dekat sini sebab nasi dan daging tu lembut sangat.  Sedap! 
Sup Tulang Merah.
Kalau tak silap Nani, Sup Tulang Merah ni famous dekat area Singapore & Johor. Tapi tak payah susah susah nak pergi sana dah sebab dekat Laman Kayangan pun ada. Makan pulak dengan roti tu memang ngam sangat. Hari tu first time Nani makan Sup Tulang Merah, sedap rupanya. Korang yang tak pernah cuba tu, boleh lah nanti berbuka dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Kabuli.
Selain daripada Nasi Putih, Nasi Arab, korang boleh jugak menikmati hidangan Nasi Kabuli dan jugak Nasi Daging. Senang cerita, rasa lah semua sebab nasi dia orang lembut sangat sangat. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Daging. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Dekat sini jugak terdapat pelbagai pilihan masakan melayu seperti Daging Masak Lemak, Ayam Kalio, Daging Masak Merah dan macam macam lagi lah. Mostly menu dekat sini macam menu yang selalu kita makan bila berbuka dekat kampung. Heheh. Mana yang rindu air tangan ibu tu, boleh lah masukkan Laman Kayangan ni dalam list korang siap siap. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Mee Kari Nyonya & Mee Wantan. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Mee Kari Nyonya. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Kacang Pool Larkin.
Bila sebut Kacang Pool Larkin ni, memang ramai lah yang tahu kesedapan dia macam mana. Korang yang rindu nak makan kacang pool tu, boleh lah datang sini. Rasa dia memang lebih kurang dengan yang dekat Larkin sana. Ini pun antara makanan yang agak 'rare' jugak pada Nani. Susah kot nak jumpa yang sedap kalau dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Pelbagai jenis hidangan buah buahan dan jugak kuah rojak. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Antara minuman istimewa di Laman Kayangan Shah Alam iaitu Teh Ais Kaw, Air Limau Asam Boi, Air Jagung dan Air Sirap. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Dessert. 
Dessert ni pun antara tarikan utama jugak dekat sini. Kuih muih tradisional, puding, roti, kek, semua lah ada. Paling Nani suka churros dia orang, lembut dan tak kedekut langsung coklat. Heheh. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Cream Puff. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Egg Tart, Cheese Tart & Kek Coklat. 
Selain daripada menyajikan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan menarik, pihak Laman Kayangan jugak menyediakan pelbagai lagi kemudahan lain untuk para pengunjung. Antaranya tempat parking yang luas dan percuma, surau untuk bersolat dan jugak dewan makan yang berhawa dingin. Memang selesaa sangat lah untuk kita berbuka puasa dengan family dan kawan kawan dekat  Laman Kayangan Shah Alam ni. Paling syok, kita jugak akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal. Harga untuk Buffet Ramadhan pulak korang boleh check it out dekat bawah ni. Book lah awal awal okay untuk dapatkan harga yang lebih murah. Jangan lupa masukkan Laman Kayangan Shah Alam ni dalam list korang untuk berbuka puasa nanti. 
Harga Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Early bird (Pembelian sehingga 16 Mei 2018)
RM 50 (Dewasa)
RM 35 (Kanak Kanak & Warga Emas)
Harga Biasa
RM 65 (Dewasa)
RM 35 (Kanak Kanak & Warga Emas)
Pakej Korporat
๐Ÿ’™Beli 50 Meja 
Percuma :
+ 500 Cenderahati Istimewa
+ PA System & Projector
+ 5 Hamper
๐Ÿ’™Beli 10 Meja
Percuma :
+ 1 Meja
+ 100 Cenderahati Istimewa
Untuk membuat tempahan boleh hubungi:
En. Azahari : 019-233 1351
Pn. Hasmal : 019-250 3090/012-253 3973




Pulut Kuning

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Hujung minggu maksudnya hari bermalas malasan. Hahah! Kalau tak ada kerja bertimbun boleh lah nak bermalas malasan tapi kalau kerja banyak, memang cari penyakit lah cerita dia kan. Bila mood rajin datang, hari Sabtu pun gigih update entry. Jarang jarang okay berlaku. Hahah! Sementara ada banyak masa terluang ni boleh lah nak update entry sekejap. Hari tu Nani ada tertengok pulut kuning yang Zarina Zainuddin jual dekat Instagram. Kak Amy pun pernah jugak tulis entry pasal pulut kuning Zarina Zainuddin ni. Serius nampak sedap sangat korang nak nak time dia close up rendang tengah mendidih tu. Mula mula ingat nak beli jugak dengan dia tapi mengenangkan ada minimum order, terus jadi problem sikit. Hahah. Iye lah, kawan kawan Nani tak minat sangat pulut ni semua plus harga dia pun dalam RM 10 ke atas kalau tak silap. Even harga agak mahal tapi feedback semua cakap sedap. Nani pulak sejenis manusia yang tak berkira sangat bab makan. Dah kalau nak rasa, beli aje lah kan. Heheh. Makanya terpaksa lah daku pendamkan dulu niat hati nak makan pulut kuning Zarina Zainuddin. Next time lah kita try yang tu. 
Nasib baik baru ni dekat kafe ada jual pulut kuning & rendang ayam. Okay, dah ngam sangat ada dua ni buat makan pagi + lunch. Mula mula fikir dua tiga kali jugak nak beli sebab takut tak sedap. Pulut ni walaupun nampak senang nak buat tapi kadang kadang ada jugak yang tak berapa menjadi. Tak berapa masak lah, kurang santan lah. Heheh. Mujur yang ni sedap, boleh lah nak makan.
Rendang ayam pun sedap sebab mak cik tu ada letak hirisan daun kunyit. Portion pun banyak sampai boleh makan time lunch. Next time boleh lah makan lagi kalau teringin. Heheh. Kira berbaloi lah lima ringgit Nani beli pulut kuning dengan rendang ni hari tu. Hahah! Lima ringgit pun berkira kalau tak sedap (zaman serba serbi mahal ni terpaksa lah berkira sikit. Eheh). Korang dah breakfast ke tu? Apa plan nak buat weekend ni? ๐Ÿ˜Š

Random People

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Lately ni serius mood kelaut dalam. Hahah! Mungkin sebab penat sangat & tak cukup rehat, mood pun swing semacam. Dia punya mood swing tu sampai semalam Nani dah terpaksa menyusahkan orang lain. Kisahnya semalam Nani ada kelas dari pagi sampai pukul tujuh lebih macam tu. Bila kelas pack dari pagi ni memang balik tu mata nampak katil aje lah. Hahah ๐Ÿ˜† Tapi sebelum balik tu sempatlah singgah beli makanan sekejap. Bila makanan tu dah siap, boleh pulak time Nani nak ambil plastik tu tertolak sebekas sudu dengan garfu dekat kaunter nak bayar tu. Masa tu jangan cakap lah malu dia macam mana. Dah lah sudu dengan garfu yang jenis besi punya, malu weh orang tengok. Lepas tu kesian jugak dekat dia orang sebab terpaksa kutip padahal Nani yang buat jatuh. Nak tolong kutip tapi terjatuh masuk dekat bahagian dalam kaunter dia orang bukan jatuh depan Nani. Banyak kali minta maaf sebab rasa serba salah gila. Nani pulak semalam time order tak senyum langsung sebab penat sangat rasa, otak pun serabut semacam. Lagi berganda ganda rasa serba salah. Terus rasa apa benda lah yang aku dah buat ni. 
Tapi abang yang jaga kaunter tu baik sangat, tak marah langsung even dah terpaksa tambah kerja dia orang kena kutip sudu dengan garfu yang jatuh tu. Dia siap cakap "Don't worry. We are human right? Sometimes we make mistakes." (Abang tu foreigner okay bukan saja saja dia nak cakap English. Hahah!) Terdiam sekejap Nani lepas dia cakap macam tu. Kadang kadang ayat yang keluar daripada random people macam ni lah yang akan buat kita ingat selalu. Tapi serius rasa bersalah gila sebab menyusahkan dia. Dah lah sebelum tu senyum pun tidak. Apa benda entah punya perangai. Lesson learnt! Lepas ni jangan nak sombong sangat dengan orang, sebab boleh jadi orang tu lah yang akan tolong kau nanti. Jumpa dengan orang yang baik baik macam ni pun kira rezeki jugak. Buatnya dekat situ mak cik ke yang jaga kaunter, rasanya mendapat dah kot jelingan maut sekali dua. Hahah!
Moralnya dekat sini, tak kira lah buruk macam mana sekali pun hari yang kita lalui, buat lah baik dengan orang lain dan layan dia orang dengan sewajarnya. Bukan kita sorang aje yang ada problem dekat atas bumi ni, setiap orang tu ada bahagian dia masing masing. Mana tahu, entah entah ujian dia lagi besar daripada kita. Kalau tak ada ujian, pelik lah tu. Paling senang, senyumlah selalu. Nani pun cakap dekat diri sendiri jugaklah ni. Seriously, walaupun kesalahan hari tu rasa macam kecik aje, tapi boleh jugak jadikan pengajaran untuk diri sendiri. Kadang kadang benda yang kecik macam ni lah boleh buat kita tersedar semula. Penat sikit aje pun tapi dah layan orang macam nak tak nak. Tapi macam yang abang tu cakap lah, kita manusia memang tak lari daripada buat kesalahan. Apa yang membezakan kita semua sama ada kita jadikan kesalahan tu untuk baiki diri jadi lebih baik atau ulang buat benda yang sama. Gitu. Semoga korang belajar sesuatu dari entry Nani hari ni. Hiks. Have a good weekend everyone! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page