Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Sedar tak sedar, lebih kurang sebulan lebih aje lagi kita nak masuk ke bulan Ramadhan, bulan yang paling mulia. Makin lama makin cepat kita puasa kan. Awak tu dah habis ke belum puasa ganti? Ehem. Bila bulan puasa ni selalunya paaaling susah sekali nak decide tempat untuk berbuka lah. Berbuka dekat rumah dengan family dan kawan kawan tu dah memang jadi satu ativiti wajib, tapi kadang kadang nak jugak ubah selera berbuka dekat luar. Betul tak? Kalau Nani mesti ada dua tiga kali berbuka dekat luar. Heheh. So hari ni Nani nak share salah satu cadangan tempat berbuka yang korang boleh pergi bulan Ramadhan nanti especially yang duduk dekat area Kuala Lumpur dan jugak Selangor. Kali ni Nani nak kongsikan menu berbuka puasa di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang. Untuk tahun ni, mereka menggunakan konsep Buffet Aneka Selera dengan menyediakan lebih daripada 30 jenis hidangan untuk kita nikmati. Senang cerita, kira memang berbaloi sangat sangat lah dengan harga yang kita bayar untuk berbukat dekat sana. Percayalah cakap Nani semua menu yang disediakan sedap sangat korangg! Nak nak kalau jenis peminat masakan kampung, memang wajib korang berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ni akan bermula pada 16 May 2018 sehingga lah 14 June 2018. Waktu pulak macam biasa lah dari pukul 7 malam sehingga 10 malam. Dalam masa tiga jam, memang macam macam lah kita boleh nikmati, daripada hidangan utama sampai lah pencuci mulut. Heheh. 'Tapi nak pergi solat terawikh pulak, mana sempat nak makan lama lama dekat sana?' Iye Nani tahu semua orang nak kejar pergi terawikh, tapi korang jangan risau kalau berbuka dekat sini sebab pihak hotel memang menyediakan surau yang sangat selesa untuk kita solat. Kiranya lepas dah siap buat solat terawikh tu boleh sambung makan lagi sampai puas hati. Heheh. Jom tengok hidangan hidangan istimewa yang disediakan untuk bulan Ramadhan nanti. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kambing Bakar & Nasi Arab 
Menu yang wajib ada dan paling menjadi tumpuan ramai bila bulan Ramadhan. Hiks. Siapa peminat kambing bakar memang boleh gang dengan Nani. Istimewanya dekat Royale Chulan Bukit Bintang ni, kambing bakar ni disediakan bersama dengan nasi arab dan jugak dua jenis sos istimewa iaitu, sos black pepper dan jugak sos mushroom. Seriously, kambing bakar dekat sini lembut sangat dan juicy. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Ketupat Palas
Tak payah nak tunggu Raya, bulan Ramadhan nanti pun dah boleh jumpa ketupat palas kalau korang pilih untuk berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. Daripada korang beli dekat luar dan belum tentu sedap tu, baik korang berbuka dekat sini memang dijamin puas hati. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Bukan setakat ketupat palas aje tau, lemang pun ada korangg! Dua dua lah sedap, cukup rasa santan apa semua. Makan pulak dengan tiga jenis serunding, memang tak pandang kiri kanan dah Nani. Hahah! I memang peminat lemang dengan ketupat palas okay tapi jarang nak jumpa yang sedap. Yang dekat sini memang kena dengan citarasa Nani. Recommended!
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pulut Kuning
Hidangan pulut kuning dekat sini memang dia orang sediakan panas panas tau dalam pengukus, memang sedap lah bila makan. Pulut pun lembut sangat, tak ada rasa mentah sikit pun. Bila makan pulut ni, tak lengkap lah kalau tak ada rendang. Nak tahu tak rendang apa yang istimewanya dekat sini? Haa jom tengok dekat bawah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Rendang Itik 
Jaraaaang sangat Nani jumpa ada rendang itik untuk Buffet Ramadhan ni. Heheh. Kira memang wow lah sebab dia orang ada menyediakan menu rendang itik untuk yang berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. Nani pun selama ni tak penah makan itik, tapi hari tu bila makan terus rasa suka pulak. Sedap jugak rupanya, lebih kurang macam ayam. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Gulai Kawah
Gulai kawah ni bukan setakat makan dengan pulut kuning aje sedap, makan dengan nasi putih pun boleh jadi tambah berpinggan pinggan. Hahah! Daging lembut, cukup rasa rempah kari dan memang ikut citarasa Melayu. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Nasi Hujan Panas
Lembut sangat nasi hujan panas dekat sini, tak tipuuu. Selain daripada nasi hujan panas, ada jugak nasi putih dan jugak nasi arab. Boleh lah nanti pilih nak makan yang mana satu. Kalau tanya Nani, memang Nani akan suruh makan semua sebab semua sedap macam kita makan dekat rumah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Daging Dendeng
Menu daging dendeng dekat sini agak lain sikit daripada yang Nani selalu makan dan kelainan tu lah yang buat jadi lagi sedap. Ada rasa pedas pedas sikit dan jugak berempah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pajeri Nenas
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Udang Masak Lemak Cili Api 
Udang dekat sini boleh tahan jugak saiz dia, memang puas hati makan. Sedap dan recommended jugak untuk korang try! 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Ayam Percik
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kerabu Taugeh
Selain daripada pelbagai pilihan menu masakan kampung, terdapat jugak macam macam jenis kerabu yang disediakan. Ada tu yang Nani tak pernah makan. Yang paling Nani suka kerabu dekat sini semuanya still rangup bila kita makan. Memang dia orang totally guna bahan bahan yang segar. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kerabu Mangga
Terpaling sedap sampai Nani ulang alik dua tiga kali ambil ni. Hahaha! Tak payah makan dengan nasi pun dah sedap. Masam masam mangga tu campur dengan lobak, lada besar memang ngam sangat. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
 Kerabu Ayam
Sejujurnya ni first time Nani jumpa kerabu ayam, memang lain daripada yang lain. Selalunya yang kita makan kerabu seafood semua tu, tapi kali ni kerabu ayam. Untuk yang nak rasai kelainan, wajib try kerabu ayam ni tau!
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Tak lengkaplah Buffet Ramadhan kalau tak ada pencuci mulut. Pencuci mulut aje dah ada macam macam jenis sampai rasa semua nak makan. Hahah! Sedap sedap pulak tu semua. Antara pencuci mulut yang terdapat di Royale Chulan Bukit Bintang, sagu gula melaka, cheese tart, kuih muih tradisional dan macam macam lagi lah. Biskut raya pun ada koranggg. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Sebut aje dessert apa yang korang nak, memang mostly ada lah dihidangkan dekat sini. Tempat hidangan dessert ni pun antara salah satu yang jadi tumpuan jugak bila berbuka puasa. Nani pun suka jugak sebab time ni lah nak rasa kuih kuih yang beraneka jenis tu kan. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kuih Buah Gula Melaka 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pastries 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kuih Seri Muka
Memang macam macam jenis hidangan yang akan disediakan di Royale Chulan Bukit Bintang ni pada bulan Ramadhan nanti. Tak kira lah menu tradisional ke, western ke, semuanya ada disajikan.
Harga Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang:
RM 98.00 (Adult)
RM 60.00 (Children & Senior Citizen)
Tapi kalau korang booking awal, boleh dapatkan Special Ramadhan Promotion yang korang boleh jimat berganda ganda. Ada potongan sebanyak RM 20 untuk dewasa. So better book awal awal okay dan korang akan dapat potongan harga. Makanan dekat sini semua sedap, memang berbaloi lah dengan harga yang kita bayar untuk berbuka puasa dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Untuk pengetahuan korang, Royale Chulan Bikit Bintang akan turut mengadakan Kempen Amal Ramadhan yang dipanggil Kad Ketupat (sebanyak RM 10.00) untuk anak anak yang kurang bernasib baik di Rumah Anak Yatim Shifa. Korang yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor memang wajib masukkan Royale Chulan Bukit Bintang ni dalam list untuk berbuka puasa bulan Ramadhan nanti. Hotel ni terletak berdekatan dengan Monorail Bukit Bintang dan Monorail Jalan Imbi. Memang mudah sangat. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh check it out dia orang punya website okay. Jangan lupa berbuka puasa di Royale Chulan Bukit Bintang nanti 😊
Website:
Contact Number: 
+603-21479898
Alamat:
Royale Chulan Bukit Bintang
(also known as The Royale Bintang Kuala Lumpur)
17-21 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Resepi Sambal Nasi Lemak Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejapnya masa berlalu, dah hari Khamis pun hari ni. Rasa sejuk sikit dekat sini sebab dah dua tiga hari asyik hujan aje, hilang semua bahang bahang kepanasan tu. Heheh. Since hari tu ada yang tanya macam mana nak buat sambal nasi lemak so hari ni Nani nak kongsi kan lah resepi dengan korang (especially awak yang bertanya tu) 😊 Resepi ni Nani belajar daripada ibu Nani lah. Actually Nani pun tak pernah try jugak lagi buat sambal nasi lemak ni sendiri. Hahah! Selalunya kalau nak makan memang nak air tangan ibu jugak. Kalau buat sendiri mesti ada jugak sikit rasa lain daripada yang ibu kita masak kan. Lagi satu, Nani tak pandai nak agak santan bila nak masak nasi tu. Kena menuntut lagi dengan ibu lepas ni nampaknya. Tapi kalau nak buat sambal ni pro lah jugak sebab selalu masak sambal tempe, sambal kentang semua tu. Memang lebih kurang aje resepi nya cuma yang sambal nasi lemak ni ada tambah satu dua bahan lain. Untuk korang yang nak try buat nasi lemak tu boleh lah nanti try guna resepi ni okay! Serius simple aje resepinya. Orang bujang pun boleeeh buat. Jom tengok resepi dekat bawah.
Resepi Sambal Nasi Lemak Mudah
Bahan Bahan:
1) Minyak masak 
2) Bawang besar & bawang merah (separuh dikisar dan separuh lagi dipotong bulat)
3) Cili kering (telah dikisar)
4) Serbuk Perasa (gula dan garam)
5) Gula merah
6) Asam keping/ Air asam jawa
7) Ikan bilis (goreng rangup) 
Cara - Caranya:
1) Mula mula sekali, wajiblah panaskan dulu minyak masak. Kalau tak, macam mana nak menumis bahan bahan tu nanti. Heheh. Bila minyak dah panas tumis bawang yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. (Minyak tu lebihkan sikit tau supaya nanti sambal korang elok aje kejadiannya).
2) Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar, gula, gula merah dan jugak asam keping. Letak gula tu bukan nak bagi manis tau, tapi sebab nak bagi warna sambal kita tu cantik macam yang Nani tunjuk dekat atas tu. 
3) Masak sambal tu sampai lah garing (pecah minyak). Last sekali, masukkan bawang yang dipotong bulat tadi dan jugak ikan bilis. Terpulang pada korang sama ada nak goreng dulu atau pun nak terus masukkan dalam sambal tu. 
4) Siappp! 
Ada jugak yang letak belacan dalam sambal nasi lemak dia orang tapi ibu Nani tak letak pun. Tapi kalau korang nak letak boleh aje. Bahan bahan tu semua kena ikut anggaran korang lah. Kalau nak buat untuk makan ramai kena lah lebihkan sikit. Belajar memasak dengan ibu ni memang semua main pakai agak aje. Hahah! Kita orang pulak selalunya kalau masak sambal nasi lemak ni mesti sambal buat lebih so nanti boleh lah makan dengan lempeng pulak. Lempeng kosong cicah dengan sambal nasi lemak memang ngam! Hiks. Selamat mencuba resepi yang semudah ABC ni. Kemain semudah ABC, diri sendiri pun tak terbuat lagi. Hahaha! 😆

Jalan Jalan Kuantan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu sempat buat short trip ke Kuantan, kebetulan ibu Nani ada kerja dekat sana. Bila tahu aje nak ke Kuantan, awal awal lagi dah set dalam kepala nak pergi pantai. Rasa macam dah lama sangat tak jejak pantai. Hahah! Lagi pun time tu Nani tengah midsem break, lagi lah rasa nak cari tempat yang boleh relax kan diri 😆 Bukan apa, seminggu sebelum cuti tu, memang busy dia fuhhh.  Memang tak cukup langsung rehat sampai eyebag pun berkilo kilo. Bila letak aje kepala, memang boleh terus lena sampai ke pagi lepas tu pantang ada waktu free, mesti nak cari bantal. Hahah! Time penat sangat memang macam tu lah cerita dia. Tahu aje nak pergi berjalan ke Kuantan, aku lah manusia yang paling teruja okay. Eheh. Paling best bila ke Kuantan ni sebab boleh buat food hunting. Bersepah sepah okay tempat makan yang best, cuma kena rajin cari aje lah. Hari tu ingat nak pergi Loteng dekat Teluk Cempedak tapi tak sempat pulak nak pergi area sana. Next time lah kita terjah tempat yang selalu jadi tumpuan orang tu. Heheh. 
Pantai Balok. Konon nak celup celup kaki aje, sudahnya basah jugaklah sikit. Hahaha! Lepas singgah dekat Pantai Balok ni, kita orang pergi pulak Pantai Batu Hitam. Gigih okayyy! Tapi sebenarnya tak jauh mana pun dua dua pantai ni. Ingat nak turun ambil gambar apa semua tapi sebab cuaca time tu dah panas membahang, tak kuasa lah Nani nak turun. 
My fav part bila pergi Kuantan. Borong banyak banyak, buat stok makan bila lapar dekat rumah. Hahah! Paling suka beli sos keropok tu, sedap dia lain macam betu. Susah lah nak jumpa sos keropok yang sedap melainkan pergi tempat tempat macam ni. 
Sata Ikan. Satu cocok tu dua ringgit aje korang, gilaa murah. Hahah! Ada satu kedai dekat area Pantai Batu Hitam ni memang selalu lah kita orang pergi sampai makcik tu dah kenal muka masing masing. Lol! Sata dia sedap sebab ada cili potong lepas tu tak kedekut langsung isi. Sedaaap! 
Before balik sempat lagi singgah minum petang dekat Warung Poksu & Moksu area Tanjung Lumpur. Warung ni memang famaous, time Nani sampai pun full house. Bila pergi Kuantan, wajib cari sotong goreng lah, ikan celup tepung lah sebab semua fresh aje dari laut. Hiks. Kita orang hari tu sampai order dua pinggan sotong goreng ni hah. Sepinggan ni RM 5 kalau tak silap Nani, lepas tu banyak gila sotong dia. Puas hati lah makan. 
Dekat warung tu ada jugak sata, otak otak, keropok lekor dan macam macam lagi lah. Warung ni dekat tepi jalan aje tau dan berdekatan dengan balai polis. Tak susah pun nak cari. Heheh. Korang kalau ada plan nak jalan jalan area Kuantan nanti, boleh lah singgah makan dekat sini. Recommended! Cuma pergi Kuantan kali ni tak sempat nak cari mee calong. Hahaha! Ingat nak singgah jugak tapi sebab masing masing dah kenyang time tu so kita batalkan lah niat hati tu. Next time lah pulak kita pergi makan mee calong. Heheh. Korang pernah makan mee calong?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page