Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

Assalamualaikum & Hello.
Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi
klik SINI untuk join! 

Hidangan Ikan Patin Tempoyak di Restoran Temerloh Catering

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Jumaat baru ni sekali lagi lunch dekat Restoran Temerloh Catering. Ingatkan tutup hari Jumaat sebab pernah baca yang dia orang tak buka hari Jumaat, sekali beroperasi aje macam biasa. Heheh. Gigih okay pagi pagi tu lagi kawan Nani call tanya dia orang buka ke tidak. Iya lah, nanti kang kalau pergi tiba tiba tutup, sia sia pulak kan. Bila rasa rindu nak makan masakan yang macam ibu selalu masak, memang sini lah tempatnya. Nani pergi lunch awal jugak hari tu sebab takut kalau time peak hour, ramai pulak orang dekat situ kan. Serius lauk pauk dekat sini semua selera kampung. Macam macam lah ada, sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Hahah! Mula hari tu ingat nak makan gulai lemak siput sedut tapi tengok portion macam kecik aje, so tak jadi lah. Eheh. Sudahnya makan gulai tempoyak ikan patin jugak, Kebetulan hari tu pergi, ada gulai lemak rebung jugak, itu yang daku ambil dulu. Dah lama kot tak makan gulai lemak rebung macam ni. Harga makanan dekat sini agak mahal sikit tapi kalau dah terliur tu, pejam mata aje lah. Hahah. Nak tunggu balik Pahang lambat lagi. Lagipun ada kawan yang teringin sama nak makan, boleh lah kongsi kereta pergi sekali. Heheh. 
Hidangan Ikan Patin Tempoyak di Restoran Temerloh Catering
Gulai lemak rebung plus ikan patin masak tempoyak, memang ngam! Selain daripada masak lemak rebung ni, ada jugak masak tempoyak pucuk ubi, kerabu tauge, masak lemak putih petola & macam macam lagi lah. Rasanya memang menu dia orang sama aje hari hari. Heheh. Sebab time yang Nani pergi dulu pun macam ni jugak lauk yang dia orang masak. Mostly orang datang sini memang nak cari gulai tempoyak ikan patin lah, dah itu menu yang paling orang cari kan. Gulai lemak siput sedut tu pun famous jugak dekat kedai sini, tapi Nani tak berapa sure semangkuk kecil tu berapa harganya.
Hidangan Ikan Patin Tempoyak di Restoran Temerloh Catering
Fuhh terubat dah sikit nak makan masakan yang macam ibu selalu buat. Hahah! Duduk jauh ni, memang selalu lah homesick lepas tu selalu rindu nak makan masakan ibu. Nak balik rumah setiap minggu pun tak jadi kerja lah. Total Nani makan ni hari tu RM 19.80, yang mahalnya masak tempoyak ikan patin tu lah. Semangkuk dalam RM 12 ke RM 14 ringgit kalau tak silap Nani. Kedai ni ada charge GST jugak okay. Tiap kali makan sini mesti kawan akan cakap 'habiskan semua, jangan tinggal sikit pun sebab mahal. Kuah pun kira harga.' Hahah! Memang lah perangai masing - masing. Dekat sini ada jugak puding raja Pahang tapi Nani tak beli pun sebab macam mahal sikit harga dia. Heheh. Untuk yang nak ke Restoran Temerloh Catering ni, boleh lah waze Wangsa Walk. Restoran ni betul betul balakang Wangsa Walk & hujung sekali. Tak susah sangat pun nak cari, kedai dia orang ni pulak warna merah, dari jauh dah boleh nampak okay. Hahah! Korang pulak suka tak makan lauk lauk kampung macam ni? 

Pizza Kayu Api di Jerantut

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Haritu balik Pahang time Chineese New Year, dapat jugaklah merasa Pizza Kayu Api yang tengah famous sekarang ni. Sejak dah masuk Majalah 3, makin famous dan makin panjang queue nak membeli nampaknya. Heheh. Masa mula mula tahu kewujudan pizza ni dulu, tak ada pun rasa nak beli sebab ingatkan biasa biasa aje pizza tu. Lepas tu bila dah masuk tv, hah sibuk jugak nak rasa sampai hari hari berzikir nak makan pizza kayu api. Hahaha! Hari tu adik Nani yang pergi pizza ni, dekat dua jam okay tunggu. Fuhh! Boleh tahan gigih jugak lah kan nak tunggu sampai dua jam dekat situ. Kalau Nani, rasanya memang tak lah kot. Sekarang pulak cuaca kemain panas membahang, memang lagi lah berganda ganda malas dia tu. Tapi jangan lah risau sangat. Even kena tunggu sampai dua jam, dia orang ada aje provide kerusi untuk duduk, bukannya kena berdiri tengah panas tu. Heheh. So, apa istimewa sangat pizza ni? Istimewanya sebab dia tak dibakar dalam oven, tapi dia orang bakar guna kayu api. Kira power jugaklah idea dia orang nak buat Pizza Kayu Api ni, lain daripada yang lain. Nani tak sure sangat berapa banyak jenis pizza yang ada dekat sini, tapi semua lah nampak sedap dan menyelerakan. Eheh! 
Pizza Kayu Api di Jerantut
Sejujurnya Nani dah lupa pizza apa yang sebelah kiri tu. Iye lah, balik Pahang CNY hari tu tapi baru hari ni nak update dalam blog. Hahhaha! Busy kemain, sampai dah lupa nak update pasal Pizza Kayu Api ni hah. Yang sebelah kanan tu, Pizza Sambal Hitam. Harga pizza (ikut saiz) ni pun berpatutan sangat, tak ada lah mahal sangat pun. 
Pizza Kayu Api di Jerantut
Pizza Sambal Hitam
Pizza Sambal Hitam ni antara yang paling istimewa dan laris dekat sini. Harga pun mahal sikit daripada yang biasa tu. Macam yang korang tahu lah, Pahang ni memang sinonim sangat dengan sambal hitam. Heheh. Sedap jugaklah bagi Nani sebab lain daripada yang lain. Macam combination tradisional dengan western. Gittew! Selalunya sambal hitam makan dengan nasi aje tapi kali ni jadi topping pizza, rasa woww okay!
Pizza Kayu Api di Jerantut
Pizza yang ni pun sedap jugak, tapi Nani tak ingat apa nama dia. Hahah! Bestnya pizza ni sebab makan time dah sejuk pun sedap lagi. Tak kerasa langsung okay, lembut macam baru lepas beli. Tak macam yang kita selalu beli dekat fast food tu. Yang ni lagi berganda sedap, topping pun mewah kemain. Okay lah, memang recommended pizza dekat sini. Tapi tu lah, kena gigih sikit nak beratur dan tunggu tu. Hahah! Dua jam okay, tambah pulak kalau sorang tu beli lebih daripada satu. Kedai Pizza Kayu Api ni dia orang start ambil order dari pukul dua petang tau. Next time boleh lah beli lagi nampaknya. Eh? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page