Sushi King di Setapak Central

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu sebelum layan movie Bisik Pada Langit, sempat lah menjamu selera dulu dekat Sushi King ni. Lagi pun Nani jarang sangat pergi Setapak Central, so blur blur sikit bila nak cari tempat makan. Hahah! Tak sempat pun nak tengok apa lagi tempat makan yang ada dalam mall ni sebab time tu target nak pergi tengok movie bukan nak jalan jalan sangat pun. Bila nampak Sushi King, laju aje kawan ajak makan dekat sini. Hari tu kita orang pergi pagi, so kena tunggu sampai pukul 11.30 baru ada set makanan lain. Kalau datang sebelum pukul 11.30 memang ada menu untuk breakfast aje lah. Walaupun time tu dah lapar sangat, sanggup tunggu okay! Plus, Nani tak berapa minat sangat menu breakfast dekat Sushi King ni. Heheh. So kalau korang nak makan dekat Sushi King, make sure lepas  pukul 11.30 pagi okay. 
Sushi King di Setapak Central
 Macam biasa, self service. Boleh klik dekat situ menu apa yang kita nak. Cuma pada Nani, servis dekat sini macam lambat sikit. Heheh. 
Sushi King di Setapak Central
Piri Piri Chicken Set.
First time makan Piri Piri Chicken Set ni. Ada nasi, ayam dengan spicy sos & mayonis, sup dengan tauhu lembut tu. Tauhu lembut? Alaa sebenarnya aku tak tahu nama betul dia apa. Sedap jugak set yang ni. Cuma spicy sos tu tak ada lah pedas sangat sangat, sebenarnya tak rasa pun dekat mana yang pedas nya. Harga satu set ni dalam RM 17.90 kalau tak silap Nani. Padan lah dengan portion pun kemain banyak sampai puas nak habiskan. Walaupun nasi tu nampak macam sikit jeeee, tapi bila makan kenyang okay sebab nasi dekat sushi ni kan macam pulut pulut sikit. Air macam biasa, memang Nani tak order sebab tak minat sangat air dekat sini lagi lagi green tea tu. Hahah. Tekak tak boleh terima betul lah. Nani beli tea live depan sushi ni hari tu. Heheh. Korang pulak, suka menu apa dekat Sushi King ni? 

Kacang Pool Haji Larkin

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu masa ke Johor sempatlah pergi sarapan dekat Kacang Pool Haji, Larkin ni hah. Dari Tune Hotel nak ke kedai ni tak ada lah jauh mana pun. Sebenarnya Nani tak tahu pun yang kedai ni ada dua cawangan. Tapi kedua dua cawangan ni pun berdekatan jugak. Hari tu Nani pergi yang dekat dengan Balai Bomba tu sebab dalam app kedai yang dekat situ aje keluar. Hahah! Iye lah kang sesat payah jugak. Dah lah nak naik bas balik Kl pulak lepas breakfast tu. Gigih okay Nani ajak dia orang bertiga check out hotel awal semata mata nak makan kacang pool. Selalu asyik tengok orang post gambar kacang pool aje, kali ni kita pergi sendiri rasa. Oh ye, hari tu first time sepanjang hidup Nani makan kacang pool. Hahah! Lagi pun tak tahu bila lagi dapat jejak Johor ni, jadi wajiblah explore tempat makan yang best best sikit. Ada tiga sebenarnya dalam list Nani, tapi kacang pool aje yang sempat singgah. Lain lain tu simpan dalam wishlist duluu. 
Kacang Pool Haji Larkin
Masa Nani sampai tu tak ramai sangat orang. Ada lah meja kosong, akak yang buat kacang pool ni pun laju okay dia buat kerja. Sekejap je, zasss siap order kita. Dekat sini self service ye, so penadai pandai lah bangun & pergi order dekat depan. Kedai yang dekat sini tak besar sangat, kalau datang time ramai orang, memang kena bersabar lah tunggu meja kosong. 
Kacang Pool Haji Larkin
Finally! Tertunailah hasrat hati nak makan Kacang Pool Haji. Sebab breakfast makan ni aje, dalam bas memasing tahan lapar. Hahaha! Dah tu boleh pulak jalan jammed time nak balik. Turun aje bas, cari tempat makan dulu. Serius weh tak kenyang sangat kalau makan satu roti tu aje (actually dua keping tapi dia lekatkan jadi satu. Paham tak?) Heheh. 
Kacang Pool Haji Larkin
 Sedap lah bagi tekak Nani. Ingat nak tambah lagi tapi time tu dah ramai orang, beratur pun dah panjang jadi ku pendamkan hasrat hati ittew. Hahah! Mula Nani ingat roti tu dia buat sendiri, rupanya dia orang pakai roti biasa tu aje. Baru Nani tahu. Heheh. 
Kacang Pool Haji Larkin
Bila lagi entah dapat rasa Kacang Pool Haji ni. Hahah! Satu set ni dalam lima ringgit kalau tak silap Nani. Sorry lah tak ingat dah harga dia. Lagi pun ni Nani makan dua tiga minggu lepas tapi baru ni sempat update dalam blog. Busy bebenor gayanya tu khen. Orang cakap tauhu bakar pun sedap dekat sini tapi hari tu Nani lupa nak order. Dalam kepala dah set nak makan kacang pool aje. Hahah! Nanti lah bila bila buat trip Jalan Jalan Cari Makan dekat Johor pulak. Tak puas hari tu berjalan sebab banyak tempat tak sempat singgah. Heheh. Korang pulak, pernah makan tak kacang pool ni? 

Legoland Theme Park

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah seminggu lebih entry Legoland ni terperap dalam draft. Tak sempat sempat nak tulis, ni baru ada masa sikit. Phew! Lately ni memang serius busy sungguh sampai weekend pun ke hulur ke hilir, langsung tak lekat dekat bilik. Keluar pagi, malam baru balik lepas tu terus rasa nak tidur. Hahah! Blog pun kelaut nak update. Oh ye, untuk korang yang terlepas entry pertama Nani pasal legoland ni hari tu, korang boleh klik Pengalaman ke Legoland Theme Park . Ini kira sambungan daripada cerita yang hari tu. Jemput lah baca okay, mana tahu boleh jadi panduan bila korang nak ke sana nanti. Legoland Theme Park ni memang banyak sangat benda yang boleh main, Nani cadangkan elok sehari betul habiskan masa dekat theme park. Baru puas hati sebab boleh main semua benda. Heheh. Let's check it out apa lagi yang menarik dekat theme park ni. 
Legoland Theme Park
1) Miniland 
Untuk pengetahuan korang, dekat Miniland ni, kita boleh tengok pelbagai replika bangunan yang dibina dengan menggunakan LEGO. Nani kagum okay tengok replika ni semua sebab kukuh betul bertahan. Rasa nak masuk dalam tu, nak try pegang sendiri. Hahah! Dah lah replika tu siap boleh bergerak gerak lagi macam bas, kereta api. Eh bestlah! Memang teruja habis okay kita orang tengok. Replika bangunan ni jugak bukan setakat dekat Malaysia lah, ada jugak yang dari negara lain macam Indonesia, Singapore, Thailand dan banyak lagi lah. Jom tengok dekat bawah ni. 

Legoland Theme Park
Nampak tak sayup sayup bangunan KLCC dekat belakang kita orang tu? Jangan main main okay, KLCC pun dah ada dekat Johor sekarang. Hahah! Gigih masing - masing bergambar, walaupun cuaca dah panas terik. Kah! Bawak topi atau pun payung baru tahan sikit kot. Heheh. 

Legoland Theme Park
Bangunan Sultan Abdul Samad. 
Kagum tengok hasil replika ni semua. Memang tabik lah siapa yang punya idea nak buat macam ni. Lain daripada yang lain okay! 
Legoland Theme Park

Legoland Theme Park
Angkor Wat
Legoland Theme Park
Taj Mahal
Legoland Theme Park
Ini first time lah Nani jumpa replika bangunan yang diperbuat dengan menggunakan LEGO macam ni. Bukan setakat satu dua bangunan okay, tapi banyak sangat termasuklah yang dari negara lain. Dekat sini jugak ada tulis tentang sejarah bangunan tersebut. So bukan takat tengok saja saja okay, ilmu pun boleh dapat bila masuk Miniland ni. 
Legoland Theme Park
Tugu Negara 
Legoland Theme Park
Kalau ikutkan apa yang Nani baca dekat pamplet dia orang, setiap hari Jumaat sehingga Ahad, pada pukul 4 dan 5 petang akan ada Miniland Guided Tour. Lagi best lah sebab dia akan bawa kita tengok keseluruhan replika bangunan dekat Miniland ni hah. 
Legoland Theme Park
Port Tanjung Pelepas

Legoland Theme Park

Legoland Theme Park
Actually ada banyaaak lagi tau replika lain yang Nani tak sempat pergi. Sebab time ni cuaca dah panas, kita orang pulak berkejar nak masuk water park pulak. Heheh. Bila dah balik baru perasan yang kita orang tak tengok pun Miniland Kampung. Dekat situ mesti lagi best. Menyesal sikit tapi tak apa lah, mungkin next time boleh pergi lagi sini (lagi lima enam tahun mungkin). Hahah!

2) LEGO Technic 
Lego Technic ni kita orang main sebelum keluar daripada theme park. Dekat theme park pun ada jugak permainan yang basah macam ni so kalau korang nak main Nani sarankan main bila dah nak dekat keluar. Kalau basah teruk, tak ada lah malu sangat. Hahah! Dekat sini jugak ada Project X (Roller Coaster yang paling extreme). Tapi masa Nani pergi hari tu dia orang tutup sebab tengah baiki apa entah. Frust sikitlah sebab tak dapat naik. Hahah! Naik yang biasa tu pun kemain lagi menjerit, ada hati nak naik yang paling extreme. Eh? 😆
Legoland Theme Park
 Sudahnya main Water Splash ni aje dekat Lego Technic. Nani tak main pun, kawan kawan aje yang main. Memang macam tak ada orang sangat sebab time ni dah pukul satu petang macam tu. Cuaca pun panas, nan hado sangat orang. Hahah! Dia orang siap main sampai dua kali kot yang ni. Layan kan aje lah, bukan selalu kan dapat datang. Yang ni okay lah pemainan dia sebab tak basah sangat. Tapi kalau yang dekat Dino Island (bawah ni) memang boleh basah kuyup okay!


3)Land Of Adventure
Masa naik Observation Tower masing masing macam dah tak sabar nak naik Dino Island yang dekat Land of Adventure ni hah. Memang turun aje dari menara tu, kita orang berempat terus pergi cari Dino Island. Hahah! Teruja okay sebab nak naik roller coaster yang boleh masuk dalam air tu. Sampai aje situ  Nani tengok semua orang pakai raining coat tu. Ingatkan dia orang provide, rupanya kena beli dan harga dia bukan setakat seringgit dua tapi RM 15 sehelai. So kita orang abaikan niat suci murni nak beli tu. Hahah! Tapi tetap jugak nak main. Makanya dengan senang hati, kita orang naik tanpa pakai baju kalis air tu. Kahkah! 
Legoland Theme Park
Bukan apa, Nani tanya brother yang jaga dekat situ sama ada basah ke tidak kan kalau main ni. Lepas tu dia cakap ikut nasib lah, kalau nasib baik tak basah sangat. So, Nani pun fikir nasib kita orang baik lah hari tu. Hahahah! Ada mak cik tu suruh tengok dulu orang lain main, tapi kita orang jenis tak sabar sikit. Eh? Redah aje lah kan, basah ke tak basah ke cerita kedua. Hahah! Mula mula tu okay lah lagi sebab masing masing fefeeling macam naik bot je. Heh.
Video ni ada time naik je okay sebab bila turun tu bukan setakat basah sikit sikit weh, tapi basah kuyup dari atas sampai bawah. Hahaha! Maluu gila okay, siap pakej dengan orang pandang pandang lagi. Mula tu siap cakap nak naik dua kali, sekali dah basah kuyup macam ni nan hado nak naik untuk kali kedua dan seterusnya. Dekat situ ada je dryer, bayar lah ye RM 10 sekali guna, tapi kalau dah basah kuyup macam tu dryer pun tak dapat nak keringkan sangat baju tu. Tapi kita orang guna lah jugak sebab segan kot orang pandang pandang. Hahahah! Ye lah, tu theme park dah kenapa kau basah kuyup macam main air dekat water park. Lol!
Keluar dari theme park, kita orang pergi makan dulu dekat Medini Mall (area Legoland). Kalau korang nak makan dalam ni pun boleh jugak tapi Nani tak sure lah berapa harga makanan dekat sana. Cuma kalau air dalam RM 5 sebotol Nani beli haritu. Heheh. Standard theme park lah kan. Mall tu dekat sangat okay, jalan kaki dalam dua minit macam tu je. Ada Chicken Rice Shop, Burger King, KFC, Absolute Thai, pilih lah mana satu yang korang nak. Nani hari tu dah penat main, haruslah cari nasi. Hahah! Dekat situ ada jugak gerai gerai yang jual macam macam makanan. So jangan risau okay. Kalau nak tanya apa apa, drop dekat bawah. Nanti Nani try reply satu satu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page