Legoland Theme Park

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah seminggu lebih entry Legoland ni terperap dalam draft. Tak sempat sempat nak tulis, ni baru ada masa sikit. Phew! Lately ni memang serius busy sungguh sampai weekend pun ke hulur ke hilir, langsung tak lekat dekat bilik. Keluar pagi, malam baru balik lepas tu terus rasa nak tidur. Hahah! Blog pun kelaut nak update. Oh ye, untuk korang yang terlepas entry pertama Nani pasal legoland ni hari tu, korang boleh klik Pengalaman ke Legoland Theme Park . Ini kira sambungan daripada cerita yang hari tu. Jemput lah baca okay, mana tahu boleh jadi panduan bila korang nak ke sana nanti. Legoland Theme Park ni memang banyak sangat benda yang boleh main, Nani cadangkan elok sehari betul habiskan masa dekat theme park. Baru puas hati sebab boleh main semua benda. Heheh. Let's check it out apa lagi yang menarik dekat theme park ni. 
Legoland Theme Park
1) Miniland 
Untuk pengetahuan korang, dekat Miniland ni, kita boleh tengok pelbagai replika bangunan yang dibina dengan menggunakan LEGO. Nani kagum okay tengok replika ni semua sebab kukuh betul bertahan. Rasa nak masuk dalam tu, nak try pegang sendiri. Hahah! Dah lah replika tu siap boleh bergerak gerak lagi macam bas, kereta api. Eh bestlah! Memang teruja habis okay kita orang tengok. Replika bangunan ni jugak bukan setakat dekat Malaysia lah, ada jugak yang dari negara lain macam Indonesia, Singapore, Thailand dan banyak lagi lah. Jom tengok dekat bawah ni. 

Legoland Theme Park
Nampak tak sayup sayup bangunan KLCC dekat belakang kita orang tu? Jangan main main okay, KLCC pun dah ada dekat Johor sekarang. Hahah! Gigih masing - masing bergambar, walaupun cuaca dah panas terik. Kah! Bawak topi atau pun payung baru tahan sikit kot. Heheh. 

Legoland Theme Park
Bangunan Sultan Abdul Samad. 
Kagum tengok hasil replika ni semua. Memang tabik lah siapa yang punya idea nak buat macam ni. Lain daripada yang lain okay! 
Legoland Theme Park

Legoland Theme Park
Angkor Wat
Legoland Theme Park
Taj Mahal
Legoland Theme Park
Ini first time lah Nani jumpa replika bangunan yang diperbuat dengan menggunakan LEGO macam ni. Bukan setakat satu dua bangunan okay, tapi banyak sangat termasuklah yang dari negara lain. Dekat sini jugak ada tulis tentang sejarah bangunan tersebut. So bukan takat tengok saja saja okay, ilmu pun boleh dapat bila masuk Miniland ni. 
Legoland Theme Park
Tugu Negara 
Legoland Theme Park
Kalau ikutkan apa yang Nani baca dekat pamplet dia orang, setiap hari Jumaat sehingga Ahad, pada pukul 4 dan 5 petang akan ada Miniland Guided Tour. Lagi best lah sebab dia akan bawa kita tengok keseluruhan replika bangunan dekat Miniland ni hah. 
Legoland Theme Park
Port Tanjung Pelepas

Legoland Theme Park

Legoland Theme Park
Actually ada banyaaak lagi tau replika lain yang Nani tak sempat pergi. Sebab time ni cuaca dah panas, kita orang pulak berkejar nak masuk water park pulak. Heheh. Bila dah balik baru perasan yang kita orang tak tengok pun Miniland Kampung. Dekat situ mesti lagi best. Menyesal sikit tapi tak apa lah, mungkin next time boleh pergi lagi sini (lagi lima enam tahun mungkin). Hahah!

2) LEGO Technic 
Lego Technic ni kita orang main sebelum keluar daripada theme park. Dekat theme park pun ada jugak permainan yang basah macam ni so kalau korang nak main Nani sarankan main bila dah nak dekat keluar. Kalau basah teruk, tak ada lah malu sangat. Hahah! Dekat sini jugak ada Project X (Roller Coaster yang paling extreme). Tapi masa Nani pergi hari tu dia orang tutup sebab tengah baiki apa entah. Frust sikitlah sebab tak dapat naik. Hahah! Naik yang biasa tu pun kemain lagi menjerit, ada hati nak naik yang paling extreme. Eh? 😆
Legoland Theme Park
 Sudahnya main Water Splash ni aje dekat Lego Technic. Nani tak main pun, kawan kawan aje yang main. Memang macam tak ada orang sangat sebab time ni dah pukul satu petang macam tu. Cuaca pun panas, nan hado sangat orang. Hahah! Dia orang siap main sampai dua kali kot yang ni. Layan kan aje lah, bukan selalu kan dapat datang. Yang ni okay lah pemainan dia sebab tak basah sangat. Tapi kalau yang dekat Dino Island (bawah ni) memang boleh basah kuyup okay!


3)Land Of Adventure
Masa naik Observation Tower masing masing macam dah tak sabar nak naik Dino Island yang dekat Land of Adventure ni hah. Memang turun aje dari menara tu, kita orang berempat terus pergi cari Dino Island. Hahah! Teruja okay sebab nak naik roller coaster yang boleh masuk dalam air tu. Sampai aje situ  Nani tengok semua orang pakai raining coat tu. Ingatkan dia orang provide, rupanya kena beli dan harga dia bukan setakat seringgit dua tapi RM 15 sehelai. So kita orang abaikan niat suci murni nak beli tu. Hahah! Tapi tetap jugak nak main. Makanya dengan senang hati, kita orang naik tanpa pakai baju kalis air tu. Kahkah! 
Legoland Theme Park
Bukan apa, Nani tanya brother yang jaga dekat situ sama ada basah ke tidak kan kalau main ni. Lepas tu dia cakap ikut nasib lah, kalau nasib baik tak basah sangat. So, Nani pun fikir nasib kita orang baik lah hari tu. Hahahah! Ada mak cik tu suruh tengok dulu orang lain main, tapi kita orang jenis tak sabar sikit. Eh? Redah aje lah kan, basah ke tak basah ke cerita kedua. Hahah! Mula mula tu okay lah lagi sebab masing masing fefeeling macam naik bot je. Heh.
Video ni ada time naik je okay sebab bila turun tu bukan setakat basah sikit sikit weh, tapi basah kuyup dari atas sampai bawah. Hahaha! Maluu gila okay, siap pakej dengan orang pandang pandang lagi. Mula tu siap cakap nak naik dua kali, sekali dah basah kuyup macam ni nan hado nak naik untuk kali kedua dan seterusnya. Dekat situ ada je dryer, bayar lah ye RM 10 sekali guna, tapi kalau dah basah kuyup macam tu dryer pun tak dapat nak keringkan sangat baju tu. Tapi kita orang guna lah jugak sebab segan kot orang pandang pandang. Hahahah! Ye lah, tu theme park dah kenapa kau basah kuyup macam main air dekat water park. Lol!
Nak jugaaak main yang ni walaupun tak extreme mana. Hahaha! Pening jugaklah main benda alah ni sebab lama sangat dia pusing. Kahkah! Nani ni dok tertunggu tunggu jugak bila dia nak berhenti.
Keluar dari theme park, kita orang pergi makan dulu dekat Medini Mall (area Legoland). Kalau korang nak makan dalam ni pun boleh jugak tapi Nani tak sure lah berapa harga makanan dekat sana. Cuma kalau air dalam RM 5 sebotol Nani beli haritu. Heheh. Standard theme park lah kan. Mall tu dekat sangat okay, jalan kaki dalam dua minit macam tu je. Ada Chicken Rice Shop, Burger King, KFC, Absolute Thai, pilih lah mana satu yang korang nak. Nani hari tu dah penat main, haruslah cari nasi. Hahah! Dekat situ ada jugak gerai gerai yang jual macam macam makanan. So jangan risau okay. Kalau nak tanya apa apa, drop dekat bawah. Nanti Nani try reply satu satu. 

Entry Legoland :



Vine Cafe di The Starling Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share salah satu cadangan tempat makan yang wajib korang terjah iaitu Vine Cafe. Vine Cafe ni terletak di The Starling Mall, Damansara. Tak susah pun nak cari mall ni tau. Tekan aje waze, memang confirm lah sampai. Kalau malas, boleh naik mrt dan turun dekat Stesen TTDI. Memang dah dekat sangat dengan mall ni hah. Nani pun sebenarnya baru first time sampai The Starling Mall ni, tak tahu pulak dekat sini ada ada Vine Cafe yang menyajikan pelbagai menu yang memang memikat selera. Suasana restoran ni pun memang cosy sangat, sesuai lah nak bawak yang tersayang, family atau pun kawan kawan datang lepak, chill chill dekat sini. Kalau nak buat event pun boleh tau korang sebab dia orang siap ada ruangan khas lagi. Memang best lah restoran ni.
Dari segi menu pulak, memang ada macam macam jenis dekat Vine Cafe ni. Antaranya spaghetti, pizza, nachos, burger dan banyak lagi lah. Kalau korang peminat masakan Western, sini lah tempat dia. Semua sedap okay! Tak percaya? Nanti tengok sendiri gambar gambar dekat bawah. Serius memang berbaloi bila makan dekat sini sebab portion besar. Confirm puas hati sampai rasa nak repeat lagi dan lagi dan lagi. Hahah!  Jom tengok menu yang korangsendiri boleh cuba di Vine Cafe, The Starling Mall. Jaga jaga, gambar dekat bawah ni boleh membuatkan perut korang berjoget. Eh? 😆
Vine Cafe di The Starling Mall
Luas sangat kan Vine Cafe ni. Memang sesuai nak bawak kawan kawan dengan family datang lepak dekat sini. Siap ada aircond lagi tau Vine Cafe ni. Berganda ganda selesa 😊
Vine Cafe di The Starling Mall
Ini pulak ruangan khas untuk korang yang nak buat event. Boleh memuatkan dalam 10 ke 25 orang macam tu dalam satu masa. 
Vine Cafe di The Starling Mall
BBQ Beef Burger 
Nani suka burger dekat Vine Cafe ni sebab isi daging burger tu lembut aje. Sos pun sedap & tak terlalu  melimpah ruah sangat. Nani jenis yang tak suka burger yang over sangat sos nya. Yang dekat Vine Cafe ni memang kena betul citarasa Nani. Nak bagi budak budak makan pun boleh burger ni sebab sos tu tak pedas mana pun. Just nice! 
Vine Cafe di The Starling Mall
Curried Turkey Sandwich 
Walaupun nampak Curried Turkey Sandwich ni macam kering tapi sebenarnya sedap tau. Ayam tu rangup. Memang recommend korang try menu ni bila ke Vine Cafe. Setiap hidangan burger & sandwich dekat sini dihidangkan sekali dengan wedges tau. Memang kenyang okay!
Vine Cafe di The Starling Mall

Vine Cafe di The Starling Mall
Vine BLT Sandwich
Yang ni pun sedaaap sebab daging tu dia orang hiris nipis nipis aje. Eh semua lah makanan dekat sini sedap dan kena dengan tekak Nani. Hahah!  
Vine Cafe di The Starling Mall
Chicken Rolade
Sos black pepper tu yang buat Nani teringat ingat lagi sampai sekarang. Sedap sebab tak terlalu pekat dan cair sangat. Ada jugak mushroom dengan kentang sekali. Ayam tu pun rangup dekat luar dan lembut dekat dalam. Chicken rolade ni memang masuk dalam kategori wajib cuba!
Vine Cafe di The Starling Mall
Meat Lova Lova Pizza 
Dekat Vine Cafe ni terdapat pelbagai jenis pizza tau. Korang tinggal pilih aje pizza mana yang korang suka. Heheh. Apa yang bestnya pizza dekat sini sebab topping banyak. Tak kedekut langsung okay. Puas hati bila makan. 
Vine Cafe di The Starling Mall
Marinara Pizza 
Nampak tu betapa banyaknya udang dekat atas Marinara pizza ni. Crust pulak nipis, memang sedap lah makan. Nani suka pizza yang crust nipis macam ni berbanding yang tebal. Sebab kalau yang tebal, bila dah sejuk jadi tak sedap. Kalau nipis macam ni, sekejap aje boleh habiskan. Hehehe. 
Vine Cafe di The Starling Mall
Nachos 
Nachos ni salah satu fav Nani. Sedaaap sangat korang sebab rangup! Satu hidangan ni boleh makan dalam dua tiga orang. Banyak weh, memang tak terhabis kalau hadap sorang diri. Hahah! Kecuali lah kalau time tu lapar sangat kan 😆
Vine Cafe di The Starling Mall
Prawn Aglio Olio Squid Ink Spaghetti 
Meriah sangatkan udang dalam sepinggan spaghetti ni. Korang yang minat makan spaghetti tu boleh lah try yang ni pulak. Lain daripada yang lain. 
Vine Cafe di The Starling Mall
Mushroom Pesto Spaghetti 
Vine Cafe di The Starling Mall
Fish Parmigiana 
Selalu yang Nani jumpa Chicken Parmigiana aje, tapi dekat Vine Cafe ni ada Fish Parmigiana. Sedap sebab isi ikan tu lembut sangat. Sos pun tak terlalu masam sangat. Nani suka jugak yang ni sebab first time rasa Fish Parmigiana. 
Vine Cafe di The Starling Mall
From The Garden Salad
Vine Cafe di The Starling Mall
Summer Sweet Sour Salad 
Vine Cafe di The Starling Mall
Muesli Triffle
Serius sedaap bila makan dengan susu cair tu. Buah buahan yang dia orang guna pun semuanya fresh. Tambah pulak ada oat lagi, memang nice okayy! 
Vine Cafe di The Starling Mall

Vine Cafe di The Starling Mall
Chocolate Dome 
Yang ni coming soon di Vine Cafe. Terbayang bayang lagi kesedapan chocolate dome ni tau. Makan dengan aiskrim lagi berganda sedap. Coklat tu pun tak terlalu manis, tu yang Nani suka. 
Vine Cafe di The Starling Mall
Dekat Vine Cafe ni jugak terdapat pelbagai pilihan minuman. Antaranya milkshake, tea, coffee dan banyak lagi. Teh dekat sini pulak ada macam macam jenis tau, korang boleh lah pilih nak perasa apa. Memang akan disediakan dalam tea pot yang comel macam dalam gambar ni. 
Vine Cafe di The Starling Mall

Vine Cafe di The Starling Mall
Babycino 
Musim musim hujan ni kalau dapat minum secawan babycino ni memang nyaman tekak. Heheh. Ha macam mana, terliur tak tengok semua makanan dekat atas ni? Heheh. 
Muka bahagia dah dapat makan macam macam. Serius, semua makanan dekat sini sedap dan kena dengan citarasa Nani. Lepas ni nak ajak kawan kawan pulak datang makan dekat Vine Cafe sebab masing - masing dah terliur bila tengok Nani post gambar dekat Instagram. Hahah! Korang pun jangan lupa tau ke Vine Cafe yang terletak di The Starling Mall Damansara ni. Memang confirm korang akan berpuas hati dan rasa nak repeat lagi makan dekat sana. Tak susah pun nak cari, masuk aje entrance tu terus nampak Vine Cafe ni. Okay lah tu aje Nani nak share dengan korang hari ni. Have a nice day everyone!

Review Movie | Bisik Pada Langit

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Busy kemain dua tiga minggu ni sampai weekend pun tak sempat rehat. Ada je kerja yang nak kena siapkan, nanti ada masa Nani blogwalking okay. Yang drop soalan tentang Legoland pun nanti Nani reply satu satu. Tapi dalam sibuk sibuk tu pun sempat lagi dia pergi tengok Bisik Pada Langit. Hahah! Eh macam tak sibuk je tu kan 😆 Ha lepas tu berjaga lah nak siapkan macam macam kerja tertangguh tu. Mulanya Nani dah pasrah tak sempat nak cari masa pergi tengok movie ni. Tapi lepas baca review yang cakap movie ni best sangat sangat, tergugat jugaklah wei. Dah lah barisan pelakon semua nya yang superb best. Baca pulak review Siqah Hussin lagi lah hati ni meronta ronta nak pergi jugak tengok. Sanggup tinggalkan kejap kerja yang bertimbun tu. Hahah! Mulanya time Nani tengok trailer dekat Astro macam tak faham sangat cerita ni pasal apa. Ye lah time tu mata dekat tv lah, dekat phone lah, mana nak fahm. Eheh. 
Bisik Pada Langit
kredit : Google 
 SINOPSIS BISIK PADA LANGIT 
Secara keseluruhannya filem ni berkisarkan tentang pengorbanan seorang ayah iaitu Wak Rosli (Jalil Hamid) yang sanggup lakukan apa sahaja demi anak perempuannya Hajar (Umi Nazeera) sehingga mengabaikan anak anak lelaki yang beliau ada iaitu Zaidi (Beto Kusyairy) & Iqram (Naim Daniel). Wak Rosli ni akan lebihkan semua perkara kalau melibatkan Hajar. Apa yang Hajar nak, dia sanggup buat tapi berbeza lah layanan dia terhadap dua lagi anak lelaki tu. Satu hari, Hajar terlibat dengan kemalangan, dan Wak Rosli sanggup nak gadaikan tanah semata mata nak pergi melawat Hajar dekat luar negara. Disebabkan ni, berlaku sedikit salah faham antara dia orang anak beranak. Tapi belum sempat Wak Rosli ke sana, Hajar telah pun meningal dunia. Sejak dari tu, baru lah Wak Rosli ni lebih menghargai anak anak lelaki yang beliau ada. 
REVIEW 
Sejujurnya filem ni terasa dekat sangat dengan hati Nani. Tentang kekeluargaan, tentang pengorbanan seorang ayah untuk anak perempuan dia. Nani suka jalan cerita filem ni sebab kita jarang didedahkan dengan movie yang genre nya begini. Sebelum masuk wayang, Nani cakap dekat kawan Nani "hati Nani kebal kot, takkanlah nak menangis pulak." Hahah! Kemain lagi kan. Mula mula tu ok lagi tapi start aje ayah dia dapat panggilan yang Hajar dah meninggal, laju air mata turun. Iya lah, mana ada manusia yang nak tengok orang yang dia sayang pergi terlebih dahulu kan. Kemudian bila mana proses untuk membawa pulang jenazah Hajar ke Malaysia mengambil tempoh yang agak lama, sekali lagi Wak Rosli berkeras nak ke luar negara. Kali ni Zaidi berkeras melarang tapi Wak Rosli tetap degil nak pergi. Tapi kesudahannya dia tetap jugak tak dapat pergi sebab tiba tiba demam panas. 
Pada Nani, watak Beto Kusyairy dalam movie ni yang paling tenang sekali. Dia lebih rasional lah buat keputusan berbanding yang lain. Kalau nak ikutkan semua kemahuan Wak Rosli, memang tak tahu lah jadi apa. Overall, movie ni memang best. Banyaak sangat benda yang kita boleh belajar dari jalan cerita dia. Paling Nani ingat sampai sekarang, ayat daripada watak Wak Rosli, "kamu tak akan faham macam mana perasaan mak ayah, sampai lah satu hari nanti, kamu sendiri yang jadi emak ayah." Sekali lagi air mata Nani gugur. Dalam movie ni, tiap kali Wak Rosli bercakap aje mesti air mata aku menitis. Tak sempat nak kering lagi, dia gugur semula. Sedih sangat weh. 
Bisik Pada Langit
First time Nani tengok wayang sampai tumpah air mata macam ni. Hahah! Best sangat sangat dan memang Nani sarankan korang pergi tengok. Tengok sambil ambil pengajaran. Movie ni lah yang paling terkesan sekali dekat hati Nani. Memang banyak kita boleh belajar daripada setiap watak especially mana yang dah berkahwin dan ada anak. Setiap anak adalah amanah, dan jangan pernah membanding bandingkan antara satu sama lain. Masing - masing ada kelebihan tersendiri. Kita pun sesama adik beradik janganlah selalu tuduh yang bukan bukan dengan darah daging kita. Sebab sampai bila bila pun, kita tetap akan bersama jugak. Susah senang, muka itu lah jugak yang kita akan cari dulu. Nani bagi 5/5 bintang untuk movie ni. Korang pulak dah tengok ke Bisik Pada Langit? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page