Vietnamese Roll

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa balik Pahang, ada lah sorang mak cik dekat dengan area rumah Nani ni yang jual vietnamese roll, sandwich, cheese tart apa semua. Dah pernah try sandwich dia memang sedap so kali ni nak try vietnamese roll pulak. Tambah pulak sebab Nani tak pernah makan sebelum ni, lagi lah teringin nak order & rasa. Lagi satu sebab kawan Nani cakap vietnamese voll ni sedap. Harga pun tak ada lah mahal sangat, empat gulung RM5. Dah lama teringin nak try, tapi tak pernah jumpa orang yang boleh dipercayai untuk beli. Heheh. Nani jenis yang sangat teliti kalau nak membeli lagi lagi kalau bab makanan ni. Jarang sangat beli dengan orang yang tak biasa, sebab takut jugak (bab kebersihan lah). Kalau yang dah kenal ni, tak ada lah ragu ragu sangat kaaan. 
Viatnamese Roll
Selalu Nani tengok orang letak udang dalam dua ekor macam tu dalam vietnamese roll ni, tapi yang mak cik ni jual dia gantikan udang tu dengan crab stick. Ada jugak salad, carrot dengan suhun sekali dalam viatnamese roll ni. Sos tu masam masam manis sikit rasa dia. Tapi Nani rasa mak cik ni beli guna sos Thai yang dalam botol tu aje. Suka hati je kann. Hahaha! Memang sama sangat rasa dia. 
Viatnamese Roll
Untuk yang nak diet atau nak makan makanan yang healthy, sesuai lah vietnamese roll ni. Sebab semua bahan ni direbus aje. Cuma kulit dia Nani tak pasti guna apa. Nipis sangaat dan melekat lekat dekat tangan. Nani mampu makan satu gulung tu aje. Hahah! Bukan tak sedap tapi banyak sangat sayur tu, Nani jadi tak suka sangat. Dah macam mana nak eat clean ni, sayur banyak ni pun tak boleh nak telan. Heh 😆 Adik beradik Nani lagi lah, siap cakap ngeri nak gigit kali kedua. Perangaaai! Hahah! Tapi kalau korang memang suka makan sayur, nah wajib try! Heheh. Cukup lah sekali tu je makan, memang tak repeat order dah kot. Korang pernah makan vietnamese roll ni?  

Resepi Cheesekut Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya minggu lepas Nani tersangatlah rajin nak masak macam macam. Iye time rajin memang macam tu. Siap buat video masak masak lagi dekat Instagram. Hahah! Dah lama sebenarnya tak buat video memasak ni lepas kes my phone hampir hampir nak terjun dalam kari kepala ikan. Trauma kejap, tu yang tak ada keinginan nak masak sambil buat video 😆 The struggle is real okay bila nak buat video time masak ni. Memang salute yang suka buat video memasak selalu. Iya lah, mana kau nak fokus dekat masakan lagi, video lagi. Lain lah kalau ada yang lain tolong rekod kan, ye dak? So hari ni Nani nak share dengan korang resepi cheesekut mudah sangat sangat dan pantas. Kurang 20 minit boleh siap buat cheesekut ni hah. Sedaap pulak tu. Memang confirm semua orang suka! Bahan bahan nak buat pun tak banyak. Let's check it out! 
Resepi Cheesekut Mudah
Bahan bahan yang korang kena sediakan :
💫Biskut Kering (Nani guna yang jenama Hup Seng).
💫Cheese Tatura. Tapi kalau nak guna jenama lain pun ikut suka okay!
💫Susu Full Cream Marigold. Beli yang kotak kecil aje dah cukup. 
💫Susu Pekat.
💫Biskut Oreo (optional).
Cara - Caranya :
1. Mula mula sekali apa yang kena buat, ambik cheese Tatura tu campur dengan susu pekat dalam 6 ke 8 sudu besar. Susu tu boleh adjust lagi either nak tambah or nak kurang kan (ikut selera korang). 
2. Lepas tu masukkan dalam mixer bagi cheese dengan susu pekat tu sebati dan tak berketul ketul. Siap yang tu letak dekat tepi. 
3. Ambil biskut tadi dan celup dalam susu full cream. Lepas tu susun dalam bekas.
4. Letak cheese tadi atas biskut yang dah siap susun tadi. 
5. Ulang step 3 dan 4 sampai bekas penuh. 
6. Akhir sekali, taburkan biskut oreo yang dah dihancurkan. 
7. Masukkan dalam peti ais, sejukkan untuk beberapa jam. 
Resepi Cheesekut Mudah
Siappp! Nani haritu buat empat layer aje sebab cheese Nani guna yang kecik tu aje.Tatura mahal sikit harga dia, memang tak lah nak beli yang besau. Hahah! Banyak banyak pun nanti tak habis, rugi. Bila buat sikit macam ni berebut pulak masing masing nak makan. Hahah! Memang dah lama sangat Nani tak buat. Hari tu pulak ada kawan minta resepi, terus rasa terliur sekali nak makan. Lol. Petang tu jugak keluar cari barang, nasib baik pasaraya dekat aje. Simple dan sedaap! Boleh lah korang try pulak buat dekat rumah pulak. Kalau nak tanya apa - apa boleh drop soalan dekat bawah. Selamat mencuba!

Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Mentang mentang minggu lepas bukan main panjang cuti Raya Aidiladha, tiba tiba jadi lemau minggu ni. Hahah! Nak buat entry Raya ini pun bercinta nak siap hoi! Lepas dah tulis padam,  tulis padam, sudahnya tutup laptop. Kahkah! Mood masih bercuti ni, itu yang malas aje rasa. Eheh. Kali ni Nani beraya di Raub, Pahang (family belah abah Nani). Tapi sebelum balik sana sempat lagi membakar lemang dekat rumah dulu. Abah Nani sejak dah pandai buat lemang sendiri ni, asyik nak buat lemang aje. Pantang rasa nak makan, mesti ajak buat lemang. Kadang bukan time Raya pun membakar lemang jugak wakk. Hahah! Selalunya buat tak banyak pun, dalam tiga kilo macam tu aje. Dapatlah dalam 14 - 15 batang lemang. Jadi lah kan setakat nak makan sendiri, bukan nak jual pun hah. 
Nani ni duduk taman perumahan tau, jalan utama pulak tu so tiap kali orang lalu mesti ada yang tanya "nak jual ke tu?" Hahah! Ada tu yang nak beli walaupun abah cakap buat nak makan sendiri aje. Mujur lah hari tu cuaca elok sangat, dapatlah bakar lemang. Abah memang bakar dekat kawasan lapang depan rumah tu aje, tak ada pun buat atap ke apa. Kita orang bakar lemang, jiran depan kacau dodol. Meriaaah asap! Hahah! Tapi seronok buat sendiri ni, sebab puas hati. 
Rendang ayam ni memang menu wajib tiap kali Raya. Tengok ibu Nani buat rendang kejap je dah siap. Hahah! Power betul kan mak mak ni bila memasak. Harap nanti bila dah jadi mak mak, seketul Inani pun boleh lincah dan power di dapur. Eh? Hahahah! 
Ini pulak menu pagi Raya, mak cik Nani masak bihun sup. Ada jugak lemang, rendang ayam kampung dengan rendang landak. Jangan tanya apa rasa rendang landak tu, sebab Nani pun tak makan walaupun dah disogok beratus kali oleh mak cik dan pak cik kat kampung. Hahah! Dia orang cakap macam daging ayam tu rasa nya. Iya lah kot. Heheh. Nani memang kurang sikit kalau makanan pelik pelik ni. Pelik lah untuk yang jaraaang makan ni.
Laksa ni ibu Nani buat. Fuhh memang rasa macam Hari Raya Aidilfitri, macam macam makanan ada. Tahun ni tak banyak sangat orang buat korban dekat area rumah Nani ni. Tapi ada lah jugak dapat dalam dua kilo macam tu, dah selamat abah bakar hari Isnin baru ni. Hahah! Sementara semua orang ada dekat rumah, masak lah semua daging yang dapat tu.
Ini jiran belakang rumah Nani yang bagi. Tertunai jugak hasrat hati nak makan lontong. Hahah! Raya Aidilfitri haritu memang tak jumpa pun lontong. Rezeki betul jiran bagi ni, macam tahu tahu aje kaaann 😆 Hahah! Bila time Raya ni memang meriah dengan makanan aje lah, sampai tiap masa rasa kenyang. Hari tu pun ingatkan tak ada orang nak datang beraya, sekali kawan kawan abah dari Kajang datang. Haa gelabah masing - masing kemas rumah. Kahkah! Korang pulak beraya dekat mana baru ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page