Beraya Lagi!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah habis ke belum tu mood Raya? Heheh. Hujung minggu lepas memenuhi undangan jamuan Raya cikgu cikgu sekolah rendah dulu. Ramai yang macam tak percaya Nani still boleh contact dengan cikgu cikgu dulu. Hahah! Kalau ikutkan memang dah lama sangat tinggalkan sekolah tu tapi dengan adanya media sosial zaman sekarang, dapatlah berhubung dengan dia orang lagi. Apak skema ayat hari ni. Kahkah! Orang cakap bila dah berada dekat atas, jangan lupa di mana tempat kita bermula. Gila nak lupa! Dekat situ lah engkau belajar mengira, belajar membaca dan jugak belajar bercinta. Eh? Hahah! Main main aje. Hakikatnya memang zaman sekolah rendah dulu lah yang banyak membantu untuk jadi manusia berguna sekarang. Walaupun dah banyak muka muka baru dekat sekolah ni, tapi tetap tak pernah jemu untuk pergi. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Tak gitu? 
Dulu sekolah ni biasa biasa aje, sekarang dah jadi kluster hah. Haruslah semuanya dah jadi berlainan dari zaman dulu kan. Tapi banyak jugak lagi tempat tempat yang still sama macam dulu. Ingatkan lepas siap makan terus nak balik sekali dia orang ajak pusing pusing satu sekolah pulak. Lepas tu dekat setiap sudut bangunan nak ambil bergambar. Hahah! Sekali sekala datang katanyaa! 
Tangan tu dah kenapaa entah. Hahah! Paling best bila keluar dengan kawan kawan zaman sekolah rendah ni, memang asyik buat throwback aje lah sepanjang masa. Time ni lah boleh tengok ingatan siapa yang paling kuat. Hahah! Jangan tanya lah aku, memang banyak yang dah lupa. Lamaa sangat dah weh tinggalkan zaman sekolah rendah ni πŸ˜†
Dulu classmates ada dalam 30 lebih kot tapi bila nak kumpulkan semua sekali dalam satu masa tu memang payah lah. Ada yang dah lama lost contact, ada yang tak available dan macam macam lagi lah alasan. Hahah! Bila dah besar macam ni pergi sekolah memang soalan pertama cikgu cikgu, dia orang akan tanya nama. Heheh. Ada yang cakap muka dah lain sampai tak boleh nak kenal πŸ˜†
Fefeeling kanak kanak sangaat! Tapi serius, childhood memories paling best! Banyak benda yang bila Nani terfikir balik sekarang mesti rasa macam kelakar ada, lepas tu ada jugak rasa menyesal sebab ada buat benda bukan bukan dulu. Eheh. Tapi pengalaman mematangkan seseorang kan? Dari kesilapan yang lepas kena perbaiki untuk jadi lebih baik. Kalau tak perbaiki sampai bila nak ulang buat kesalahan yang sama. Gituu. 
Walaupun dah jumpa ramai kawan baru, yang lama tetap jugak di hati. Macam Nani sendiri, memang still lagi contact dengan dia orang ni. Mungkin jarang jarang dapat jumpa sebab masing - masing ada yang dekat negeri orang, negara orang tapi bila sekali sekala dapat jumpa fuhh lain macam perasaan tu. Apa apa pun, terima kasih cikgu cikgu sudi ajak kita orang datang beraya. Jamu pulak makanan yang sedap sedap. Terharuu betul bila cikgu cikgu bagi layanan yang baik sangat macam ni :") Moga Tuhan balas setiap kebaikan, ilmu dan didikan yang kalian pernah berikan dulu. Ingatan yang paling win hari tu "jangan lupa jemput cikgu datang kenduri." So lepas ni kita tunggu kad jemputan siapa yang sampai dulu okay? Eh πŸ˜†

Family Time!

Assalamualaikum & Hello.
Selalunya waktu Raya macam ni lah dapat berkumpul dengan the whole family besar. Tahun ni sebab cuti lama, dapatlah jumpa semua saudara mara (sambil sambil tu dapatlah kumpul duit Raya sekali. Eh) πŸ˜† Baru ni berpeluang balik Raub so malam tu kita orang buat bbq. Bila dah masuk Raya kelima memang dah tak pandangdah lemang, rendang semua tu. Hahah! Masing - masing nak makan menu yang selain daripada juadah Raya tu kan. Even fast food pun fuhh gila ramai orang kau! Rumah Nani berdepan dengan McDonald's, tiap kali lalu memang full house! Ada sekali tu kawan Nani pergi beli, tinggal bubur aje. Hahah! Rasanya memang macam tu lah bila musim Raya. Mana mana fast food pun ramai orang. Dah kenapa entah bercerita pasal fast food ni? πŸ˜† Since ramai saudara mara ada malam tu, memang meriah lah rumah mak cik Nani. Laman pulak luas memang syok lah buat bbq. 
Malam tu bakar lima ekor ayam, daging batang pinang dengan kambing. Fuhh tersandar kekenyagan semua lepas makan. Hahah! Kenyang sangat walaupun tak makan dengan nasi. Malam tu celebrate birthday my cousin jugak. Seronok sangat bila dapat gathering dengan family macam ni. Adik beradik abah Nani ada sembilan orang & semua dah kahwin so memang meriah dia tu lain macam. Hahah! Itu pun malam tu baru ada empat family. Keluarga besar macam ni bila kenduri senang sebab banyak tenaga kerja. Hahah! 
Mula mula bakar dekat luar rumah tiba tiba hujan. Gelabah semua angkat tempat pembakar tu & sambung dekat bawah atap. Nasib baik lah pembakar tu jenis yang mudah angkat ke mana mana.  Kali ni makcik Nani ajar buat perapan ayam bakar guna sos lada hitam dengan sos cili tu aje. Serius sedap jugak. Nani sebelum ni perap guna halia, bawang semua tu rupanya ada yang lagi sedap. Korang pun boleh lah try jugak buat. Memang menggunakan dua bahan tu aje. Mudah dan sedap! 
Coleslow sedap, sos lada hitam tu pun sedap! Dah dapat resepi macam mana nak sediakan sos lada hitam yang lagi power! Nanti ada masa Nani kongsikan dengan korang okay! Lepas Raya ni kena cari mood blogging yang tenggelam dekat mana entah. Hahah! Apa apa pun, memang Raya kali ni paling syok dan meriah sebab semua saudara mara dapat jumpa. Pada Nani sendiri, seramai mana pun kawan yang kita ada, family jugak yang paling jadi keutamaan. Bila susah ke senang ke, family jugak yang kita cari dulu. Bila ada masa, kena lah luangkan masa dengan dia orang. Hargai selagi masih ada sebab tak tahu sampai bila boleh menumpang kasih dengan keluarga ni kan πŸ’™

Tetamu & Rezeki.

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah dapat banyak udangan open house ke tu? Heheh. Nani setakat ni dah ada dua undangan tapi macam satu tu tak dapat nak attend aje. Masih lagi dalam mood beraya dan jugak cerita Raya. Mungkin seminggu ni korang akan baca semua cerita Raya aku je kot. Hahah! πŸ˜† Tahun ni memandangkan cuti yang agak panjang, ramai lah tetamu dan jugak kawan kawan sekolah yang datang beraya. Serius seronok bila orang sudi datang beraya rumah kita ni kan tambah pulak kalau dah lama tak jumpa. Macam ,acam versi cerita yang keluar. Ada sekali tu, 20 orang sekali gus kawan Nani datang beraya. Fuhh! Penuh lah rumah ni dari hall depan sampai ke ruang kita orang tengok tv. Hahah! Abah denga ibu Nani jenis tak kisah bila ada kawan kawan datang beraya macam ni sebab dah faham sangat yang Nani ni memang ramai gila kawan. Even kawan sekolah rendah pun, still contact to each other sampai hari ni. 
Baru ni ada kawan tanya soalan dekat atas ni. Hahah! Tak tahu nak jawab macam mana. Memang betul pun hari hari terima kawan kawan datang beraya ke rumah. Bayangkan Raya kelima biskut Raya semua dah nak habis. Lepas tu abah beli kacang sebab nak cover bekas yang dah kosong tu. Hahah! Abah dengan ibu Nani jenis kalau tetamu datang mesti nak jamu biskut Raya dengan makanan berat. Paling simple pun mee goreng. Kadang kadang aku yang letih tengok abah dengan ibu sebab macam macam benda nak buat sebagai raikan tetamu. Iya lah kan, bila orang dah datang rumah kita mesti lah nak layan sehabis baik. Kalau boleh buat dia rasa seronok dan selesa. Lagi pun tetamu ni datang bawa rezeki. Benda ni lah yang Nani selalu pegang dari dulu sampai sekarang. 
Ini lah antara tetamu yang datang beraya tahun ni. Semuanya kawan kawan sekolah dulu. Maklumlah Nani dah habis form 5 baru berhijah ke negeri orang sebab tu ramai kawan dekat Pahang ni. Ada jugak yang Nani tak sempat nak bergambar pun sebab terlupa. Hahah! Thank you korang sudi datang beraya ke kediaman rasmi saya. Ada yang datang dari jauh tu paling terharu okay! Minta maaf kalau ada terkurang dan terlebih layanan selama korang datang beraya tu. Tahu sangat mesti ada yang diam diam baca blog ni kan. Eh eh? πŸ˜† Harap tak serik datang beraya lagi tahun tahun depan. Heheh. Apa apa pun, jadikan lebaran ini sebagai medium untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Yang jauh didekatkan, yang dekat kita eratkan lagi πŸ’™
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page