Jalan Jalan Penang | #MYTravelAdventure

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni dah masuk minggu last untuk sem ni jadi memang tahap busy dia tu lain macam sungguh! Penat okay, bila dalam sehari nak kena settle banyak benda. Bila penat automatik kepala akan laju aje fikir nak pergi bercuti dekat tempat tempat yang best sikit. Hahah! Serius weh, Nani tak sabar nak habiskan sem ni sebab Nani rasa hectic sangat sangat dah hujung hujung ni. Dalam kepala dah rancang macam macam nak buat masa cuti nanti dan wajiblah pergi bercuti kan. Salah satu nak release stress adalah dengan pergi bercuti. Korang setuju ke tidak? Tapi sementara nak plan destinasi percutian tu, boleh lah buat throwback sikit edisi jalan jalan ke Penang hari tu kan. Memang ada plan pun nak ke sana lagi sebab hari tu banyak lagi tempat yang Nani tak sempat nak jelajah. Kawan Nani pun cakap Nani datang sana sekejap sangat, dia tak sempat nak bawa pusing satu Penang lagi. Haippp! Pandai tau menghasut nak ajak kita ni bercuti dekat negeri dia lagi. Heheh. 
Kenapa Nani suka sangat dengan Pulau Pinang ni sampai berkali kali nak repeat pergi sana? Ha sebab Penang ni terkenal dengan macam macam tempat menarik lagi lagi dekat area Georgetown tu. Lepas tu yang buat Nani jatuh cinta dengan Penang ni haruslah dari segi makanan dia orang kan. Heheh. Hari tu tak sempat nak rasa sotong kangkung yang orang cakap sedap sangat dekat sana tu, jadinya memang tahap wajib pergi lagi lah kan Pulau Pinang tu. Heheh. Sekali sekala dapat jalan tengok negeri orang ni best jugak kan korang. Lagi lagi bila travel dengan family atau kawan kawan, memang syok habis! 😍 Lupa terus semua stress dan kerja yang ada bila bercuti ni. 
Lagi seronok bila dapat bercuti dengan Traveloka! Nani dulu tak tahu pun pasal Traveloka ni sampai lah baca entry blogger blogger lain. Bila dapat tahu yang Traveloka selalu bagi diskaun untuk tiket flight dan hotel, memang tiap kali nak pergi bercuti akan book hotel melalui Traveloka! Korang kalau nak bercuti pun, Nani sarankan guna Traveloka! Nak tunggu apa lagi tu awak, laju laju klik link ni https://www.traveloka.com/en-my tau! Confirm korang tak akan menyesal punya. Jangan jadi macam Nani dulu, pergi booking melalui website lain, dah dapat harga mahal. Padahal masa tu Traveloka ada bagi diskaun kaw kaw. Menyesal gila weh masa tu, sebab tak tengok betul betul. Nani pernah kongsikan kisah tu dulu dekat SINI. 
Oh ya, untuk makluman korang Traveloka merupakan salah satu laman web yang akan memudahkan carian korang untuk travel ke mana sahaja destinasi yang korang nak pergi. Destinasi tu pulak bukan sahaja terhad untuk dalam negara aje tau tapi antarabangsa pun ada jugak. Bila ada lama web macam ni memang dapat membantu sangat lah kan. Tambah pulak kalau kita ni tak pernah sampai pun tempat tu jadi laman web macam ni memang akan jadi tempat rujukan lah. Heheh. Pertama kali Nani buka website Traveloka ni Nani rasa macam teruja sangat nak explore semua benda yang ada. Bukan setakat boleh book tiket flight atau pun hotel aje tau tapi korang jugak boleh tahu tempat tempat yang menarik dan jugak sejarah tempat tersebut. Tak best lah kalau Nani cerita semua dekat sini kan, untuk korang yang nak tahu lebih lanjut kena lah ke website Traveloka. 

Kenapa Pulau Pinang Perlu Jadi Destinasi Percutian? 
Salah satunya sebab pantai dekat sana lawa sangat dan banyak aktiviti yang boleh buat dekat situ. Antaranya berkuda, naik speed boat dan jugak parasailing. Nani hari tu tak sempat nak ambil peluang main parasailing sebab masa kita orang dekat Batu Feringghi tak lama. Serius lawa sangat pantai dekat sini. Nak mandi pun tak ada hal. Kalau waktu petang, ramai orang menjual dekat sekitar kawasan pantai ni. Memang seronok lah kan, tambah pulak kawasan pantai ni berangin aje. Nak buat photoshoot pun cantik korang. Senang cakap, korang kena pergi sendiri bercuti ke sana. 
Yang kedua, tentu lah bab makanan. Pulau Pinang ni antara salah satu negeri yang kaya dengan macam macam makanan. Hari tu sebelum Nani pergi bercuti dekat sana, memang dah list siap siap nak pergi makan Nasi Kandar Deen Maju, Roti Canai Transfer Road dan yang paling penting Mee Sotong. Peh memang nikmat weh bila dapat makan semua ni. Nasi kandar dekat Pulau Pinang ni memang ada banyak tapi kena pandai cari mana yang best. Salah satu yang famous tentu lah Nasi Kandar Deen Maju ni hah! Tengok lah tu, melimpah ruah kuah dalam pinggan. Makan sambil menjilat jari uolsss. 
Dulu Nani sellau tengok aje orang post Roti Canai dekat Transfer Road ni. Selalu tertanya tanya sendiri, memang sedap sangat ke sebab nampak macam biasa biasa aje. Kebetulan hotel yang Nani duduk tu dekat gila dengan Roti Canai Transfer Road ni. Memang orang kata elok sangatlah nak pergi kan. Bila dah rasa sendiri memang tak habis habis puji kesedapan roti canai dekat sini. Kuah dia tu yang buatkan roti canai ni lebih umphhh! Ayam tu pulau memang besra dan kalau korang nak tahu sepinggan ni cuma RM 6 weh! Murah! Dekat KL nan hado nak dapat macam ni tau! 
Pertama kali Nani makan mee sotong ni memang terbaaik! Kawan Nani bawa pergi makan yang dekat Padang Kota. Fuh teringat ingat lagi sampai sekarang mee sotong ni tau. Sotong banyak dan harga cuma lah lima ringgit. Sedaap! Sepinggan ni pun banyak tau korang. Sebenarnya yang buatkan Nani nak pergi lagi ke Penang sebab hari tu tak sempat nak makan char kuey teow dan jugak lepak dekat Restoran Kapitan yang terkenal dengan nasi beriyani dan nan cheese dia orang. Memang dah ada dalam list Nani, cuma masa terhad dan tak sempat nak pergi. Sobs T_T
Selain daripada pantai yang lawa dan jugak macam macam makanan yang sedap dekat Pulau Pinang n, ada jugak lukisan lukisan yang menarik untuk bergambar macam dekat atas ni hah. Nani hari tu sempat jumpa beberapa Streeat Art aje. Next time, kalau ke Penang lagi nak cari semua Street Art yang ada. Heheh. Hari tu pun ada Street Art yang Nani memang nak sangat pergi tapi tak jumpa sebab Street Art ni ada dekat merata rata tempat so kena jalan jalan sikit cari. Tapi jalan jalan pun seronok jugak sebab boleh tengok  negeri orang kan. 
Ini masa Nani ke Wonderfood Museum. First time masuk museum yang ada replika makanan besar besar. Fuhh! Memang syok bergambar dekat dalam ni, paling best sekali ada pekerja dia orang yang akan tolong ambilkan gambar kita. Jadi tak payah risau kalau datang berdua aje ke sini. Heheh. Dekat museum ni, macam macam makanan tradisi yang ada dekat Malaysia kita boleh kenal. Memang sesuai sangat kalau nak bawa family atau kawan kawan datang ke sini. Kalau ikutkan banyak lagi tempat best dekat Penang ni, sebab tu Nani cadangkan korang bercuti ke Penang. Sekali sekala lari dari hikruk pikuk kota, apa salahnya kan. Kalau Nani bercuti, memang prefer kawasan yang ada pantai. Lagi best bila bercuti dengan Traveloka! Jom pilih Traveloka dan lupakan yang lain!

#TravelokaMY
#MYTravelAdventure

Kerabu Maggi

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu masa pergi Boat Noodle, first time Nani try makan kerabu maggi dia orang. Sedap! Memang kena lah dengan tekak ni hah. Nani dah tahu lama pasal kerabu maggi ni tapi entah dulu dulu tu tak ada niat pun nak try. Hahah! Lepas makan dekat Boat Noodle hari tu teruslah cari resepi nak buat kerabu maggi ni sebab Nani tengok tak banyak sangat pun bahan yang diperlukan. Iye, aku memang suka try and error masak menu baru ni. Jadi ke tak tolak tepi dulu yang penting effort kena padu. Gitu 😆 Cumanya bila tengok resepi semua sarankan guna maggi yang Thai tu. Kalau guna maggi biasa tak jadi. Terus hilang semangat nak buat sebab tak jumpa maggi tu ada jual dekat mana. Hahah! Over sangat kaaaan! Kerabu maggi ni dah lama famous dekat belah belah Thai sana, cuma baru baru ni aje yang mula orang jual dekat Malaysia. Hari tu ada jugak orang jual dalam lima ringgit sebungkus, tapi tak berbaloi aku rasa. Sebab maggi nya sikit aje lepas tu sotong ada lah seekor. 
Ini maggi kerabu versi Boat Noodle. Sedaap! Cuma tu lah, mahal sikit. Lepas makan ni lah aku dapat ilham nak buat kerabu maggi sendiri. Gitu. So baru ni bila ada kawan Nani balik Kelantan terus kirim dengan dia beli maggi tu. Semangat betul dia nak buat kerabu maggi sendiri. 
Maggi ni lah yang aku cari merata tempat tapi tak jumpa tu. Hahah! Kawan Nani belikan dekat Kelantan empat paket ni baru lima ringgit. Beli banyak lagi lah dapat murah kan. Maggi dah ada cuma masa tak ada lagi nak masak kerabu maggi. Weekend ni lah kot cari bahan nak masak lepas tu boleh lah masak ikut resepi dan tekak sendiri. Korang kalau ada resepi nak buat resepi kerabu maggi boleh lah tinggalkan link dekat bawah okay. Nanti Nani pergi bacaa! 😊

Menu Ramadhan di Alanna's Kitchen

Assalamualaikum & Hello.
Pejam celik, pejam celik berbaki 19 hari lagi nak melangkah ke bulan Ramadhan. Tak lama dah ni korang, kalau mak mak ni mungkin dah mula fikir bulan puasa nanti nak masak apa kan. Entry menu sepajang Ramadhan pun Nani tengok dah ramai yang buat. Memang terasa sangat bahang bahang nak berpuasa ni. Tapi itu lah kalau hari hari makan lauk yang kita masak sendiri jemu jugak kan. So hari ni Nani nak kongsikan dengan korang menu Ramadhan di Alanna's Kitchen. Alanna's Kitchen ni terletak di Pandan Indah, restoran ni tersangatlah senang nak cari. Dalam Waze pun ada okay. Kalau korang tak ada transport sendiri nak ke sini boleh aje naik LRT ke Pandan Indah lepas tu ambik grab car. Tak ada hal lah bersusah susah sikit demi nak makan dekat tempat yang sedap dan harga berbaloi. 
Alanna's Kitchen
Alanna's Kitchen ni restoran HALAL tau korang dan ada banyak sangat menu yang boleh dicuba. Dari makanan tempatan, makanan barat, nasi arab apa semua ada. Kek pun ada macam macam jenis sampai kau akan rasa semua kek tu kau nak try! Hahah! Lagi best dekat sini semua kek tu home made. Fuhh memang terbaik betul lah. 
Alanna's Kitchen
Istimewanya dekat Alanna's Kitchen ni, sepanjang Ramadhan nanti dia orang akan sediakan nasi arab. Dekat atas ni set yang untuk empat orang makan dihidangkan dengan ayam panggang, ayam grill dan jugak kambing bakar. Setiap set yang dipilih akan dapat kuih muih dan jugak kurma. 
Alanna's Kitchen
Serius weh teringat ingat lagi nasi arab dekat Alanna's Kitchen ni. Nasi lembut sangat, ayam dengan kambing tu perapan dia cukup rasa. Memang puas hati kalau nak makan nasi arab dekat sini. Nasi tu kalau tak makan dengan kuah sup sekali pun dah sedap. Bila dah campurkan semua sekali, memang terpejam pejam lah mata menikmati. Hahah! Recommend sangat korang pergi berbuka di Alanna's Kitchen. 
Alanna's Kitchen
Ini pulak set untuk dua orang, nasi dan jugak ayam grill & ayam panggang. Nasi tu nampak aje macam sikit tapi banyak okay. Kalau rasa rasa tak cukup, nanti minta lah tambah. Tak ada hal okay! Nani ni jarang jarang makan nasi arab sebab selalu terkena restoran yang tak berapa nak sedap tapi yang dekat Alanna's Kitchen ni memang boleh buat rasa nak tambah berkali kali. Nak tahu lagi details, pergi stalk Facebook dan Instagram dia orang sana. Heheh. 
Facebook : Alanna's Kitchen 
Instagram : Alanna's Kitchen 
Alanna's Kitchen
Ini pun set untuk dua orang, ayam grill + kambing bakar. Kambing bakar tu lembut sangat sangat. Pada Nani, memang perfecto sangat nasi arab dekat sini hah. So nanti bulan Ramadhan kalau rasa tekak teringin nak makan nasi arab boleh lah ajak yang tersayang ke Alanna's Kitchen. Hehehe. Biasa lah kan, bulan puasa ni kadang kadang tekak suka nak makan makanan yang lain sikit. 
Alanna's Kitchen
Nani bawa kawan Nani hari tu, dia pun cakap sedap nasi arab dekat sini. Siap ajak lagi bulan puasa nanti repeat makan dekat Alanna's Kitchen. Cumanya, kalau nak berbuka puasa di Alanna's Kitchen korang kena lah buat tempahan supaya dia orang dapat siapkan order nasi arab tu untuk korang. Kalau walk-in harapan nak berbuka puasa dekat sini memang sipi sipi aje lah sebab nya time berbuka puasa selalunya full house! Untuk mengelakkan sebarang masalah, elok korang buat tempahan siap siap! Boleh call aje nombor dekat bawah ni okay!
💙 03 - 92017134 (Alanna's Kitchen)
💙 012 - 5518227 (Madam)
Alanna's Kitchen
Waffle pun sedap okay! Waffle rangup lepas tu combine kan pulak dengan aiskrim coklat dan mangga. Pehh nikmat yang tak terkata! Aiskrim tu home made jugak tau korang. Serius ni first time aku jumpa restoran yang hampir 100% home made menu dia orang. Tak tahu nak decsribe macam mana dah kesedapan makanan dekat sini. Hahha! Senang cerita, nanti korang ajaklah kawan, family apa semua berbuka puasa dekat sini. Tak nak makan nasi arab, ada banyak lagi menu lain yang boleh dipilih. Sally cakap spaghetti carbonara pun sedap! Haih, tak sabaar nak pergi lagi. Nanti kita try pulak rasa menu western dia orang. Bab makan, memang lajuuuu! Nak pergi Alanna's Kitchen? Nah, Waze aje alamat bawah ni. Wajib try korang!
Alanna's Kitchen 
No. 8 Jalan Pandan Indah 1/23D
Kuala Lumpur Malaysia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page