Pertemuan Singkat

Assalamualaikum & Hello.
Entry ni memang dah lama aku peram dalam draft, mungkin dah tiba masa nya untuk aku kongsikan dengan korang. Ceh! Over sangat πŸ˜† Kisahnya hari tu masa balik dari Pulau Pinang naik ETS, Nani duduk sebelah seorang mak cik ni, memang baik dan peramah sangat tau. Rasa macam berborak dengan mak sendiri. Nani naik ETS dari Butterworth, mak cik tu naik dekat Bukit Mertajam kalau tak silap. Masa mak cik Julia ni duduk, ingatkan nak buat tak tahu aje sebab ye lah stranger kan (tapi ada lah jugak senyum bukan buat tak tahu 100%) πŸ˜€Nani pun mengantuk sangat masa tu, dalam kepala memang nak tidur aje. Pagi tu pukul lima dah bangun semata mata nak kejar ETS, memang sah lah mata pun berat. Tapi tak lama lepas tu mak cik Julia ni tegur Nani dulu. Dari niat Nani nak tidur terus tak jadi tidur hah. Sepanjang perjalanan berborak dengan beliau. 
Yang lagi rancak perbualan tu sebab anak bongsu mak cik ni satu tempat belajar dengan Nani, cuma nya tahun dan kos lah berbeza. Mak cik Julia siap tunjuk lagi gambar anak dia kot kot Nani kenal. Heheh. Memang sah sah lah tak kenal kan tambah pulak anak nya tu lelaki. Perjalanan yang lebih kurang enam jam tu tiba tiba rasa sekejap sangat. Macam macam ilmu yang mak cik ni kongsikan dalam ETS hari tu. Sebab tu lah Nani rasa macam berborak dengan ibu sendiri. Rasa seronok sangat bila dapat dengar pengalaman orang dulu dulu ni lagi lagi tentang kehidupan, kekeluargaan dan banyak lagi lah. Kalau ada rezeki, Nani nak sangat jumpa dengan mak cik Julia ni lagi. 
Sembang punya sembang, rupanya mak cik ni ada tiga buah homestay dekat Pulau Pinang. Korang kalau nak bercuti ke Penang, tak tahu nak menginap dekat mana boleh lah contact mak cik Julia ni. Ya Allah, dia baik sangat sangat. Dari niat suka suka nak buat homestay, dah jadi punca rezeki dia. Hari tu Nani ada tengok gambar gambar dekat homestay mak cik ni, memang lengkaplah semua benda. Mak cik ni tak upah orang pun untuk bersihkan homestay ni, semua dia uruskan sendiri dengan suami dia. Memang kagum lah dengan mak cik Julia. Nani ni pun kadang kadang mengeluh bila nak kena kemas satu rumah. Hahaha! Penat kot πŸ˜†
Betul lah kan, setiap pertemuan yang Tuhan aturkan tu mesti akan ada hikmah yang tersendiri. Daripada tak nak bertegur tiba tiba boleh jadi rapat dalam sekelip mata, sampaikan rasa tak nak berhenti berborak. Banyak sangat nasihat yang mak cik tu kongsikan dan inshaAllah Nani akan ingat selalu. Paling tak boleh lupa bila mak cik Julia cakap "nanti kalau ada rezeki berumah tangga dan ada anak, didik anak anak dengan ilmu agama secukup mungkin sebab dunia sekarang terlalu banyak keburukan dari kebaikan." 😊 Terharuu sangat bila jumpa dengan orang yang baik baik macam ni. Korang pernah tak lalui situasi macam ni? Heheh. Dari stranger, tiba tiba jadi rapat sekelip mata? 

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum & Hello.
Weekend minggu lepas Nani balik Pahang sebab abang de nak kahwin. Sampai sekarang macam tak percaya semua orang dah tamatkan zaman bujang. Hahahah! Pagi Jumaat gerak balik rumah dekat Jerantut dulu lepas tu petang baru ke Kuantan. Penat dia jangan cakap, letih jugak hah duduk dalam kereta lama lama. Tapi demi nak meraikan hari bahagia abang de dengan kak Mira, letih ku tolak tepi. Gitu. Rasa macam baru je lagi masing masing habis belajar, tup tup dah jadi suami orang pun. Hari tu Along kahwin lepas tu kak Diah dengan Angah, minggu lepas abang de pulak. Apeni tinggalkan I sensorang je single. Eh? πŸ˜† I is tumpang bahagia dengan masjid yang kalian bina, makin besar Malek's Family nampaknya. 
Masuk je dalam dewan terus rasa terpukau dengan pelamin ni. Lawaa sangat kenapaaa 😍 Tapi tu lah, lupa nak ambil gambar sorang sorang dekat pelamin ni. Hahah! Lagi pun siap makan Nani dah terkejar kejar nak balik pulak. Huhu. Busy betul bila weekend. Tiga minggu akan datang pun weekend dah fully booked dengan macam macam program 😏
Nani dah lama sangat tak makan nasi minyak sebab malas nak ikut abah dengan ibu pergi kenduri. Hahah! Baru ni dapatlah makan nasi minyak, ayam goreng berempah, kari daging apa semua. Tengok lah tu sampai penuh pinggan. Eheh. Siap ada kambing bakar lagi. Thank you kak Mira & family sediakan macam macam makanan & I'm so happy πŸ˜†

Barakallah abang de dengan kak Mira. Semoga masjid yang kalian bina dilimpahi dengan rahmat, sakinah dan jugak mawwadah. I am so happy for both of you. Macam tak percaya lagi abang de dah kahwin. Hahaha! 
My new nephew, Nazheef. Tidur aje kerja dia, lepas tu behave sangat bila orang pegang. Haritu berjaya tenangkan Nazheef masa dia nangis nangis. Ahaa, jarang jarang sangat Nani mampu buat sebab selalunya bebudak tak ngam dengan Nani. Kahkah! Semoga dah besar nanti tak takut dengan makcik mu ini, Nazheef. 
Seee tidur aje kerja dia, orang usik usik suruh bangun pun sedap aje dia lena. Geram tengok. Hahah! Apa pun tahniah abang de dengan kak Mira. So lepas ni siapa pulak yang naik pelamin? Jeng Jeng Jeng. Setakat ni takdek lagi dengar ada yang nak bertunang atau pun kahwin. Eheh. Mungkin lagi dua tiga tahun pulak kan πŸ˜‰

Hanbing | Korean Dessert Cafe di SS15

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu lepas habis makan ice cream dekat Artico It's Nitro-Cool, terus cari tempat nak lunch. Dah dekat pukul empat petang baru nak lunch, punya lah lambat kan. Eheh! Masa Nani dalam LRT lagi, Sally dah WhatsApp bagi tahu dekat SS15 Courtyard ada Hanbing. Punya lah excited Sally bagi tahu, padahal lepas tu nak jumpa jugak. Hahaha! Mula mula ingat tak nak lagi masuk Hanbing ni sebab baru lagi kan makan makanan korea dekat Mr. Dakgalbi tapi lepas pusing punya pusing dalam mall tu macam takdek pulak tempat makan yang best. Ada jugak Texas Chicken tapi sebab dua dua nak makan nasi so kiterang pun lepaklah dekat Hanbing. Gitu. Dah lama pendam hasrat nak makan dekat Hanbing, baru ni kebetulan dah ada dekat sana terus lah pergi. Kemain jauh tau sampai ke Subang, padahal ada je yang dekat Bangsar πŸ˜†
Hanbing | Korean Dessert Cafe
Sebab tak pernah makan dekat Hanbing, dekat doploh minit tengok menu. Hahahah! Iya lah dulu aim pergi Hanbing ni sebab nak makan snow ice. Tapi sebab baru ni dah banyak gila makan ice cream so skip dulu lah order snow ice. Next time lah repeat lagi makan dekat Hanbing. Ehehe 😁

Hanbing | Korean Dessert Cafe
Nani dah tak ingat apa nama menu ni. Hahah! Lepas tu resit pulak dah campak mana entah. Yang pasti tu nasi goreng dengan base dia ada cheese. Base tu boleh pilih nak telur atau cheese dan tentu lah cheese jadi pilihan. Untuk yang ni harga nya dalam RM14.90 kalau tak silap Nani. Sedap lah jugak, cheese tu siap boleh tarik tarik πŸ˜†
Hanbing | Korean Dessert Cafe
Yang ni pulak korean spicy chicken dalam RM15++ Banyak sangat ayam dia bagi sampai kiterang tapau bawa balik. Tapi tak ada lah pedas mana pun walaupun ada tulis spicy. Pada Nani tak rasa pedas langsung. Heheh. 
Seee boleh tarik tarik cheese tu. Hahah! Apa yang best nya dekat Hanbing ni, boleh kumpul point setiap kali kita makan dekat mana mana branch Hanbing. Bila dah cukup 100 point boleh tebus ice snow tu kalau tak silap Nani. Hari tu dah kumpul 54 point, sekali lagi pergi dah boleh tebus rasanya. Hahah! Confirm lepas ni akan repeat lagi makan dekat sini. Korang yang peminat makanan korea tu boleh lah lepak dengan Hanbing ni, macam macam ada. Nani baru aje mula makan makanan korea macam ni. Selain cawangan dekat SS15 ni, ada jugak cawangan Hanbing dekat Bangsar. Boleh lah pergi mana yang korang rasa dekat tu. Selamat mencuba! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page