Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas gigih Nani dengan kawan ke Wangsa Walk semata mata nak tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2. Nani lagi suka keluar time weekdays sebab tak ramai orang. Sebab movie start pukul 12.15 tengah hari so tak sempat lah nak lunch dulu. Breakfast pun tak ambik sebab pagi tu settle kan a few things. So habis je movie dalam pukul 2.30 petang macam tu terus pergi solat dan makan. Macam macam lagu dah keluar masa tu. Hahaha! Faham faham sendiri lah kan macam mana bila tak makan dari pagi. Setakat makan popcorn TGV tu mana lah kenyang sangat. Pusing punya pusing cari tempat makan, sudahnya kiterang ke Campur Campur Kitchen. Sebelum ni asyik baca review orang aje, kali ni kita try pulak sendiri 😉
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Nani baru pertama kali sampai sini so macam blur blur sikit nak makan apa. Banyak sangat pilihan makanan yang ada sampai kan mula mula nak makan menu A lepas tu bertukar pulak yang lain. Hahah! Masalah betul 😂 Nani suka lah konsep restoran ni sebab santai aje. Next time boleh lah pergi sini lagi. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Tea in Thai Style ( RM5.57)
Masa Nani order air ni, tengok dalam menu dia letak dalam gelas biasa tu je sekali sampai big cup. Tapi bukan big cup yang biasa tu, ini lagi besar. Nani dengan kawan terus pandang sesama sendiri. Hahaha! Siapa nak habiskan air banyak macam ni. Ibaratnya satu air tu boleh kongsi dua orang okay. Murah lah air dalam lima ringgit dan tersangatlah banyak. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Campur Belacan Chicken Fried (RM11.23)
Dekat sini memang style diorang semua menu dalam portion yang besar kot. Nasi goreng ni pun banyak sangat. Side dish dekat tepi tu ayam masak sambal,udang kering, telur dadar dengan hirisan mangga. Sedap, bila makan tu ada rasa pedas pedas sikit + masam masam manis dari hirisan mangga.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Flying Fish With Hot & Spicy Herbs Rice (RM15.94)
Ini pulak pilihan Nani. Sekali lagi kiterang berdua macam tercenggang. Hahah! Apehal banyak sangat ni. Kalau tahu portion memang banyak dan ikan besar macam ni, memang order satu set aje lepas tu add on nasi lagi semangkuk. Take time jugak lah makan sebab nak habiskan semua ni. Menu yang Nani ambil ni, ada dua side dish yang kita boleh pilih sendiri. Nani ambil chicken wing dengan telur tu. Lagi dua side dish diorang kalau tak silap tomyam dengan salad rasanya. Heheh.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Lembut sangat ikan ni walaupun digoreng rangup. Sedap sangat, memang fefeeling makan dekat rumah sendiri. Heheh. Ada pulak sambal kicap dengan sambal belacan, memang layan lah. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Free salad of the day. Yang ni korang boleh ambil sendiri, ikut suka nak banyak mana. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Muka kekenyangan memang macam ni. Hahah! Sebab lunch pun dah dekat pukul tiga, portion makanan pulak banyak, malam tu memang tak makan apa apa dah. Puas hati betul makan dekat sini, patutlah ramai yang rekemen makan dekat Campur Campur Kitchen. Kalau cawangan di Wangsa Walk ni memang dari tempat parking kereta tu dah boleh nampak restoran. Dekat bahagian luar tu aje, tak payah masuk sampai dalam. Selamat mencuba! 

Popia Cheese

Assalamualaikum & Hello.
Bila baca tajuk entry ni mesti ada yang ingat Nani dalam cubaan buat makanan jadi hipster. Hahah 😆 Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai. Eheh. Ini bukanlah spring roll lepas tu letak cheese dalam tu. Apa yang Nani nak kongsikan ni, ala ala kerepek popia cheese. Gasaklah nak letak nama apa pun yang pasti sedap dan nak buat pun tersangatlah senang. Dapur bujang katakan, semua resepi haruslah yang paling simple. Tak gitu? So bahan yang wajib ada mestilah kulit popia dengan serbuk cheese (alah yang selalu makan dengan wedges tu) Heheh. Serbuk cheese tu kalau rasa tak ada jual dekat tempat korang, boleh lah beli online. Dah ramai orang jual sekarang. 
Popia Cheese
Mula mula gunting kulit popia tu ikut saiz yang korang nak dan goreng dalam minyak panas. Nani hari tu sebab nak cepat main gunting aje ikut suka. Ehehe. Mana tak nya, bas pukul 12 tengah hari, pukul 10.30 pagi baru nak buat benda ni. Nasib baik ibu sudi tolong gorengkan, dapatlah jugak bawa balik sebalang popia cheese bagi kawan kawan rasa. Heheh. 
Popia Cheese
Agak agak kulit popia tu macam dah sejuk sikit, taburlah serbuk cheese tu dan gaul sampai sebati. Siap! Sedap tau korang, boleh lah try buat dekat rumah sebab tersangatlah senang. Kalau beli online orang jual RM30 sebalang rasanya. Sebelum ni ada jugak niat nak beli dekat Instagram tu tapi sebab macam mahal sikit, terus datang idea nak buat sendiri. Makan masa tengah layan movie, memang syok. Sedar sedar balang dah kosong. Hahah 😆 Nani hari tu guna satu paket kulit popia tu dapatlah jugak dalam empat ke lima balang. Abah siap cakap nanti Raya buat aje ni hidang dekat tetamu. Hahah! Kemain sangat abah, puasa pun belum, dia dah cerita pasal Raya. Korang pun jangan lupa tau buat dekat rumah. Heheh. Selamat mencuba!

Asasi Atau Diploma?

Assalamuaalaikum & Hello.
Memandangkan ada dua tiga orang yang pm tanyakan pasal ni, jadi hari ni Nani nak kongsikan sikit pendapat. Macam Nani sendiri dulu ambil asasi bahasa inggeris & kalau tanya pendapat Nani, ofcourse Nani cadangkan untuk masuk asasi. Tapi sebelum buat apa apa keputusan korang sendiri kena ukur kemampuan korang takat mana. Kalau korang jenis yang cepat pick up dalam kelas, tak kisah jadual pack dari pagi sampai petang dan kadang kadang ada jugak kelas malam, boleh lah pilih untuk ambil asasi. Kenapa saya cakap macam ni sebab nya bila masuk asasi, tempoh belajar tak lama. Selalu nya mana mana asasi dan matrikulasi akan habis dalam tempoh setahun. Tapi ada jugak program asasi dan matrikulasi yang sampai dua tahun. Contohnya macam asasi UIA, ada yang extend sampai dua tahun. 
Apa kelebihan masuk asasi? Bila masuk asasi, korang akan dapat elaun setiap sem. So dekat situ macam boleh ringankan sikitlah beban family sebab dah ada elaun. Elaun tu pulak kalau pandai berjimat memang cukuplah untuk satu sem. Kadang kadang boleh simpan sikit bawak ke sem depan. Dah dapat duit tu, jangan lah fikir nak berseronok aje eh. Ingat niat utama datang situ nak belajar. Gitu. Satu lagi bila masuk asasi ni, korang dah memang kena ready fizikal dan mental. Lagi lagi bila dah hujung sem tu. Memang busy gila. Hahah! Mana mana tempat belajar pun, kalau hujung sem memang jadual akan jadi tak menentu. Biasa nya minggu akhir tu lah baru sibuk sibuk lecturer nak buat presentation, nak kena submit assignment, eh macam macam lah lagi. 
Asasi Atau Diploma?
Tapi pada Nani, ok aje ambil asasi. Tak ada lah macam pressure sangat, as long as pandai nak susun masa sendiri. Satu aje pesanan, jangan ikut orang atau kawan. Ikut kemampuan kita sendiri. Kalau rasa boleh bawak, then ambil asasi. Sebab apa Nani cakap jangan ikut orang, takut nanti orang tu memang yakin dia boleh buat tapi tetiba kau give up separuh jalan. Ha dah rugi sikit masa belajar dekat situ. Macam Nani ambil asasi bahasa inggeris dulu, jadi subjek subjek masa asasi tu tak ada lah berat sangat compare to those yang ambil aliran sains. Alhamdulillah boleh score setiap subjek. Kalau kita letak effort sungguh sungguh, niat nak belajar betul betul, Allah akan bukakan jalan 😊
Ini macam sikitlah gambaran macam mana kehidupan masa zaman asasi. Tapi kalau rasa macam tak boleh nak buat asasi atau matrikulasi, korang boleh lah buat diploma. Memang tempoh masa belajar agak lama dan tak ada elaun tapi sekurang kurangnya kau boleh follow apa yang lecturer tu ajar. Memang ada sesetengah orang tak boleh nak catch up belajar laju laju ni, dia nak kena slow slow baru boleh masuk. Ambil asasi kalau tak score tak bagus jugak. Biarlah orang nak cakap ambil diploma nanti lambat habis lah apa lah, tapi yang penting kita boleh dapat ilmu tu. 
Hidup ni jangan terlalu dengar cakap orang. Memang bagus untuk ambil pendapat orang lain and so on tapi biarlah kita yang decide sesuatu keputusan tu. Dengar pendapat dia, then awak decide lah sendiri hala tuju tu. Kalau masih samar samar lagi, doa dan minta petunjuk dari Allah sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa apa pun, tak kisah lah asasi ke diploma ke matrik ke, asalkan nak belajar. Lambat atau cepat tamat belajar bukan itu ukurannya. Yang penting boleh follow the flow. Okay 👌 Harap membantu buat yang bertanya tu, kalau ada soalan boleh drop dekat bawah 😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page