Wonderfood Museum Penang

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni dekat Pulau Pinang memang ada macam macam muzium Nani tengok. Masa Nani ke sana hari tu cuma ada dua je muzium yang betul betul nak pergi dan salah satunya Wonderfood Museum Penang ni. Heheh. Iya lah pergi pun cuma empat hari tiga malam je, mana sempat nak pergi banyak banyak muzium ๐Ÿ˜†Untuk yang menggunakan kenderaan berkaki dua macam Nani hari tu agak mencabar jugaklah nak sampai ke muzium ni. Hahah! Tambah pulak Jalan Lebuh Pantai tu ada dekat bahagian kiri dengan kanan so macam was was tak tahu nak pergi yang belah mana satu. Sesat jugaklah hari tu nak sampai ke Wonderfood Museum ni. Tapi kalau korang guna Waze tak sesat punyalah. 
Tapi ada baik nya jugak sesat hari tu. Hahahah! Sebab nya masa sesat tu lah kiterang jumpa beberapa Street Art dengan ais kepal. Eh ๐Ÿ˜€ Sambil sambil nak cari muzium ni (dah lah tengah panas okeh) boleh lah menikmati ais kepal. Gitu. Kalau tak biasa area sana, memang susah sikit lah nak cari muzium ni lagi lagi orang luar kan. Heheh. Nani dengan kawan hari tu ingat nak naik beca sebab masa tu dah penat sangat tapi uncle tu pulak tak tahu dekat mana muzium ni. Sudahnya tanya jugak lah orang dekat situ, kalau tak kang makin sesat barat. 
Wonderfood Museum Penang
Masa nampak aje ni, terus rasa lega. Hahah! Sebab dah tak larat nak menapak lagi dah. Muzium ni bersebelahan dengan CIMB Bank. 
Wonderfood Museum Penang
 Harga tiket untuk masuk ke Wonderfood Museum :
Dewasa : RM 15 (MyKad)
Pelajar : RM10 (Student Card)
Kanak - Kanak : Percuma 
Kalau korang student bawa aje kad pelajar tu sebab mostly tempat yang Nani pergi dekat Penang ni , dengan kad pelajar tu boleh dapat harga lebih murah. Jimat lah sikit. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Mula mula Nani ingat tu lempeng bukan roti canai. Hahahah! Teruk betul lah ingat tu lempeng. Ayoyo Nani oi. Dekat muzium ni bukanlah setakat boleh tengok gambar makanna besar gedabak semata mata tapi boleh jugak tahu info tentang makanan yang ada dekat Malaysia ni. Sejarah wujudnya makanan tu pun boleh tahu jugak. Heheh. Ok lah siap boleh tambah ilmu pengetahuan lagi.
Wonderfood Museum Penang
 Alas meja tu memang dah sedia macam tu bukan sebab Nani tarik. Hahah! 
Wonderfood Museum Penang
Ini dekat bahagian makanan basi.Memang geli walaupun itu cuma replika. Nampak real sangat semua makanan yang berkulat tu semua. Dekat sini ada pekerja muzium ni yang akan tolong ambilkan gambar kita so jangan risau kalau datang sensorang. Heheh ๐Ÿ˜Š
Wonderfood Museum Penang
 Telefon tu macam spoil kan gambar pulak. Hahah!
Wonderfood Museum Penang
 Bila lagi kan nak fefeeling ada gerai sendiri. Hahah! Hai orang sebelah jeling mee goreng yang I masak ke tu? ๐Ÿ˜†
Wonderfood Museum Penang
Laksa ni kalau makan kenyang berhari hari kot. Hahah! Siap berasap lagi tau, memang nampak macam laksa betul lah. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
 Ha nah quote untuk yang minat makan tu. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Dekat muzium ni ada jugak lah replika makanan yang boleh kita pegang macam peria ni dan ada jugak yang memang tak boleh pegang. Heheh. Memang kalau tengok makanan dekat sini rasa nak pegang pegang. Hahah! Nani ada jugak lah curi curi pegang replika makanan yang ada. Perasaan nak pegang tu membuak buak tau lagi lagi yang laksa, mee kari semua tu ๐Ÿ˜†Nak jugak tahu kan diorang guna apa untuk buat semua ni. Mohon jangan contohi ok. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
Ha pilih pilih nak makan apa. Macam yang ni diorang memang tak bagi sentuh tapi tu lah tangan ni degil. Hahah! Sentuh sikit sikit dah lah, jangan sampai engko pergi sentuh sampai tercabut pulak. Itu cari pasal sangat namanya. 
Wonderfood Museum Penang
Itu muka puas hati sebab dapat tengok macam macam makanan yang ada dekat sini. Heheh. Puas hati lah datang sini. Nani tak lama sangat pun dalam ni sebab tak ramai orang kan seronok lah nak bergambar. Pusing pusing dalam muzium ni lepas tu dah jumpa pintu keluar semula. Dekat dalam ni ada jugak jual keychain, coklat dengan kopi tapi harga boleh tahan jugak lah. Nani tak beli pun, gambar yang diorang ambil masa mula mula Nani sampai muzium ni pun Nani tak beli. Hahah! Untuk korang yang ingin berkunjung ke Wonderfood Museum Penang ni boleh lah waze alamat dekat bawah ni okeh. Memang enjoy ๐Ÿ˜‰
49, Lebuh Pantai,
10200 Georgetown Pulau Pinang.
Waktu Operasi : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang


Thank You Bloggers!

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa dua parcel ni sampai Nani tengah bercuti dekat Penang. Heheh. Jadinya tak sempat nak buat entry penghargaan untuk kakak kakak blogger yang cantik manis ni ๐Ÿ˜ Rezeki awal tahun kata orang. Dah lama dah tak ada dapat hadiah dari kawan kawan blogger, bila dah dapat ni teruja dia lain macam sikit. Hahaha! Satu kiriman parcel daripada kak Suria Amanda sebab jadi  top comentor Disember dekat blog kak SA. Lagi satu parcel kiriman daripada SS dengan sis Jari Manis sebab terpilih jadi salah sorang pemenang giveaway diorang berdua hari tu. Apa apa pun terima kasih sangat sangat untuk setiap kiriman ni, moga jalinan di alam maya akan terus berkekalan. Gitchew ๐Ÿ˜‰
Hari tu kak SA cakap nak bagi Lipstick Kylie tu aje, sekali sampai ada mask dengan keychain dari Thailand jugak. Thank you sangat sangat kak SA. Moga makin murah rezeki akak lepas ni. Nani dah pernah jumpa kak SA dua kali. Heheh. Alhamdulillah bukan takat kenal di alam maya je tapi sampai dekat luar jugak ๐Ÿ˜Š Korang kalau nak cari resepi ke, nak baca tips ke boleh singgah blog kak SA. Nani tiap kali masuk blog kak SA mesti kecur air liur tengok gambar masakan air tangan kak SA. Agak agak bila dapat rasa ni? Eheheh ๐Ÿ˜‰
Yang ni pulak fridge magnet Shanghai dari SS & sis JM. Nani ni bukan selalu bertuah, tak sangka pulak kali ni terpilih jadi salah sorang pemenang. Thank you sangat sangat SS dan sis JM, moga makin dimurahkan rezeki jugak. Doakanlah Nani dapat ke luar negara jugak lepas ni. Eh ๐Ÿ˜†Mana tahu lepas ni berpeluang pulak kan nak jejak bumi Shanghai. Angan angan dulu nanti baru jadi kenyataan. Korang yang suka baca entry travel boleh singgah blog diorang berdua ni. Heheh. 

p/s : Dah seminggu balik dari bercuti tapi still rasa macam malas malas. Hahah. Mungkin kah sekeping hati tertinggal di Penang? Eh ๐Ÿ˜†

Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang ๐Ÿ˜ Hari ni Nani teruja sangat nak kongsikan dengan korang pengalaman Nani sendiri menggunakan Serum Mawar keluaran Zeeta. Masa mula mula sampai produk ni dekat rumah, Nani memang dah tak sabar sangat nak cuba tau sebab Nani baca yang serum ni merupakan serum muka untuk kulit berminyak. Lepas dah seminggu guna serum muka keluaran Zeeta ni, Nani sendiri dapat rasakan kelainan kulit sendiri. Memang best sangat dan Nani memang cadangkan untuk korang guna. Ha kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal serum muka Zeeta ni kena lah baca entry ni sampai habis. Ehehe. Nani sebenarnya baru tahu pasal serum muka ni dan rasa menyesal sikit sebab tak tahu produk yang best macam ni ada dekat pasaran. Pernah tengok iklan tapi tu lah tak pernah terdetik pun nak cuba. Tapi lepas ni memang confirm produk keluaran Zeeta akan jadi produk pilihan Nani lah. Korang dekat sini ada tak pengguna produk Zeeta? ๐Ÿ˜‰
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Sebelum tu, korang tahu tak apa itu Serum Mawar Zeeta? Meh nak bagitahu, serum muka mawar ni mempunyai vitamin C, E, A serta zat omega 3 & 6 yang mana mampu untuk mengatasi masalah penuaan. Senang cakap serum ni merupakan serum anti penuaan dan jugak serum jerawat. Ha senang cakap memang banyak lah kelebihan mawar ni. Teruja tak korang baca ni? Hehe. So cara nak hilangkan jerawat dengan mudah guna lah serum mawar keluaran Zeeta ni okeh. Masa Nani guna produk ni memang rasa segar aje muka lepas tu. 
Dengan serumnya yang bau sangaaaat wangi, bila pakai tu automatik akan rasa selesa dan best sangat. Macam mana tak wangi kan, dah namanya pun menggunakan bunga mawar. Nani pakai bila dah nak tidur dan lepas mandi, memang syok sangat lah. Rasa tenang je lepas tu. Cara segarkan muka dengan cepat hanya perlu gunakan serum muka mawar keluaran Zeeta ni aje.  Lagi satu yang paaaaaling Nani suka sebab tak melekit lekit. Nani ni sangat tak suka produk yang melekit lekit, rasa tak selesa sangat. Setuju tak? 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
KELEBIHAN SERUM MAWAR ZEETA : 
๐Ÿ’œMengecilkan liang - liang pori wajah 
๐Ÿ’™Mengekalkan kulit yang anjal dan segar
๐Ÿ’œMenjadikan kulit wajah lebih gebu
๐Ÿ’™Menjadikan solekan di wajah lebih menyerlah & tahan lama
๐Ÿ’œUntuk terapi minda dan anti stress
๐Ÿ’™Boleh menghilangkan mengantuk
๐Ÿ’œBoleh melegakan selesema & resdung
Bayangkan eh korang beli sebotol ni tapi boleh dapat banyak sangat kelebihan. Mestilah untung sangat kan.Nani ni dah lah kadang kadang jenis yang malas nak pakai banyak banyak benda dekat muka so bila ada yang sekali gus banyak kelebihan macam ni, memang akan jadi pilihan utama lah. Heheh. Paling Nani suka kelebihan serum ni sebab boleh menjadikan terapi minda dan anti stress. Bau yang wangi tu memang sangat  menyenangkan.  Tak tahu nak describe macam mana lagi dah, korang wajib beli dan cuba sendiri. Memang confirm  tak akan wujud perkataan menyesal. Heheh ๐Ÿ˜Š Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Cara nak gunakan serum ni pun tersangatlah mudah jadi tak ada alasan nak skip guna. Korang tinggal spray aje dekat muka lepas tu sapu sapu sikit dah siap. Ohoi senang sangat. Lagi lah berganda ganda Nani suka kalau yang mudah mudah macam ni. Ye Nani ni spesis nak lawa tapi pemalas. Hahah! ๐Ÿ™ˆ Jadi kalau yang mudah macam ni, memang tak fikir banyak kali nak guna ๐Ÿ˜ƒ Setakat ni Nani rasa serum mawar Zeeta ni lah antara serum spray muka yang terbaik. Dekat bawah ni pulak antara testimoni berjaya yang menggunakan serum Zeeta mawar. 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta

Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Nampak tak tu dia cakap rasa segar aje? Haa memang terbukti lah serum ni sangat berkesan. Korang boleh jugak bawak serum ni ke pejabat. So kalau rasa mengantuk, sembur aje dekat muka mesti segar bugar lepas tu. Ni lah antara petua menghilangkan mengantuk di pejabat yang korang boleh guna. Memang produk ni bukan aje untuk kecantikan tapi boleh jugak unuk jadikan produk menghilangkan mengantuk. 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Untuk pengetahuan korang jugak, produk keluaran Zeeta terutamanya serum mawar Zeeta ni antara serum muka yang bagus dan murah. Zaman sekarang ni nak jadi cantik tak perlu pun keluar duit banyak. Produk macam ni pun kita boleh miliki dengan harga yang berpatutan. Sebotol serum mawar ni cuma berharga RM20 untuk semenanjung Malaysia dan RM25 untuk Sabah dan Sarawak. Murah sangaaat kan? Memang semua orang boleh guna lepas ni. Cara untuk dapatkan produk produk keluaran Zeeta ni, korang boleh WhatsApp ke nombor 019 220 9069 atau 013 330 8583. Tunggu apa lagi jom dapatkan serum mawar keluaran Zeeta. Memang berbaloi sangat ๐Ÿ˜
Website : www.zeeta.com.my
Facebook : Zeeta Pakar Mawar
Instagram : Zeeta Official 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page