GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

Assalamualaikum & Hello.

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 




Ais Jagung

Assalamualaikum & Hello.
Jiran Nani dekat area rumah ni ada menjual ais jagung, cendol, pisang goreng waktu petang. Ha cerita dia memang panjang lah langkah setiap petang pergi menapak ke gerai orang tu. Pantang lapar terus pergi beli. Hahaha ! Walaupun sekarang dekat Pahang asyik mendung lepas tu hujan tapi tetap jugak nak minum ais jagung. Sampai kadang ibu tanya tak sejuk ke minum ais musim musim gini. Memang lah lain kan tekak orang muda kalau nak banding dengan mak mak kita ni. Nikmat sangat bila dapat minum ais jagung yang memang terbaik tu hah. Duduk rumah ni kerja nya makan aje lah, kalau rajin sikit pergi baking sendiri. Tapi sejak balik ni, malas aje yang banyak menguasai diri. Hahah ! 
Ais Jagung
Ais jagung ni dua ringgit aje hah lepas tu bahan tak kedekut. Memang sedap lah kan minum sambil sambil makan goreng pisang panas. Ehehe. 
Ais Jagung
Dulu dulu tak suka sangat pun minum ais jagung ni tapi sejak bila entah dah jadi feveret pulak. Betul lah orang cakap jangan benci sangat, kan dah suka pulak. Eh kaitaaan sangaat engko ! Hahah ! Selalu yang Nani beli dalam ais jagung ni orang letak jagung aje kan, tapi yang jiran Nani jual ni siap ada cincau, jagung, cendol. Haih kalau boleh semua bahan yang dalam ABC tu dia nak letak agaknya. Hahah! Untungnya customer kalau semua penjual macam ni. Ha korang minat minum ais jagung ni? 

Bila Abah Memasak

Assalamualaikum & Hello.
Ini cerita masa Hari Sukan Negara hari tu. Ye ye tahu dah lama tapi tetap jugak nak abdikan dalam blog ni. Hahaha ! Kisahnya ibu sibuk dengan sambutan hari sukan negara peringkat daerah, Nani pulak sibuk study untuk final exam (masa tu tengah study week & macam biasa I is decide nak study dekat rumah) So bila semua macam sibuk aje, abah pun mencemar duli memasak dekat dapur. Wah gitu ! Memang selalu aje abah masak dekat rumah ni. Kadang kadang kalau ibu yang balik lambat dari sekolah, abah masak dulu. Ramai aje yang tak percaya abah ni pandai masak termasuk lah nenek Nani sendiri. Hahah ! Hari tu nenek Nani gelak bila tahu abah yang masak. Nak tahu apa abah masak, scroll bawah sikit. Heheh. 
Gulai lemak daging salai campur dengan ubi kentang. Ha memang bukan masak biasa biasa tapi luar biasa sangat ni. Anaknya ni pun kenkadang failed lagi kalau masak masak gulai ni hah. Kena banyak lagi menuntut dengan abah nampaknya macam ni. 
Nani not really sure apa nama menu ni. Abah cakap ni resepi turun temurun daripada dia. Hahah ! Sedap sangat padahal kalau tengok abah masak tu, campak campak aje dalam kuali dah siap. Kalau abah masak, memang most of the time semua dia campak aje tak ada nya nak ikut resepi sangat. Semuanya ikut firasat dan ikut suka dia. Hahah ! Nanti Nani try risik risik resepi daripada abah. Kalau dapat boleh kongsikan dekat sini. Beruntung betul dapat abah dengan ibu pandai masak ni, boleh lah belajar sikit sikit. Masalahnya sampai sekarang tak berapa nak pandai lagi. Hahahah ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page