Nasi Impit & Kuah Kacang Segera

Assalamualaikum & Hello.
Biasanya orang guna nasi impit tu aje yang segera dan kuah buat sendiri kan. Nani kali ni bukan setakat nasi impit aje yang segera tapi dengan kuah kacang tu pun beli yang segera. Haa nak cakap Nani ni pemalas lah tu. Hahah ! Bukan pemalas okay tapi sebab dekat sini yang ada cuma rice cooker aje. Dalam tu lah masak nasi, masak lauk segala bagai. Dapur bujang kan. Hahah! Jangan nak cadangkan beli periuk Noxxa pulak eh. Tengah kumpul duit lagi ni nak beli periuk tu. Nani tak pernah tahu pun sebenarnya kuah kacang tu ada jual yang segera punya. Jalan jalan dalam Cold Storage tengok ada jual, apa lagi beli lah kan. Yang sebenarnya masa tu teringin nak makan nasi impit, tu yang gigih pergi cari kuah kacang segera.

Sebelum ni memang tak pernah try pun beli kuah kacang segera ni. Hari tu masa jalan jalan dekat Cold Storage tu, tengok banyak jugak dah yang jual kuah kacang segera dalam bentuk pek macam dekat bawah ni. Ha memang semuanya dah senang sekarang. Kalau malas, beli aje yang dekat pasaraya tu balik tinggal masukkan aje semua dalam periuk. Eheh. Tapi kalau malas lagi dan senang kerja, beli aje yang nasi impit dekat pasar malam. Hahah ! 
Nasi Impit & Kuah Kacang Segera
Nani yang sebenarnya tak tahu jenama mana yang sedap kuah nasi impit ni so main rembat aje mana yang packaging nampak lawa sikit. Ada jugak yang jenama Brahim kalau tak silap Nani. Masa nak beli kuah kacang segera ni lah ada nampak kuah ayam percik segera lah, sambal segera lah. Eh macam macam pulak dah, nasib napsu nak membeli tak membuak buak masa tu. Kahkah ! Kalau tak habis semua aku borong lepas tu masak sendiri.
Nasi Impit & Kuah Kacang Segera
Taraaa ni lah hasilnya nasi impit segera ! Engkorang janganlah assume nak dapat nasi impit kuah kacang yang macam masak sendiri dekat rumah tu eh. Nama pun yang segera kan. Pada aku rasa dia not bad lah sebab semua rasa dia cukup. Boleh lah buat lepas anak tekak yang mengada ngada nak makan nasi impit kuah kacang. Memang biasa dah kalau bukan dekat rumah tekak ni teringin nak makan macam - macam. Gigih jugaklah aku ni pergi Cold Storage cari nasi impit segera ni hah. Nasib baik Cold Storage tiga empat langkah je, senang nak beli apa - apa. Hehe. Korang pernah try ke guna kuh kacang segera ni? 

Sos Apai Shah Alam

Assalamualaikum & Hello.
Ha korang ingat lagi tak yang Nani cerita pasal Char Kuey Teow Mudah hari tu? Sebab ramai yang nak tahu dekat mana boleh dapatkan sos char kuey teow tu, jadi hari ni Nani nak kongsikan dengan korang. Ehehe. Dah lama Nani nak kongsikan tapi selalu terlupa sebab lately ni tersangatlah busy kalah orang yang bekerja. So untuk yang nak dapatkan sos ni korang boleh terus ke facebook Sos Apai Shah Alam  Dekat situ nanti boleh tengok senarai agen dan jugak kedai kedai yang ada menjual sos ni hah. Kalau nak lagi mudah, terus aje Whatsapp ke 013 3032762 Sos ni produk keluaran bumiputra, memang dijamin HALAL. Nani pun baru tahu sos ni boleh digunakan dalam pelbagai lagi jenis masakan bila tengok dekat facebook tu. Hehe. 
Sos Apai Shah Alam
Ha lepas ni tak payah dah susah susah nak pergi cari dekat mana char kuey teow tersedap kan, boleh buat sendiri aje dekat rumah. Heheh. Nani ni pun ada lagi setengah botol sos ni tak guna. Memang banyak ok, jadi tak rugi kalau beli dan buat stok dekat rumah. Nak jadi agen pun boleh. Hehe. Selamat mencuba uolsss !

p/s : Hari ni first paper Nani exam, in sha Allah sampai Sabtu nanti. Mohon tembakan doa yang padu untuk saya. Hehe. Habis exam nanti lelaju Nani singgah blog korang

Spaghetti Bolognese & Carbonara

Assalamualaikum & Hello.
Dua bulan kebelakangan ni, memang tak boleh nak fokus sangat dengan blog sendiri. Dah cuba cari masa nak menaip, tapi ada aje benda yang menghalang. Dua minggu lepas lagi lah, dengan tak cukup tidurnya, assignment, quiz lagi hah memang dah sebijik zombi bila pergi kelas. Kalau nak taip entry pun takdek masa, apatah lagi nak blogwalking kan. Sorry sangat tau mana yang ada singgah sini, tapi Nani tak jejak semula. In sha Allah bermula minggu ni, jadual seorang Inani Hazwani dah kembali kepada normal. Lepas dah settle semua benda hari tu, rasa lega sangat - sangat ha, sekarang tinggal nak fokus untuk final exam aje dah. Hiks :)

Alkisahnya hari tu kiterang kumpul ramai ramai dekat kampung lepas tu memasing ajak buat spaghetti sebab dah lama tak makan. Sebab ramai kan, so buat dua jenis, spaghetti bolognese dengan carbonara. Nenek Nani pun cakap ha buatlah apa benda nak makan, ikut korang. Hahah ! Bila nenek dah cakap macam tu apa lagi, semorang nak tunjuk skill memasak masing - masing. Bila sesekali semua ada balik, memang meriah sangat okeh. Dah macam bergotong royong nak buat kenduri pun ada. Nenek Nani bila ada ramai yang balik kampung, macam macam dia ajak buat. Hari tu siap buat dodol lagi. Fuhh ! 
Spaghetti Bolognese & Carbonara
Spaghetti bolognese.
Ini memang feveret Nani dari dulu. Kalau yang carbonara tu Nani tak berapa suka sangat sebab macam creamy sikit kan. Hari tu cousin Nani yang ambik kulinari tu jadi ketua "chef" kitorang. Eheh.
Spaghetti Bolognese & Carbonara
Spaghetti carbonara.
Salad tu saje buat hiasan semata mata untuk ambik gambar. Hahah ! Makanan western tapi pinggan tu klasik sangat okeh. Sekarang susah dah nak jumpa pinggan antik tu, dekat rumah nenek Nani ada lagi lah dalam lima biji lagi pinggan tu. Lama gila tahan pinggan tu, dari zaman dulu kala. Heheh. Ha kalau korang pulak suka spaghetti bolognese ke carbonara?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page