Char Kuey Teow Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni makcik Nani ada belikan sos char kuey teow so nya apa lagi hari hari rasa nak masak char kuey teow. Hahah ! Bila ada sos ni senang sangat nak buat, campak aje semua dalam satu kuali kacau kacau siap. Nak letak udng ke kerang ke ikut suka hati. Ha lepas ni takyah susah susah nak pergi makan dekat Sany lagi, buat sendiri aje dekat rumah. Ehehe. Sebotol sos char kuey teow ni boleh lah dapat 19 ke 25 hidangan. Hari tu masa memula Nani buat dia jadi kering sangat. Hahah ! Kemain masak api besar sangat lepas tu tak jadi lah char kuey teow nya. Kali kedua tu nasib baik menjadi. Biasa lah kalau mula mula tak berapa menjadi sangat kan. Kah ! Practice makes perfect. Gitu.
Char Kuey Teow Mudah
Ha ini lah sos char kuey teow nya. Tapi Nani lupa pulak nak tanya makcik Nani dia beli dekat mana. Eheheh. Dekat situ tulis dua minit boleh siap tapi Nani masak sampai lima ke sepuluh minit. Hahah !
Char Kuey Teow Mudah
Dekat botol ni ada sekali cara penyediaan sepinggan char kuey teow. Nak ikut pun boleh, nak buat resepi sendiri pun ikut suka. Nani pergi ikut suka hati sendiri tu pasal memula buat jadi kering sangat macam kuey teow biasa. Ha lenkali jangan derhaka dengan resepi asal.
Char Kuey Teow Mudah
Cubaan pertama yang tak berapa nak menjadi. Kering sangat tapi rasa sedap aje ha. Tambah pulak ada udang tiga ekor tu kan fuhh !  
Char Kuey Teow Mudah
Ha cubaan kedua menjadi. Fuh peluh peluh makan, tambah pulak ada cili jeruk. Memang rasa hari hari nak makan char kuey teow. Hahah ! Nani letak udang dengan telur aje hari tu sebab kerang terlupa nak beli. Alah kalau banyak banyak sangat lauk pun tak sedap jugak kan. Tengah menaip entry ni pun kecur air liur oi. Hahah ! Dah balik sini, memang jangan harap lah nak masak char kuey teow lagi. Nan hadonya kuali apa semua nak masak. Dapur bujang kan. Eheh.

UPDATE : Sos ni boleh dibeli melalui Facebook (Sos Apai Shah Alam) atau WhatsApp. Boleh baca dengan lebih lanjut di SINI 

Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum & Hello.
Baru baru ni Nani ke cawangan Mee Tarik Warisan Asli dekat SS2, cawangan yang baru aje bukak awal bulan Julai hari tu kalau tak silap Nani. Hari tu lah masa pergi Murni dekat SS2 tu baru Nani perasan kewujudan Mee Tarik Warisan Asli ni. Dalam hati dok tertanya tanya lah aku yang tak perasan restoran ni ke atau memang baru bukak. Lepas google baru lah tahu diorang baru bukak cawangan dekat SS2 ni hah. Sebelum ni pernah aje nampak cawangan diorang dekat KL Sentral apa semua tapi tak pernah terdetik nak singgah makan. Baru ni sebab nak buat kerja sikit, ajak lah kawan Nani makan dekat Mee Tarik Warisan Asli SS2. Masa kiterang sampai, tak ramai sangat orang mungkin sebab orang tak tahu sangat lagi cawangan yang baru ni. 
Mee Tarik Warisan Asli
Sebab pertama kali kan sampai sini so macam tak tahu sangat nak makan apa. Nani pulak memang tak google ke apa ke sebab pergi pun tetiba aje. Hahah ! Habis kelas, terus ajak kawan pergi sana naik grab car. Dah lah memang lapar masa tu, abang grab car pulak bawak kereta punya lah sentimental. Perjalanan tu dekat aje sebenarnya tapi dekat setengah jam okeh  dia drive. Sikit lagi boleh tertido Nani dalam kereta tu. Hahah !
Mee Tarik Warisan Asli
Restoran baru, besar, bersih dan luas sangat. Selesa lah nak makan atau lepak dengan kawan kawan dekat sini. Kiterang pilih tempat yang jauh sikit daripada orang, maklumlah nak buat kerja kan.  Nak berborak lagi kang menganggu pulak orang lain. Ehehe !
Mee Tarik Warisan Asli
Warna Warni Kehidupan. 
Mee Tarik Warisan Asli
Mee Soup With Braised Beef (RM9.80)
Nani pilih yang ni sebab nak ada rasa pedas pedas sikit tapi pedas dia bukanlah macam pedas sangat sangat. Biasa biasa aje. Kalau tak nak makan mee, banyak jugak pilihan nasi yang ada. Hari tu masa Nani pergi semua order mee sebab masing masing dalam hati dah kedai mee tarik kan ofcourse lah mee dia yang jadi tumpuan utama. Heheh. Lepas ni ingat nak repeat lagi makan dekat situ, nak cuba menu nasi pulak. Kalau bukak buku menu memang rambang mata tak tahu nak makan yang mana satu. Semuanya nampak sedap sangat ha. 
Mee Tarik Warisan Asli
Dekat cawangan Mee Tarik ni jugak, kita boleh tengok sendiri diorang buat mee tu. Ehehe. Memang biasanya dekat kebanyakkan restoran mee tarik diorang buat macam tu. Nani pun first time hari tu tengok diorang buat mee tarik depan mata sendiri. Apa apa pun memang best sangat makan dekat sini, korang yang tak penah pergi Nani sarankan untuk try sekali. Heheh. Kalau nak tahu lebih lanjut cawangan dan menu yang ada dekat Mee Tarik Warisan Asli ni boleh tengok website diorang. 

No telefon : 03-9055 4557
Waktu Operasi : 11 pagi sehingga 11 malam



Wordless Wednesday : Tips Kecantikan

Assalamualaikum & Hello.
p/s : Minggu yang sangat busy sampai rasa nak nangis. Hahah ! Nanti Nani singgah blog korang ok !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page