Mini Gathering 2.0

Assalamualaikum & Hello.
Rabu baru ini berkesempatan ke sekolah lama bertemu guru guru yang banyak berjasa dulu. Mana mungkin mampu jadi seperti sekarang tanpa bantuan cikgu kan. Bila dah ada dekat atas, kena pandang juga insan insan yang pernah membantu dulu. Kalau ikutkan Nani macam segan nak ke sana, dah lama tak pergi. Hampir tujuh tahun dah tinggalkan sekolah tu, rasa segan bukan main menebal lagi. Dah lah main terjah aje, suka hati buat macam sekolah sendiri. Ini kira ziarah cikgu sekali dengan Mini Gathering 2.0 Dua dalam satu gitu. Senang kan !
Suasana yang masih sama macam dulu, rindu terubat bila dapat kembali ke sini. Sempatlah ziarah guru guru yang menabur bakti dulu walaupun ramai wajah baru di sini. Biasa lah itu kan, adat bila di sesebuah sekolah gurunya silih berganti saban tahun. Paling tak tahan bila ada cikgu kenalkan kita orang dekat student, "Haaa, dulu ni semua pengawas sekolah ni." Malu terus, pengawas pun perangai masuk air semua. Hahaha !
Lepak KFC aje lah yang mampu. Semua bajet tengah tak berapa nak ada kan. Nani lagi lah sehari sebelum dah habiskan duit dekat Pizza Hut, lepas tu KFC pulak. Walaupun sembilan orang aje yang ada tapi riuhnya tu macam ada ramai sangat. Suka hati buat KFC macam tak ada orang lain dah, tahu lah weekdays KFC kosong. Heh :p
Dah kenyang ajak lepak taman pulak. Kemain eh kalau berjumpa borak tak ingat dunia. Tengah panas terik boleh pulak tu nak berphotoshoot banyak kali. Hahaha ! Sempat lah dua tiga keping bergambar lepas tu angkat bendera. Panas terik aih tak kuasa nak melompat bagai dekat tengah tu. Apa pun Mini Gathering 2.0 berjalan dengan jayanya. Plan last minute, memang berapa ketul aje lah yang dapat datang kan. Tapi memang kalau nak berkumpul macam ni elok plan last minute, kalau detail nanti selalu aje cancel. 

Driver saya dari dulu, kini dan tak mungkin selamnya. Haruslah kelak drivernya akan bertukar. Hahaha ! Terima kasih ambil dan jemput saya dengan selamat. Apa pun terima kasih menjadikan hari hari saya indah bila bersama dengan kalian. Harapnya ikatan ini kekal sampai bila bila. Macam Nazrul cakap nanti biar anak anak kita pulak buat gathering macam ni. Hahahaha ! Kemain sangat. Sayang semua lillahitaala. Moga kalian dalam jagaan Allah selalu.







Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah tahun ini berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS. Gigih ke sana naik ktm semata mata nak jadi personal shopper untuk mak cik. Nani dah banyak beli buku masa ke MPH jadi masa ke PBAKL ni sekadar cuci cuci mata sahaja sambil belikan novel kiriman mak cik. Fuh ! Memang untung lah pergi PBAKL ni kan sebab banyak gila diskaun. Kalau biasa RM 50 boleh beli dua buah buku sahaja, tetapi masa pesta buku ni boleh dapat tiga buah buku haa. 
Habis seratus ringgit belikan novel novel mak cik Nani ni haa. Sampai sampai aje terus pergi cari semua novel yang dia nak. Nasib baik malam tu dah cari sesiap setiap publisher ni buka booth dekat hall mana, tak ada lah sesat seketul Inani dekat situ kan. Eheh !
Zizan Razak untuk promosi filem Angin Cinta
 


Kebetulan masa hari yang Nani pergi tu ada ramai pulak artisnya. Ada Zizan Razak, Ammar Baharin, Zara Zya, Idris Khan fuh memang berkerumun lah orang nak bergambar dengan artis artis ini kan. Apa pun pada Nani PBAKL kali ini tak semeriah macam dulu dulu. Rasanya ramai yang cakap benda ini. Harap harap tahun depan akan ada perubahan yang lebih baik kalau tidak, mungkin pencinta buku sudah tidak mahu ke pbakl lagi. 



Barakallah Kak Nadiah !

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh baru hari ni dapat menghadap blog sendiri. Minggu tengah sibuk ini memang tak boleh nak curi curi tulang membebel dekat sini takut nanti menyesal di kemudian hari. Banyak benda nak cerita tapi kena tangguh dulu lah nampaknya. Majlis Kak Diah ini dah dekat dua minggu ha tapi baru dapat nak kongsi dekat sini, minggu ni dah nak buat majlis belah pihak lelaki pulak di Seremban. Jom lah tengok gambar gambar sepanjang majlis. 
Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, Kak Diah selamat menjadi isteri kepada Abang Zaki. Hilang lah dah partner yang selalu jadi kawan borak dalam bas. Nampaknya lepas ini kena balik Pahang sorang sorang lah T_T

Ini gambar masa akad nikah, petang Sabtu. Majlis kenduri pulak buat hari Ahad. 
Nak jugak menyelit siap pegang bunga tangan. Ambik aura, haha ! 
Anak buah kembar saya, alhamdulillah dah semakin sihat. Budak berdua ni selalu buat Nani confius. Setiap kali nak pegang memang akan tanya dulu ni Nazmi ke Naufal. Hahaha ! Tak pandai lah nak bezakan, mungkin sebab tak tengok hari - hari kan. 
 

Apa pun, tahniah Abang Zaki & Kak Diah. Semoga majlis yang kalian bina berkekalan hingga ke syurga. Minggu ni kenduri di Seremban tak dapat nak ikut sekali sebab ada urusan lain yang lebih utama. Rasanya ini kenduri penutup untuk #CeritaKahwinMF tahun ni. Tak tahu lah kalau tetiba hujung tahun ada yang nak menyelit lagi.
Fuhhh dalam masa kurang lima bulan, tiga kenduri sekali gus. Mula mula Along kemudian Angah dan penutupnya Kak Diah. Semoga Allah merahmati masjid yang kalian bertiga bina. Makin besar Malek's Family lepas ni dan tentunya makin meriah. Hiks !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page