Pavlova SugarlandbyRara

Assalamualaikum & Hello.
Ahad lepas order Pavlova dari Kak Rara untuk sambut hari jadi kawan Nani. Dia minat sangat dengan pavlova, so orderlah pavlova gantikan dengan kek. Lagipun sambut birthday dengan kek tu dah biasa sangat kan. Alang - alang Nani pun dah lama teringin nak rasa pavlova Kak Rara ni haaa. Asyik tengok dekat Instagram & Facebook memang tergugat jugaklah jiwa raga. Hahaha !
Cepat follow instagram SugarlandByRara boleh tengok pavlova dan brownies selalu. Hikhik. 
Pavlova SugarlandbyRara
Mula mula nak sambut birthday dekat KFC sekli last minute orang yang nak disambut birthday nya tu tak dapat datang. So terus tukar mintak kak Rara hantar dekat u. Hihi. Thank you kak Rara jejauh delivery kan untuk Nani. Makan sambil pejam pejam mata menikmati kesedapan pavlova kak Rara ni. Maringue rangup kat luar, lembut dekat dalam. Buah banyak gila haaa, memang puas hati sangat. Birthday girl pun suka. Nanti nak repeat order lagi. Brownies kak Rara ni pun mengancam okay, tengok gambar pun tahu. Hihi. 



Kurang 24 Jam !

Assalamualaikum & Hello.
Dah malam baru dapat update blog. Siang tadi habis kelas pukul 10, terus balik tido. Mata memang nampak katil, katil dan katil. Sangatlah tidak produktif. Eh. Baru dapat berehat ok hari ni. Mana tak nya, minggu lepas jadual pack sangat sampai tidur pun tak berapa nak cukup. Ingatkan ahad lepas habis program nak berehat terpaksa cancel sebab malam tu ada discussion. Itu yang hari ni rasa nikmat sangat dapat berehat. Panjang pulak dah membebel, rasa macam tersasar jauh dari tajuk ni. Hahaha!
Jumaat hari tu balik Pahang sekejap, gerak dari sini pun dah petang sampai rumah dalam pukul tujuh. Kalau ikutkan malam tu nak mandi terus tidur je tapi abah ajak makan KFC pulak. Gigihkan lah jugak diri ni keluar makan, bornding time dengan family bila sesekali balik. Esok pagi awal awal dah keluar rumah selesaikan urusan sampai pukul satu tengah hari. Lepas tu pukul tiga dah gerak balik Selangor semula. Pehh, kurang 24 jam haa ada dekat Pahang. Penat gila ulang alik Selangor - Pahang. Tak pernah pernah buat kerja macam ni haa. 
Get well soon Ibu :")
Masa nak balik tu, ibu demam sampai tak larat nak bangun. Pening pening kepala lagi. Kesian sangat, berat hati nak balik. Tapi sebab ada program yang wajib pergi ahad tu terpaksa jugak balik. Hari ni pun ibu tak berapa sihat lagi. Susah hati Nani ni hah. Mungkin faktor cuaca panas sangat sekarang ni. Dekat kawasan rumah Nani, abah cakap dah tiga minggu tak hujan. Nani balik baru ni pun memang dapat rasa haba dalam rumah. Harap harap tak lama lagi sejuk lah balik bumi ni.

GIVEAWAY by RosNordin

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY by RosNordin
klik SINI untuk join. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page