Wordless Wednesday : Spaghetti

Assalamualaikum & Hello.

Spaghetti Sedap

Spaghetti Sedap

p/s : Rindunya nak memasak dekat rumah !


Trend Fesyen Skirt Kembang

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini suka pakai skirt kembang juga, kita geng ! Sepp sikit dari jauh. Hahaha ! Zaman sekarang memang dah jadi trend orang pakai skirt kembang pergi ke mana mana. Nani suka pakai skirt kembang sebab senang dan mudah. Tak sampai sepuluh minit dah siap pun. Cantik kan skirt kembang yang model dalam gambar tu pakai, rasa nak tambah koleksi skirt kembang lagi.

Koleksi Skirt Kembang
Nampak lebih sopan dengan menggayakan skirt kembang seperti ini.

Koleksi Skirt Kembang

Skirt kembang macam ni sesuai dipakai dengan blouse, t – shirt dan baju labuh. Memang nampak lebih anggun, sopan dan tentunya bergaya bila memakai skirt kembang seperti ini. Skirt kembang merupakan antara koleksi pakaian yang paling digemari oleh golongan wanita masa kini terutamanya para remaja. 
Koleksi Skirt Kembang
Memang menjadi kewajipan untuk setiap wanita memiliki sekurang kurangnya sehelai skirt kembang untuk dijadikan sebagai koleksi. Di samping itu, pelbagai warna menarik yang membuatkan setiap wanita ingin memiliki skirt kembang seperti ini. Warna hitam tentunya menjadi pilihan setiap wanita kerana sesuai dipadankan dengan semua warna.
          Koleksi Skirt KembangKoleksi Skirt Kembang
Hari demi hari, skirt kembang ini semakin mendapat tempat di hati golongan wanita. Kini, ditambah pula dengan lilitan riben di pinggang menampakkan si pemakai bertambah elegan dan bergaya. Tunggu apa lagi, jom jadikan skirt kembang sebagai koleksi wajib anda !

Jipangi di Mid Valley

Assalamualaikum & Hello.
Keluar untuk siapkan projek asalnya alih alih banyak pergi makan ada lah. Hahaha ! Sampai Mid Valley terus masuk Texas Chicken sebab kawan Nani dah lapar. Walau pun masa tu Nani tengah kenyang lagi tapi takkan nak tengok aje orang lain makan kan. Order lah jugak nugget yang ada tiga empat ketul tu. Texas Chicken ni lagi murah daripada KFC, kalau nak jimat boleh lah makan situ. 
Jipangi di Mid Valley
Dah lama mengidam nak makan Jipangi ni hah, akhirnya dapat jugak. Sebelum ni Nani tak jumpa dekat mana tempat jual aiskrim ni hah. Baru ni baru jumpa. Hahaha ! Harga asal RM9 tapi sebab Nani student dapat lah RM5 aje ni.

Nak cari aiskrim Jipangi ni senang aje, depan Maybank. Kalau nak pergi The Gardens memang akan lalu dulu tempat jual Jipangi ni. Selamat Mencuba ! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page