Selamat Hari Lahir Wan !

Assalamualaikum & Hello.
Semalam family ibu Nani sambut birthday Wan yang ke 64 tahun, habis semua orang spam gambar makanan yang macam macam ada tu. Nak nangis ahkak yang tengok ni haaa sebab terliur ya amat. Hahaha. Daku dekat sini nak makan pun kadang kadang tak berapa nak sempat sebab nak kejar macam macam benda nak buat. Cewaaah ! Nanti bali Pahang, semua makanan tu nak tuntut balik. Tak kira. 
Selamat Hari Lahir Wan !
Kek yang mak cik Nani buat.
Selamat Hari Lahir Wan !
Wan dengan sepupu Nani. 

Selamat Hari LahirWan.
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik selalu. 

Ekspo Buku PWTC

Assalamualaikum & Hello.
Ahad minggu lepas awal pagi lagi dah ke PWTC gara gara nak memborong novel di Ekspo Buku. Lepas subuh tu memang tak sambung tidur dah, terus bersiap siap nak pergi. Hahaha ! Lain macam betul semangat dia bila nak pergi ekspo buku ni. Nani pergi nak cari buku ESC, tulisan budak tomato tapi tak jumpa pula. Nampaknya kena cari dekat MPH atau Kinokuniya lepas ni.

Dulu memang Nani ni kira kaki novel lah sampai sanggup keluarkan duit setiap bulan nak beli novel & jadikan koleksi. Tapi lama lama makin kurang dan kurang. Sekarang ni pun kalau membaca dalam masa dua bulan tu sebuah novel je. Kadang kadang tak ada langsung. Huhuhu. 
Ekspo Buku PWTC
Mula mula niat nak pergi hari Jumaat tapi sebab mak cik Nani yang dalam pantang nak novel limited edition Hani Fazuha (novel tu cuma keluar hari Ahad) terpaksa lah pergi hari Ahad. Gitu.
Ekspo Buku PWTC
Haaa penuh tangan memborong buku fixie, novel yang orang kirim lagi. Ewah ! Padahal tu ada novel yang kawan Nani punya sekali bukan Nani sorang aje. Amboi kaya betulkan nak beli banyak banyak.


Ekspo Buku PWTC
First time jumpa Mira Filzah ni, cantik sangaaaaaat dia. Masa ni ada Wan Sharmila dengan sorang lagi pelakon dalam Tuan Anas Mikael tapi Nani tak ingat nama dia. Hahaha ! 
Ekspo Buku PWTC
Kebetulan masa ke PWTC tu, Bonde dengan anaknya, Atin ada pergi sekali, dapatlah jumpa, sebelum ni jumpa dekat alam maya je. Ewah ! Ekspo buku kali ni tak besar mana pada Nani, nak berjalan pun tak ada lah kena bersesak sesak. Siap boleh pusing banyak kali dekat rak buku tu haaa. Hahaha !





Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page