Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.

Kawan Nani sokmo cakap"Nani sesuai jadi model iklan gigi polident" Cissss. Hahaha :P

Bila Terkantoi !

Assalamualaikum & Hello.

Semalam kan Nani buat entri pasal adik bongsu abah kahwin tu. Dekat Instagram pun ada lah jugak dua tiga keping gambar yang aku masukkan. Sekali bila Along TERnampak komen yang paling WIN dekat satu gambar ni semalam, peh berpeluh aku nak menjawab soalan. Hahaha :P Mencik ahh bila dah kantoi gini. Tak suprise lah nanti. Ekekeke ! 

Malek's Family :)

Cissss. Dan dan Along muncul lepas dia komen. Hahaha. Suka hati dia je buat statement sendiri. Aigoo. Saya nak bagi abang abang saya jalan dulu. Ewah. Pssst. Along memang suka buka cerita aku dengan skandal dulu dulu. LOL. Tumbuk kang baru tau. Hahah :P Entah. Malas nak fikir lebih lebih kalau ada jodoh tak ke mana. Ye dak :D


Barakallah Pak Ngah !

Assalamualaikum & Hello.

Weekend lepas sibuk sikit  banyak sebab adik bongsu abah (pak ngah) kahwin. Adik bongsu tapi panggil pak ngah. Hahaha. Nak buat acano adik beradik abah sembilan orang semua sekali so panggilan nya macam macam. Jumaat petang aku dari PJ ambil cab pegi stesen lrt then turun dekat Jelatek. Tunggu pulak sepupu ambik sebab nak balik Pahang sekali sudahnyaa sampai Pahang dalam pukul sepuluh lebih macam tu. Jalan jammed dekat exit tol Gombak lepas tu Jalan Bentong - Raub tu lah pasal lambat sampai. 
Petang sabtu barulah konvoi ramai ramai dari Pahang ke Serendah. Seriously, Homestay Makmur ni really recommended kalau korang nak bermalam dengan family. Luas, selesa dan diorang sediakan semua benda termasuklah kopi, gula, heater. Harga pun berpatutan, RM200 semalam ada dua bilik air, tiga bilik tidur, siap ada astro lagi. Lima bintang ahkak bagi :P


Alhamdulillah sekali lafaz je pak cik kita dah bertukar status. Hihihi :D

Masa pak ngah nak akad nikah tu tetiba aku pulak yang rasa berdebar. Hahahah. Kemahenn tau Nani macam dia pulak yang nak kawennya. Kah !

Ehh ehh lah pengapit lelaki ni tak pandang kamera pulak. Hahahah :P


Ibu dengan abah aku ni dekat mana orang bergambar semua nak masuk. Hahaha :D

Mak cik aku. Rindu pulak dekat budak comel tu, Suri. 

Bagi lah peluang abah dengan ibu acah acah bersanding lagi. Hahaha :P


Bodyguards a.k.a abang abang Cik Manis. Hahaha. Lepas ni turn diorang pulak. Ehh. :P Along memang tak nak padang kamera ke apa. Semua gambar dia pandang ke lain. Hahaha :D

Along dah macam bapak kepada dua orang anak. Hahahah :P Fefeeling bapa mithali ke :P

Sebab gambar Iolss paling banyak so terpaksa lah collage kan dia kang muntah pulak engkorang tengok gambar aku. Hahahah. Ehh gambar aku semua tayang gigi rupanya. Hahah. Nostalgia sangat gambar yang belah kanan(bawah) tu. Hihihi. Barakallah pak ngah dan welcome to Malek's Family mak ngah. Semoga bercinta sampai syurga. Tetiba rasa taksaaabar nak menikah. Hahaha :P Amboii sangat Nani ! Bagi laluan abang abang kau tu dulu. Hahaha. Tak kira lah siapa lambat kali ni aku potong je nanti. Muahaha :P






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page