Seharian Berjalan !

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu lepas aku keluar dari pagi pergi Pasar Seni nak belikan tudung AJ yang mak cik dengan ibu aku kirim. Padahal jumaat petang tu dah pergi cawangan dekat NU Sentral tapi banyak pulak yang dah habis stok. Sebelum pukul sembilan lagi aku dah tercongok depan Pasar Seni ( 15 minit tunggu baru bukak ) Siapa suruh awal sangat kan. Haha. Lepas borong AJ memula aku decide malas nak pergi PWTC tapi dah alang alang dekat pergi lah jugak.
Seroiusly ramai gila orang. Tetiba masa tu aku rasa menyesal sangat pergi. Hahaha. Tapi dah sampai terjah jugak lah booth HijabsbyHanami. Tu je lah satu satunya booth yang aku pergi. Tak sanggup ku nak redah lautan manusia yang tersangatlah ramai tu.
Nah dah peri takkan lah nak tengok aje kan. Beli lah jugak sehelai instant shawl lepas tu dapat free lagi sehelai. Pheww. Rejeki bulan ramadhan. Hihi. Gamabr shawl nya raya pertama lah baru boleh tunjuk nanti kang tak suprise pulak. Ceh !
Balik je dari PWTC dah dekat pukul tiga lebih gitu terus mandi siap siap pergi Bangi Golf Resort pulak untuk berbuka. Dah nak habis Ramadhan baru nak gi BGR perabih kan voucher. Bak kata sis Dkna "berdua lebih baik gitu. " Hahaha, voucher ada dua je dah mana boleh ajak ramai ramai. Bukan apa hujung ramadhan baru nak pergi, bulan puasa ni hujung minggu je tak melekat dekat bilik, ada je tempat dia nak pergi. Kalau tak ke rumah saudara mara dia pergi berjalan. Hahah. 






Koleksi Pakaian Sukan Kappa Malaysia

Assalamualaikum & Hello.

Anda peminat pakaian sukan? Haaa, kalau anda peminat pakaian sukan jom baca entri ni. Antara jenama pakaian sukan yang terkenal ialah Kappa Malaysia. Kappa Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1967 dan menghasilakn koleksi pakaian sukan yang melus seperti jersey, t-shirt bola sepak, t-shirt polo, singlet, seluar track dan lain lain. Jenama yang berasal dari Itali ini merupakan antara jenama sukan gergas yang dikenali di seluruh dunia dengan hasil koleksi pakaian yang amat berkualiti. Haaa, menarik kan?
Pakaian sukan Kappa juga telah berada di pasaran lebih daripada empat puluh tahun lamanya dan telah dipakai oleh atlet profesional. Selain itu, jenama ini juga turut menjadi penaja rasmi pelbagai sukan kebangsaan yang tersohor. Apa yang paling menari, kolekesi pakaian sukan Kaooa juga ditwarkan dengan garga yang lebih murah berbanding jenama sukan lain. Jom kita lihat koleksi pakaian Kappa ini.


Seperti yang ditwarkan sebentar tadi, Kappa menwarkan pelbagai koleksi baju sukan yang diperbuat daripada material yang berkualiti tingg bersesuaian untuk aktiviti sukan anda. Bukan sahaja selesa dipakai, koleksi pakaian sukan Kappa ini juga direka dengan rekaan yang stylish untuk memastikan anda kekal bergaya dan mengikut citarasa anda.

Begitu juga dengan koleksi bottom seperti seluar pendek, tracksuit dan lain lain yang pastinya menjadikan aktiviti sukan anda berjalan lancar. Apa yang pasi, koleksi pakaian sukan Kappa ini juga boleh anda miliki secara online di ZALORA MALAYSIA. Tunggu apa lagi? Bersukanlah dengan selesa dan kekal stylisgh bersama pakaian sukan Kappa Malaysa ! 



#Cabaran20Hari l Nostalgia Kad Raya

Assalamualaikum & Hello.

Kalau dulu masa kecik kecik suka sangat bagi kad raya dekat kawan kawan. Heheh. Lepas tu lekatkan duit syiling seposen lah dua posen lah dalam kad tu. Bagi pulak dekat kawan yang rapat rapat je. Ni masa sekolah rendah lah buat macam ni. Naik sekolah menengah budaya bagi kad raya tu dah hilang. Tak dek dah nak bagi kad raya macam dulu dulu. Tapi bila dah terjun dalam dunia blog ni, budaya bagi kad raya sesama blogger tu wujud balik. Seronok apa bila dapat tukar tukar kad ni. 

Ni kad raya yang Nani dapat daripada tuan tanah www.shedaucu.com Terima kasih sheda. Tersama pelak teman kad raya kita tahun ni, warna hijau. 

Ni pulak kad raya yang diterima dari kakak EFG, kak Anajingga

Ni pulak kad raya daripada Sally Samsaiman. Macehh Sally. 

Yang ni pulak kad dari Zaza Zehra :D
Ni antara kad yang Nani dah selamat terima. Ada lagi yang dah sampai, tapi sebab Nani letak alamat rumah Pahang so tak dapat lagi lah nak share dekat sini. Nanti dah balik Pahang baru lah boleh tengok kad kad yang lain tu dari siapa. 


#Cabaran20Hari l Menu Wajib Pagi Raya

Assalamualaikum & Hello.

Memang tiap tahun family nani pagi raya wajib ada lemang. Bukan lemang beli tapi lemang buat sendiri. Kalau dulu masa ada arwah aki (belah ibu) memang tak pernah lah tak buat tapi sejak arwah aki meninggal ni kekadang wan aku beli je. Tapi belah abah memang pak cik aku dengan abah buat tiap tahun. Kadang tu kitorang bawa lemang tu balik kampung ibu. Hihi. Kampung dekat dekat kan senang nak beraya. 
Gambar lemang tahun lepas. Dah tentulah masa bakar lemang ni aku tak dek dekat situ. Kalau tak, memang berair kah mata kena asap.
Aku yang tengah menaip ni pun tetiba terliur nak makan lemang. Hahaha. Taksabarnya lahai. Biasanya ibu akan buat rendang ayam dengan daging makan dengan lemang ni. Menu pagi raya yang lain biasanya memang berbah lah tiap tahun. Macam tahun lepas, kitorang buat soto dengan nasi ayam. Tahun sebelum tu bakar satay dengan nasi impit. Tahun ni tak tahu pulak aku apa menunya. Hihi. Balik pun tak lagi ke Pahang macam mana nak tahu kan. Korang apa menu wajib pagi raya?


Review : Ephyra Skin Bar Pilihanku

Assalamualaikum & Hello.

Nani dah start guna Ephyra Skin Bar ni sejak dua tiga bulan lepas. Lepas baca banyak testimoni cakap sabun ni berkesan, Nani pun try lah guna. Bila dah sebulan guna, terus jatuh hati dengan sabun ni. Memang tak guna dah pencuci muka yang lama tu. 
Nampak tak tu banyak kelebihan guna Ephyra Skin Bar ni uolsss. Rugi kalau tak guna. Nani ni kulit memang alah, tak boleh guna produk sembarangan. Pernah hari tu Nani cuba satu produk ni, bila pakai kulit jadi kering nak menggelupas. Lepas pada tu terus tak guna dah produk tu. Tapi bila guna Ephyra Skin Bar ni, kulit Nani tak menggelupas pun.
Ramai dah yang menggunakan Ephyra ni dan semua bagi feedback yang positif.
Memang teruja masa mula mula cuba nak guna Ephyra Skin Bar ni. Packaging pun cantik. 
Dekat belakang kotak ni pun ada guide macam mana nak guna sabun ni. 
Memang serius cakap, sabun ni wangi sangat. 
Lepas guna Ephyra Skin Bar ni, memang kulit Nani dah kurang berminyak lepas tu jerawat jerawat pasir pun dah jarang ada terutama dekat bahagian dahi. Kalau dulu memang Nani sediakan tisu dalam beg sebab kulit selalu sangat berminyak bila cuaca terlampau panas tapi sekarang kulit dah semakin ok. Sampai ibu Nani pun tegur kulit Nani dah tak macam dulu. Ibu pun siap minta Nani belikan sabun ni untuk dia. Memang Ephyra ni terbukti berkesan, tak perlu dah nak guna krim pelembap ke, krim malam ke and so on untuk dapatkan kulit yang berkesan. Dengan guna Ephyra Skin Bar ni aje pun dah cukup untuk kelihatan cantik.

Kalau perasan gambar Nani yang sebelah kiri tu memang nampak dekat bahagian dahi ada jerawat jerawat halus. Kadang kadang stress juga bila ada orang tegur muka kita kan. Nani memang reccomend untuk pembaca blog Nani gunakan Ephyra Skin Bar ni. Tak lama lagi ni nak raya, apa kata uolss cuba guna Ephyra Skin Bar ni, mesti nanti kulit berseri seri di hari lebaran. 

Untuk maklumat lebh lanjut, korang boleh ke website Ephyra :

Instagram : @ephyra2u @ephyraskin









#Cabaran20Hari l Aktiviti di Pagi Raya

Assalamualaikum & Hello.

Aktiviti rutin pagi raya biasanya pergi masjid untuk solat apa semua. Lepas tu baru lah sarapan pagi raya sama sama satu family sebelum kitorang pergi ziarah rumah jiran jiran nenek aku. Kalau dekat kampung nenek aku biasanya bila ziarah memang satu family besar tu akan pergi. Biasanya dalam empat lima buaha rumah kitorang pergi. Hihi. Seronok sangat sebab macam macam makanan ada. Hahah :P
Ni pulak kiranya aktiviti wajib lah pagi raya. Bergambar dengan family besar. Tahun lepas tak semua adik beradik ibu ada balik, tahun ni lagi ramai lah yang masuk dalam gambar. Hihi. Family aku macam biasa, tiap tahun mesti raya sebelah abah dengan ibu. Kalau pagi belah abah, petang belah ibu, macam tu lah sebaliknya. Heheh. Untung kampung dekat dekat ni. 

#Cabaran20Hari l Gambar & Ucapan Raya

Assalamualaikum & Hello.

Gigih cari balik entri lama(tahun lepas) sebab nak cari gambar raya untuk siapkan task #Cabaran20Hari. Sebab awal tahun baru neli phone baru so gambar lama lama memangnan hado lah. Terpaksa lah mencari dalam blog ni jugak. Hihi.
Di kesempatan ini, Nani mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Tahun lepas raya dengan family sendiri & tahun ni pun masih sama. Hahah. Opsss. Belum masanya nak beraya ke rumah mak mentua. Kahkah ! Semoga di musim perayaan ini mengeratkan lagi hubungan sillaturahim kita sesama manusia. Salam Aidilfitri untuk pembaca blog www.inanihazwani.com 




Pemenang Giveaway EFG Mega Raya !

Assalamualaikum & Hello.

Salam 25 Ramadhan. Hari ini kami umumkan pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 yang Exchange Feed Group (EFG) lancarkan pada 10 Jun sehingga 9 Julai. 


Pemenang SEO Giveaway EFG Mega Raya 2015

1. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM300)
2. http://www.blogparihh.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM200)
3. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100_25.html (RM100)


Pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 (RM100)

47 - AMY J
http://www.amysyeera.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
48 - NOOR NAJWA
http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
50 - MIRABEADS AZIE
http://www.azirahman.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
52 -ZAIDALIFAH HUSSIN
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
54 - ENGKU MUZAHADIN
http://engkumuzahadin.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
61 - AKULA
http://anakbonda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
66 - UMMUL AZKEE
http://housewifearts.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

128 - SAYE NIZA
http://nizatuangcerita.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
129 - RIANA LITTLE CUTTIES
http://rianalittlecuties.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

170 - LELA NURJATI
http://leylanurjati.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
Kepada semua pemenang di minta whatsapp mommy irra 0133560192. Berikan detail
-url blog
-nama
-no akaun maybank/cimb
-email
Lagi cepat korang beri detail, lagi cepat korang dapat duit raya.



Terima kasih kepada semua penyertaan (SENARAI PESERTA) , semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.


Terima kasih kepada penaja UTAMA:

Selamat hari raya maaf zahir batin!

Boat Noodle

Assalamualaikum & Hello.

Kawan Nani pergi Boat Noodle semata mata nak beli air green tea. Hahah. Yummylicious :D Ehh Nani tumpang minum je. Kah !



#Cabaran20Hari l Memori Raya Zaman Kanak Kanak

Assalamualaikum & Hello

Memori zaman kanak kanak memang banyak gila la kan. Zaman kanak kanak zaman yang paling best bila raya sebab masa tu lah nak kumpul duit raya banyak banyak kan. Biasalah budak budak dapat duit raya dekat RM 100 pun rasa banyak gila dah kan. Padahal lepas pada tu bagi dekat ibu dengan abah jugak nak ssimpan dalam bank. Bukannya boleh guna pun. Heheh. Ehh tetiba aku rasa rindu nak kumpul duit raya macam dulu dulu. Hahaha.
Lagi satu paling tak boleh lupa bila dapat main bunga api. Kemain seronok sampai tak nak berhenti main. Dulu bunga api ni tak lah mahal sangat, sekarang kalau tak silap aku lapan hengget seberkas bunga api tu. Pehhh. Takyah lah main bunga api dah lepas ni kalau mahal macam tu harganya. Hahaha. 

psttt : Aku harap tahun ni ramai yang nak bagi duit raya dekat aku. Kbye ! :P

Craving Punya Pasal !

Assalamualaikum & Hello.

Boleh pulak malam tadi craving nak makan biskut coklat. Nasib baik ada biskut kering dengan chocolate spread dalam bilik. Kalau tak meleleh air liur tak dapat makan. Hahaha :P

#Cabaran20Hari l Biskut Raya Pilihan

Assalamualaikum & Hello.

Dah tengah hari ni baru moderm wifi dah ok. Hihihi. Kejap lagi I terjah rumah uolss semua. Aku sebenarnya ada lah dua tiga jenis biskut yang aku suka makan. Tu pun kalau biskut tu tak terlalu muak sangat. Heee. Biasanya ibu akan buat biskut mazola tiap tahun yang lain lain semua beli dengan mak cik aku aje. Mentang mentang mak cik menjual biskut raya kan semua kuih raya kita tunjuk je. Lepas tu ibu yang bayar. Hahaha. 
kredit to : Dapur Malaysia 

Biasanya kalau pergi rumah orang, memang cornflakes madu lah kuih pertama yang aku cari. Hahah. Kalau ada, mahunya sebalang habis. Aku suka cornflakes madu macam yang dalam gambar atas tu Kalau yang kosong lagi lah aku makan. Aku tak suka cornflakes madu yang ada letak kacang lah kismis lah memang aku tak minat. Korang pulak minat kuih apa?

#Cabaran20Hari l Bajet Raya

Assalamualaikum & Hello

Actually aku nI bajet raya tak pernahnya menentu. Hihi. Tengok lah keadaan macam mana. Kalau semua benda beli baru besar lah sikit bajetnya kan. Tapi sebenarnya lebih elok kita ni sambut sederhana. Tak membazir kata orang kan. Tahun ni aku rasa persiapan raya aku biasa biasa aje. Baju Raya pun recycle balik baju masa pak cik nikah hari tu. Memang tak buat lah baju raya tahun ni senang cerita. 
Cuma kasut aje yang dibelinya untuk raya tahun ni. Hahaha. Bukan apa sebab kasut yang aku pakai sekarang dah nak terputus tu yang kena beli baru. Puas round dekat Mid Valley nak beli kasut, sudahnya masuk BATA ada jugak yang berkenan. Aiyooo. Susah betul kalau bab nak pilih kasut yang berkenan dengan citarasa sendiri ni. Heheh. Korang punya bajet raya macam mana pulak?

#Cabaran20Hari l Lagu Raya Pilihan

Assalamualaikum & Hello.

Sebenarnya banak sangat lagu lagu raya yang Nani minat. Kalau nak list semua sekali memang tak lah. Mahunya runcing jari daku menaip. Hahaha :P Paling paling minat sekali lagu Anuar Zain dengan Elina, Suasana Hari Raya. Dulu, kini, selamanya agaknya minat lagu tu. Hahah. Lagu lagu Raya yang lama jugak yang best bagi aku. Tak tahu lah korang pulak macam mana.

sumber : youtube

Korang pulak minat dengar lagu apa? Mehh share sikit dengan Nani. Ihikss :D




#Cabaran20Hari l Tetamu Raya yang Paling Ditunggu

Assalamualaikum & Hello.

Task hari ni yang paling mencabar sekali. Hahah. Tetamu Raya yang paling dirunggu tunggu? Biasanya setiap tahun yang paling Nani mengharapkan datang ofcourse lah kawan kawan sekolah dulu. Sebab bila hari lain semua orag sibuk dan biasanya susah sangat lah nak kumpul semua sekali. Bila kita buat perjumpaan semula pun, mesti ada yang tak datang kan sebab ada komitmen lain yang lagi penting.. Bila Raya ni aje lah masa yang ada nak kumpul ramai ramai, kongsi macam macam cerita kan.
Ni antara sebahagian yang selalu lah jugak datang beraya ke teratak Nani. Gitu. Ada je yang masa sekolah dulu macam kawan tak kawan je, tapi sekarang boleh ngam. Tahun ni Nani pun sampai raya kelima je di Pahang tak tahu lah sempat ke tidak jumpa dengan diorang. 

#Cabaran20Hari l Kenangan Terawih Masa Kanak Kanak

Assalamualaikum & Hello.

Bab bab mengimbau zaman kanak kanak ni memang paling aku suka. Hahaha. Sebab zaman kanak kanak zaman yang paling enjoy gila. Buat aje lah apa yang kau suka, paling tidak pun kena marah gitu gitu je dengan mak ayah kalau benda yang kau buat tu tak betul. Gittew :P
Terawih aku zaman kanak kanak dulu macam ni lah rasanyaa. Tak khusyuk langsung. Hahaha. Dengar je suara budak lain bising bising main dekat luar, kita pun rasa nak join sama. Biasalah, budak budak kan. Tahu mai aje kerjanya. Dah besra ni tak dek lah macam tu dah. Sekarang ni aku pulak yang geram bila dengar bebudak main kat luar. Hahaha. Macm tu lah agaknya perasaan jemaah dulu bila aku main. Kah !

#Cabaran20Hari l Amalan Berbalas Juadah di Bulan Puasa


Assalamualaikum & Hello.

Biasanya memang jadi amalan bila bulan puasa family aku akan bertukar tukar juadah dengan jiran jiran. Seronok bila dapat tukar tukar  juadah ni, rasa macam rapat je dengan jiran sebelah kan. Kalau ibu Nani biasanya kalau buat kuih, dia memang akan buat lebih sikit lepas tu agih agih kan nak bagi jiran. Yang kena hantarnya tentulah aku. Hahaha :P
sumber : Google

Biasanya ibu aku suka buat kuih buah melaka ni tak pun badak berendam. Hihi. Korang pulak masih kekalkan amalan bertukar juadah dengan jiran? 

Daging Dendeng

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni roomate aku balik kampung, then masa balik KL ni semula macam macam lah yang mama dia masakkan. Semuanya sedap sedap pulak tu. Paling aku suka daging dendeng. Pehh makan dengan nasi panas panas memang jalan lah. 
Tahan dua tiga hari tau daging dendeng ni. Bila time sahur je ambik roti makan dengan ni. Hihi. Jimat duit tak payah nak pergi beli sahur dekat kafe. Kafe dekat area aku ni mahal kot T_T 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page