Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

Assalamualaikum & Hello.

klik SINI untuk join

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

Assalamualaikum & Hello.

klik SINI untuk join

Thank You !

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni dapat cover novel dari kak Ameera Ameer. Thank you kak :D

p/s : Homaiii malam esok is the day. May Allah ease everything. Dup dap dup dap. 

Petua Nak Masak

Assalamualaikum & Hello.
Tak layak lagi nak bagi petua. Hahaha. Aku pun tunggang langgang lagi nak masak ada hati nak bagi petua. Kahkahkah ! Ni cara yang ibu ajar dekat aku. Tapi setakat ni masak nasi aje lah yang pernahnya. Pulut tak pernah lagi. Ihiksss :D

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.


Abah Masak Nasi Ayam !

Assalamualaikum & Hello.

Yeahhh abah den memang pandai masak pun. Ihikss. Baru ni abah masak nasi ayam untuk kitorang sebab masa tu ibu ada hal tak sempat nak masak. Kejap je aku tengok abah masak dah siap. Pehh expert betul kan. Aku pun kalau bab bab nak memasak ni pehh terhegeh hegeh. Hahaha. Ye lah nak masak, nak tengok resepi lagi dah macam mana. Kah ! Kalau aku dah pro tak pe lah takyah tengok resepi dah. Hahah :P
Siap bertambah tambah lagi makan. Hahaha. Sedapnyaa lahaii. Complete pulak tu siapa ada sambal apa semua. Aku tolong abah potong timun degan tomato tu aje. Hahaha. Kuangsam betul kan. Aku pun balik dari bandar masa tu tengok abah dah masak dekat dapur. Phewww :P Tengok aje lah yang mampu.

Resipi Mango Chill Cheesecake

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Mango Chill Cheesecake


Dah lama rasanya tak kongsi resepi dekat sini. Hikhikhik. Hari tu sebab craving nak makan mango cheese cake gigih aku cari resepi nak buat. Ingatkan susah sangat nak buat rupanya senang aje. Yang ni tak payah nak guna oven ke apa, guna peti sejuk aje. Nama pun chill kan :P

Bahan Bahan 

Resipi Mango Chill Cheesecake
Ni bahan bahan yang diperlukan. Kalau ikut resipi asal tak guna cooking cream tu tapi guna whipping cream. Masa aku pegi pasaraya tu whipping cream tak dek so aku rembat je cooking cream. Aherher. 

Cara - Caranya 


Resipi Mango Chill Cheesecake
Memula ambil biskut oreo(krim buang) hancurkan lepas tu gaul dengan butter cup yang dah dicairkan. Lepas dah gaul sebati letak dalam bekas & masukkan dalam freezer. Kalau nak cepat hancur biskut tu guna pengisar kering. Nak guna biskut marrie pun boleh. Tapi aku lebih suka oreo. Ikut lah citarasa masing masing. Gitu. Oreo ni kalau dekat bakery memang ada jual yang tak dek krim.
Resipi Mango Chill Cheesecake
Lepas tu potong buah manga ni dan kisarkan. Tambah air sikit sebelum kisar tu dah siap asingkan. Lepas tu ambik cream cheese + cooking cream sikit + gula putarkan sampai sebati. Bila dah sebati tambah separuh daripada puree mangga tu tadi dalam campuran cream cheese tu. Faham tak? (----")
Resipi Mango Chill Cheesecake
Kemudian keluarkan biskut oreo yang kita letak dalam freezer tadi dan masukkan cream cheese dan puree mangga macam dalam gambar. Kalau tak nak letak dah puree mangga untuk layer yang atas sekali tu pun takpe. Tapi lagi sedap kalau letak dan letak balik dalam peti ais untuk disejukkan selama beberapa jam. Memang yummeh bila makan. Selamat mencuba :D


Air Kelapa Yummeh !

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni ikut ibu jalan jalan cari kain pasang dekat bandar. Keluar masuk kedai tiga pat kali tak dak sepasang pun beli. Hahah. Buat penat kaki je jalan tapi ibu cakap "tak pe lah hari ni datang cuci mata sambil survey harga." Kah ! Padahal nak cakap tak dek yang beerkenan lettew. Aku syak ibu nak perabih duit dekat Jakel lagi ni. Hahah. Habis pusing pusing singgah dekat kedai nasi arab ni. Aku dalam kepala dah terbayang bayang mandy lamb yang tersangatlah sedap tu tapi rupanya ibu suruh turun pi beli air je. Makanya aku pasrah tak dapat makan nasi arab. Hahah :P
Aku masuk restoran nasi arab tu tengok dalam peti dia tak banyak air yang best best. So nya aku capai je lah air kelapa ni. Sekali minum pehh nyaman. Ihiksss. Aku tak pernah jumpa air kelapa yang macam ni. Kotak di pun unik, lain daripada yang lain. Gitu.
Tapi aku tak ingat pulak air kelapa ni keluaran dari syarikat mana. Hahah. Sebab sedap sangat kan lepas sedut, sedut air tu habis terus buang. Musim panas ni minum air macam ni memang nikmat ohoii :D




Nostalgia Dulu Dulu

Assalamualaikum & Hello.

Semalam sempat aku ke sekolah rendah sekejap, ziarah cikgu cikgu yang pernah menabur bakti dulu dulu. Orang cakap, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain kan. Ziarah sambil kutip kata - kata semangat untuk dibawa bersama kelak. Ihikss. Sempat berborak dengan cikgu cikgu yang masih setia mengajar di bumi itu. Soalan yang paling KBAT semalam " dah ada pakwe ke ni?" Adoii cikgu terus saya rasa nak pitam. Hahaha. Nanti saya hantar kad ye cikgu. Kahkahkah :P
Ni bilik tayang rasanya nama dia. Hahaha. Dah lupa Nani ni, dulu selalu belajar bm dengan bi dekat sini. Tapi dulu nan hadoonyaa astro tu semua. Zaman dah canggih kan sekarang, astro pun ada dekat sekolah. Kalau tak berjaya lagi tak tahu lah nak cakap apa dik. Kalau ada rezeki nanti mana tau dapat mengajar dekat sini kan. Menabur bakti  pada sekolah lama lagi saya suka. Ihiksss :D
Gambar semalam acah acah pakai purdah kawan. Hahah. Dia beli shawl free purdah so Iolss pun saje lah nak try pakai. Aiwah :P 

p/s: In sha Allah lepas ni Nani akan sambung belajar lagi. Mungkin masa untuk blog akan terhad. Keep support on Cik Manis. Eheh !

Fakta Bukan Auta !

Assalamualaikum & Hello.

Sebab hari ni tak dek modal nak tulis pasal apa maka terjadi lah entri ni. Baru ni Amy J ada kongsi fakta menarik tentang orang yang lahir bulan Jun ni. Hari tu pun aku ada terbaca dekat blog Faris dia tulis pasal Rahsia Kelahiran Bulan Jun. Ada lah jugak sipi sipi yang kena dengan diri aku. Ihiksss :P
Tuan tanah ni lahir 12 Jun. Save the date. Kahkahkah !

1. Mudah selsema
Yang ni memang tak dapat dinafikan. Kalau aku kena je hujan memang esoknya terbersin banyak banyak kali sampai pening kepala. Walaupun hujan renyai renyai memang akan jadi macam tu. T_T Memang orang yang bernama Inani Hazwani ni tersangatlah sensitif dengan hujan. Sebab tu aku tengok kalau hari dah gelap ke tanda tanda nak hujan ke memang aku tak keluar. Mencegah lebih baik dari merawat. Gitu.

2.Suka kepada benda berjenama
Bukanlah nak cakap aku ni banyak sangat duitnya ke apa. Kadang kadang memang aku jenis yang pentingkan benda benda mahal gitu tapi tak lah semua benda. Amboi kalau semua benda tak sampai hujung bulan poket kering lah. Kah ! Sebab tu kawan kawan aku sokmo membebel cakap Nani nak makan benda benda mahal aje. Ohoii dekat kedai mamak pun boleh ok Nani nak makan.

3.Suka berkemas
Kalau yang ni tak kira lah lahir bulan berapa pun memang suka pada kekemasan kan. Ke ada yang tak minat tengok benda benda kemas? Hahaha. Kalau lelaki mungkin lah kot.Opsss. Sebab dulu dulu masa Nani duduk asrama budak lelaki kadang kadang kena balik semula asrama kemas bilik. Ihiksss. Mata Nani akan jadi rimas kalau tengok barang barang tak kemas lepas tu campak je merata rata. Huhi.

4.Sikap suka menangguh
Yang ni exactly right ! Hahah. Salah satu bad habit aku dulu kini dan selamanya. Kahkahkah :P Lepas tu bila rasa macam tak sempat ke tak cukup masa ke nak buat mula lah menggelabah tak tentu pasal. Haha. Mohon jangan ikut perangai ni. Ehek !

5.Cerewet dan terlalu memilih
Ada lah certain certain part kadang kadang aku memilih sikit. Macam baru ni aku nak beli kasut sukan, masuk dua tiga kedai tak jumpa jumpa lagi kasutnya. Masuk Al - Ikhsan pun tak jumpa jugak. Memang parah sangat aku ni.Sape yang kena teman aku masa tu muka memang pasrah habis. Hahaha. Tapi sebab dah disogokkan nak belanja itu ini maka dia ikut aje lah. Hahah.

6.Lambat untuk sembuh bila terluka
Yang ni aku rasa tak berapa tepat sangat. Kah ! Aku kalau sedih ke kecewa ke terluka sampai rasa ke lubuk hati yang paling dalam sekali pun senang aje terapinya. Makan. Hahaha. Tak pun aku sibukkan diri aku dengan benda yang aku suka. Masak ke tengok movie ke window shoppping ke. Buat apa nak sedih sedih kan, hidup kena move on. Ihikss :P Setakat ni aku tak pernah lagi rasa terluka sampai kering air mata. Mueheheh. 
Ada masanyaa kena jdi macam ni :)

PENCARIAN SPONSOR GIVEWAY EFG MEGA RAYA

Assalamualaikum & Hello.


EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.

Burger Hijau?

Assalamualaikum & Hello.

Weekend baru ni sepupu aku ke Kluang, Johor rumah kawan dia. Lepas tu entah dekat mana dia makan burger warna hijau ni. Jakun kejap aku tengok. Hahaha. Nani jarang jarang makan burger, bila ada burger yang kalerful gituu mula lah tekak ni teringin jugak nak rasa. Dah lah jauh ke Johor tu, memang kejam tayang gambar burger colourful gini. Heh :P
Korang pernah rasa burger warna gini ?

Monster's Crazy Crunchy Yummeh !

Assalamualaikum & Hello.

Minggu lepas tiga parcel sekali gus sampai. Pehh penat den nak turunkan autograf. Kah ! Abang pos laju awal awal lagi cakap "ada tiga parcel hari ni." Pfttt maluu aku. Hahaha. Salah satu parcelnyaa coklat monster crazy crunchy yang tersangatlah yummeh. Makan sekali confirm nak lagi dan lagi. Aku order banyak banyak terus, bila tak dek kudapan nak makan coklat tu lah yang jadi sasaran. Ihiksss :D
Petang tu balik je mengajar dari sekolah, dalam kepala memang terfikir nak makan coklat ni je. Hahah. Tak fikir benda lain dah. Memang lain macam penangan Monster Crazy Crunchy ni uolsss :P

Siap ada guide lagi acaner nak makan. Ihiksss. 

Balik je terus rendam air panas nak bagi coklat tu cair. Serius cakap, ni coklat jar yang sedap dan murah. Tujuh hengget aje satu ni oiii. Bagi aku yang memang peminat coklat ni memang puas hati bila makan. 

Masa taip entri ni pun aku rasa kecur air liur tengok gambar kat atas. Hahahha. Nak tahu rasa coklat ni macam mana, laju laju terjah website dorang. Confirm takkan menyesal makan. Nasihat aku kalau nak beli, beli banyak terus kalau tak nanti nanges tepi bucu katil tak puas makan. Kahkahkah :P



Happy Weekend !

Assalamualaikum & Hello.

carrot susu yummeh :D
Lepas buat medical check up hari tu Doktor cakap aku rabun. Sejak tu semua yang berkaitan yang dengan carrot jadi feveret aku. Kah ! Sesiapa yang tahu supplement apa boleh ambil untuk atasi rabun ni mohon tinggalkan komen. Ihiksss. 

Senarai Pemenang Segmen Cash by Inani Hazwani

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah semalam dah berakhir Segmen Cash yang Nani anjurkan. Terima kasih kepada semua yang join segmen saya kali ni. Patutnya 30 Mei 2015 baru tamat tetapi atas sebab sebab tertentu saya terpaksa tamatkan lebih awal.


Pemenang yang bertuah ialah : 


Kepada semua pemenang sila Whatssap Nani ( 014 5439384 ) details SEBELUM 25/5 sebab duit akan di bank in pada 26/5 :
NAMA : 
URL BLOG :
NO ACC BANK : SEBOLEHNYA AKAUN MAYBANK.

Terima kasih sekali lagi dari saya sebab sudi memeriahkan Segmen Cash kali ni. 






Segmen Cash by Inani Hazwani l SEGMEN TAMAT !

Assalamualaikum & Hello.

Bismillah. Jom ramai ramai join segmen Cik Manis kali ni. Boleh follow slow slow syarat yang ada. Sponsor pun dialu alukan untuk join.

PERHATIAN !
SEGMEN CASH INI AKAN TAMAT LEBIH AWAL DARI TARIKH YANG TERTERA DI BANNER. TARIKH TAMAT PADA 22/5/2015. HARAP MAKLUM 



Hadiah : RM 20 X 10 Pemenang

Mula : 04 MEI 2015 / TAMAT : 22 MEI 2015

Syarat - Syarat Wajib :

1) Buat satu entri khas segmen ni.
2) Follow blog & Add Google + :
3) Follow Instagram : * Kalau tiada instagram pun boleh join *
4) Masukkan dalam bloglist  blog :
5) Like page :
6) Tinggalkan link url dekat bawah ni.





Senarai Peserta Segmen Cash by Inani Hazwani l SEGMEN TAMAT !

Assalamualaikum & Hello.

Terima kasih kepada semua yang join Segmen Cash by Inani Hazwani. Mohon semak senarai peserta takut ada yang terlepas pandang. Kalau url blog tiada dalam senarai tinggalkan komen di bawah.


92. You're next !

Review Sayidah Napisah l Polis Typo

Assalamualaikum & Hello.

Review seterusnya adalah Sayidah Napisah atau lebih mesra disapa KC a.k.a kakcik. ' Polis typo ' memang sesuai sangat dengan kc ni. Kah ! Bila ada je orang typo dalam wassap mata dia laju je nampak. Bila giliran dia pulak yang typo ramai lah yang kenakan kc balik. Itulah meriahnyaa bila duduk dalam keluarga EFG ni :D

Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti. Kc yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga.Kc dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya. Kc yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net  Hahahaha. Kc dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga.
Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak efg. Rupanya model colgate sejak dari sekola. :D Bercita-cita menjadi cikgu/pensyarah/ngajar tuisyen atau sewaktu dengannya. Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.Bagi yang tidak tahu, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik!
Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik.Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu.

Dalam blog kc ni macam macam benda dia cerita.Yang paling penting kalau terlepas nak tengok drama dekat tv tu boleh lah terjah blog kc ni. Memang laju je dia update episod drama dekat tv tu. Ihiksss. Nak tahu macam macam lagi pasal budak genius matematik ni boleh terjah blog dia.

Pssst kc akak dulu kini dan selamanyaa tak minat bab mengira ni. Kahkah ! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page