Sumbangan Nur Ramadhan Buat Golongan Yang Memerlukan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Berbaki lebih kurang dua minggu aje lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita semua sempat bertemu dengan Ramadhan kali ni. Nani dah mula rasa tak sabar nak pergi terawikh dan berbuka puasa ramai ramai nanti. Masa bulan Ramadhan ni jugak lah sebenarnya peluang untuk kita 'top up' amalan kita yang tak banyak mana sangat tu sebab pahala berganda ganda sangat. Rugi lah kan kalau kita tak manfaatkan sepenuhnya bulan yang paling mulia dari segala bulan ni. Tak sabaaarnya rasa! Tapi dalam kita tak sabar dan gembira nak sambut Ramadhan ni, jangan lah pulak kita lupa mereka yang kurang bernasib baik. Iye lah, tak semua orang senang kan, ada tu yang sampai terpaksa catu makanan untuk teruskan kehidupan dia orang. Sebak pulak rasa bila terfikir sebab Nani alhamdulillah setakat hari ni cukup lagi segala benda. 
Kadang kadang bila tengok dia orang punya struggle nak cari rezeki tu memang rasa kesian sangat. Tambah pulak bila kita ni duduk dekat bandar, memang kos sara hidup tu boleh dikatakan tinggi jugaklah. Kita mungkin tak rasa sangat sebab ada income yang stabil tapi untuk golongan macam asnaf, ibu tunggal semua ni memang besar sangat kesannya dekat diri dia orang. Jadinya sepanjang bulan Ramadhan ni, boleh lah kalau kita jugak sama sama tolong golongan yang memerlukan ni. Mudah mudahan dengan sumbangan kita yang tak seberapa tu boleh berikan sedikit kebahagiaan untuk dia orang. Macam yang kita tahu, amalan yang disarankan untuk kita buat tu bukan setakat solat, berpuasa aje tapi sedekah pun salah satu amalan yang dituntut dalam agama kita. Nani pun berpesan untuk diri sendiri jugaklah ni. 
Sumbangan Nur Ramadhan
SUMBANGAN NUR RAMADHAN 
Korang pernah dengar tentang Sumbangan Nur Ramadhan ni? Actually program Nur Ramadhan ni merupakan program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, golongan asnaf dan jugak ibu tunggal dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan. Setiap daripada golongan ni menerima sumbangan sebanyak RM 150 seorang daripada pihak MAIWP sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri nanti. Mungkin pada kita jumlah tu tak banyak mana tapi sekuarang kurangnya dapat meringankan beban mereka. Pada Nani, program ni antara salah satu inisiatif yang bagus oleh pihak MAIWP dan seharusnya dicontohi oleh kita semua jugak. 
Sumbangan Nur Ramadhan
Bukannya orang tertentu aje yang patut menjalankan tanggungjawab macam ni tapi kita jugak sesama Islam kena lah tolong saudara sendiri kan. Untuk pengetahuan korang jugak, Sumbangan Nur Ramadhan ni diadakan di 13 kawasan parlimen di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Dalam masa yang sama, pihak MAIWP juga turut memberikan sumbangan untuk menaik taraf masjid. Mudah mudahan dengan sumbangan ini akan dapat menggembirakan hati mereka semua. Kita pun boleh lah jugak sama sama tolong. Kalau tak mampu bagi dalam jumlah yang banyak, sikit pun tak apa. Sedekah ni bukan terletak pada jumlah nya tapi ikut ikhlas kita nak bagi banyak mana. Besar ganjarannya bila kita bersedekah. Semoga bulan Ramadhan ni akan memberikan sinar kebahagiaan buat mereka jugak. Jom korang kita sama sama bantu mana yang boleh.
Tidak akan berkurang harta yang diinfaq & disedekahkan dengan niat ikhlas kerana Allah
melainkan Allah akan melipat ganda kan lagi rezeki baginya. 

23 comments:

  1. alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. semoga program sebegini diteruskan ...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga usaha ini berpanjangan dan bukan bermusim sahaja. Rezeki lebih kita kongsi bersama

    ReplyDelete
  4. Ni nak dekat ngan bulan puasa ni, hope ada lagi la program-program macam ni.
    Tapi rasanya banyak je nanti =D

    ReplyDelete
  5. Bagus program ni membantu mereka yang betul2 memerlukan

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...program yang bagus dan patut diteruskan.

    ReplyDelete
  7. semoga dpt membantu mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  8. Semoga dimurahkan rezeki mereka ynag memberi sumbangan

    ReplyDelete
  9. Sumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah buat mereka.moga berterusan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  12. sha dgr golongan gelandangan pun turut xterkecuali dlm bantuan, syukur..mereka xjuga dilupakan.

    ReplyDelete
  13. ramadhan yg lebih bemakna buat mereka

    ReplyDelete
  14. Indahnya Ramadan buat diaorg ni kan

    ReplyDelete
  15. Semoga program ini di teruskan

    ReplyDelete
  16. Semoga murah rezeki mereka yg membantu org lain seperti program ini

    ReplyDelete
  17. Program macam ni memang terbaik

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah. ringan sikit beban untuk yang memerlukan.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, dapat juga meringankan sedikit beban walaupun tak banyak.

    ReplyDelete
  20. Perogram yang sgt murni. Mampu memberikan senyuman buat mereka.

    ReplyDelete
  21. Usaha murni dalam membantu ekonomi golongan asnaf

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillahh. bagusnyaa! #hebatkannengaraku

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah bagus sngt program mcm ni.. <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page