Crunchy Brownies Sedap

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraaang! Apa khabar semua? Heheh. Baru ada masa nak update blog betul betul. Bulan lepas busy sangat sangat sampai kan sembilan entry aje sempat tulis. Hahah! Busy tambah dengan malas lagi memang macam tu lah jadinya. Sekejapnya dah masuk bulan lima, tinggal berapa minggu lagi nak puasa. Tak sabaaar! Tak sabar nak pergi terawikh, tak sabar nak berbuka puasa ramai ramai. Semua lah tak sabar, harapnya kita sempat sampai ke bulan Ramadhan. Actually harini Nani nak share dengan korang pasal Brownies Crunchy daripada #OvenMamakayrul ni. Korang boleh check it out hashtag tu dekat Facebook atau pun Instagram okay! Daan ni bukanlah entry berbayar ke apa, Nani memang nak share dengan korang sebab sedap sangat sangat. Ini masuk kali ketiga dah Nani order dengan kak Kayrul. Heheh. Sebab sedap lah Nani repeat order. Serius tak tipu! Korang suka makan brownies tak? Haa kalau korang sejenis yang suka makan brownies, wajibb try brownies crunchy ni pulak. Lagi sedaap okay daripada brownies yang biasa tu. Nani makan sebalang aje sorang tu. Hahahah! Hadap laptop sambil mengunyah memang tak sedar dah habis sebalang. Eh? 
Ini lah rupa brownies crunchy tu. Dalam sebalang ni ada dalam 45pcs macam tu. Sedaaap sangat korang sebab rangup ala ala biskut Raya tu. Tapi kalau tanya Nani memang tak lah kot nak hidang dekat orang sebab sedap sangat. Hahahah! Crunchy brownies ni pun tak manis sangat macam brownies biasa kita makan tu. Sedang elok lah pada Nani. 
Sebiji lah rupa brownies yang biasa tu cuma ni versi rangup dan ala ala cookies. Nani bagi jugak budak budak ni rasa, sampai dia orang pun terjebak sama nak beli. Hahahah! Jeles betul dengan orang yang terror baking macam kak Kayrul ni hah, semua yang dia buat sedap. Nani kalau bab baking ni kelaut sikit. Kalau jadi tu, memang tang tu jugak rasa nak buat sujud syukur tahu. Hahah!
Dulu Brownies Bites Nani order dengan kak Kayrul ni jugak. Lepas tu tengok ada 'baby baru' ni pulak. Order sebalang time harga promosi hari tu lepas tu rasa menyesal sebab tak cukup weh sebalang. Hahaha! Sedaaap sangat, memang lah tak cukup kan. Ahad baru ni Nani repeat lagi order, bukan sebalang tapi empat balang terus. Adik Nani lah dekat Pahang teringin jugak nak rasa sebab dia kata nampak sedap. Alang alang nak balik cuti PRU ni, boleh lah bawak balik Pahang bagi dia orang rasa. Korang kalau teringin nak makan brownies yang ada banyak versi ni boleh lah tempah dengan kak Kayrul ni hah. Check hashtag #OvenKayrul okay, macam macam lagi jenis kek yang ada. Nani tiap kali tengok mesti terliur. Hahaha! Setakat ni Nani dah rasa semua brownies yang kak Kayrul ni jual, semua sedap dan puas hati. Korang boleh lah try jugak, harga pun muraah sangat. Korang ada yang dah pernah try Crunchy Brownies ni? 

5 comments:

  1. Kalau dah terbusy or termalas nak mengupdate blog tuh memang gitulah jadinya. Samalah akak pun. Kadang paksa juga tulis walaupun tak tau nak tulis apa. HAHAH! Eh! brownies tu kejadiannya berkedut2 tapi sure sedap meletup kan? Huuuu..untunglah dapat makan biskut brownies yang sedappp.

    ReplyDelete
  2. wah tk pernh jmpa lg brownies crunchy...sedap nmpknye tu

    ReplyDelete
  3. As salam. Hmmm...boleh try buat sendiri kalau sempat ni. untuk raya puasa nanti. abam kie follows here. no 927. TQ.

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa tngok yg crunchy niii..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page