Berhujung Minggu di Sungai Tua, Ulu Yam

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuhh dua bulan ni entry tak sampai sepuluh pun. Aiyoo 😆 Hari ni dah masuk hari ke 12 Ramadhan, dah busy buat persiapan Raya ke tu? Heheh. Bila scroll Instagram tengok ada yang shopping baju Raya lah, dah start buat biskut Raya lah, kemain lagi masing - masing. Nani selalunya seminggu dah nak dekat Raya nanti baru mood nak membaking tu datang. Sekarang misi utama nak balik berbuka dengan family dulu. Takzabaaar nak tunggu Khamis ni hah, nak balik Pahang, nak habiskan masa berbuka puasa & terawikh dengan family pulak. After two weeks, baru dapat balik. Actually nak share pasal benda lain dengan korang, tetiba masuk topik Ramadhan pulak kan. Hahah! Hari tu before puasa (tapi baru sekarang nak share) Nani ada lah pergi berkhelah dekat Sungai Tua, Ulu Yam. Rasa macam dah bertahun jugak tak pergi mandi sungai semua ni since banyak gila kes kencing tikus hari tu. Fobia okay, nak nak spesis yang selalu overthinking macam Nani ni. Hahah! Sekarang baru lah rasa macam dah kurang sikit dengar isu kencing tikus ni. First time datang sini so teruja dia lain macam sikit. Asyik duduk dekat area bandar aje, sekali sekala kena lah jugak back to nature kan. 
Sungai Tua, Ulu Yam
 Overall, sungai dekat sini bersih jugaklah, jernih dan air tak ada lah dalam mana sangat pun. Dah dapat berendam dalam air rasa tak nak balik dah. Eh? Hahah! Serius best gila, air pun sejuk aje. Suka lah, mungkin next time boleh repeat lagi. Cuma bab toilet tu Nani tak berkenan sangat. Kotor gila dan tak dijaga dengan baik pun padahal masuk sini kena bayar dua hengget sorang. Bukan lah nak berkira sangat kan dua ringgit tu tapi sayanglah sebab tempat ni ramai orang pergi, sungai pun cantik, bersih, sayang bila toilet tu tak dijaga dengan elok. Nani masuk, rasa nak keluar terus. Hahaha!

Sungai Tua, Ulu Yam
Bila dah berkhelah macam ni wajiblah ada aktiviti bakar bakar ayam. Heheh. Walaupun hari hujan time nak dekat dekat hujung tu, habis jugaklah dia orang membakar ayam. Iyee dia orang yang bakar, Nani tolong makan aje. Eh? 
Sungai Tua, Ulu Yam

Sungai Tua, Ulu Yam
Sekali sekala dapat spent time dekat tempat macam ni bila weekend memang syok habis. Lupa sekejap segala jenis timbunan kerja yang ada. Hahaha! By the way, Sungai Tua ni tak jauh mana pun kalau dari Gombak. Dalam 15 - 20 minit macam tu aje dah sampai. Kawasan dia luas jugaklah, ada jugak pondok dia orang sediakan. Cuma kalau datang lambat, alamatnya tak ada lah pondok apa semua. Hahah! Jambatan gantung pun hado dekat sini, boleh lah fefeeling macam dekat kampung sikit. Dekat sini macam susah sikit nak jumpa kedai makan, rasanya tak ada pun. Hahah! So nasihat aku, kalau nak datang berkhelah sini bawa makanan siap siap. Dekat kawasan parking kereta tu ada aje orang jual tapi burger dengan aiskrim aje lah. Hahah! So prepare siap siap, senang. Nak lagi best, angkut semua dapur masak dekat sana. Baru lah boleh fefeeling zaman camping time sekolah dulu. Gittew! Korang ada tak yang pernah sampai sini? 

13 comments:

  1. kak nanii, ada typo 'kucing tikus' hahaha nampak comel lak typo tu xD
    wuu bestnya siap ber-BBQ. saya kalau berkelah kat hutan tk pernah masak kat situ, semua packed siap2 dari rumah aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Okay fine, baru perasan ada typo. Sama lah, selalu masak siap siap dekat rumah then bawa aje pergi sana. Lagi senang kan.

      Delete
  2. Tak pernah pun sampai lagi Nani. Toilet semua ada disediakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak Nany tapi kotor ya amat. Huhu. Kita orang hari tu balik dengan baju basah basah. Hahah! Kalau ada khemah, better bawa khemah kak, nanti senang nak tukar baju apa semua.

      Delete
  3. Bestnya kalau sesekali lepak macam ni..buat BBQ..lama dh x berkelah macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kak, sekali sekala seronok jugak. Heheh. Seronok bila pergi ramai ramai.

      Delete
  4. amboi seronok die berkelah kt ulu yam siap bbq tu...akak pn lama tk ke ulu yam tu la fobia ngan kencing tikus kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa! Nani pun sejak isu kencing tikus tu takut jugak nak pergi sungai. Bertahun jugaklah tak pergi, baru ni pergi semula.

      Delete
  5. bestnyaaa dapat berkelah tepi sungai.. nikmat betul makan ayam bakar tu .. hehe

    ReplyDelete
  6. Seronok berkelah dik wani...tergugat tgk ayam BBQ tepi air terjun tu haishhhhh...kena berkelah juga nampaknya lepas raya hahaha

    ReplyDelete
  7. Kalau ikut kan umah kak ana nak ke ulu yam nerapa minit je tapi dah berpuluh tahun tak piknik dekat sini. Bab toilet tu memang fail betul. Nak guna pun tak selesa kan. Tak suka sangat bab tu.

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak baca post pasal Ulu Yam. By the way, ayam tu nampak sedap sangat :D

    ReplyDelete
  9. lamanya tak rehlah macam ni dengan fam.. masing2 sebok sepulu seoaoat semua. nak kasi suggestion la dekat diorang nanti.. dulu kami bawak portable stove n pemanggang ajaib ehhe x bakar api =P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page