Jom Terokai Keunikan Utara Tanah Air Menggunakan Kedah Travel Guide!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Cuti sekolah ada baki beberapa hari lagi ni, apa plan korang? Nani sempat buat short trip aje ke Kuantan Pahang baru - baru ni. Dah nama pun short trip kan, memang tak puas sangatlah berjalan pun. Hahahah! Serius korang, rasa macam nak jalan jalan lagi tapi still tengah fikir nak pergi mana. Eh baru balik berjalan, dah fikir nak pergi bercuti dekat mana pulak lepas ni? Eheh. Bila badan dan otak dah penat, memang selalu lah fikir nak pergi tempat tempat yang best. At least dapatlah jugak rehatkan sekejap diri dengan timbunan kerja yang tak pernah habis tu kan. Nani prefer nak pergi bercuti dekat dalam Malaysia ni aje dulu. Ikut bajet yang ada, memang dalam Malaysia aje lah yang mampu. Hahaha! Luar negara tu kena tunggu bila tabung dah penuh lah. Lagi pun dekat dalam Malaysia ni  banyak jugak tempat menarik yang kita boleh pergi. Cumanya kena rajin survey dan baca dekat website dan blog. Kadang kadang ada banyak aje tempat yang menarik dekat setiap negeri dalam Malaysia ni, cuma kita aje yang tak tahu kan. Tapi lepas ni dah tak susah lagi nak cari sebab kita boleh check it out melalui Unseen Malaysia.
Lepas ni memang mudah sangatlah bila kita nak travel dalam Malaysia sebab nya kita boleh tahu destinasi destinasi yang menarik dekat setiap negeri. Macam mana caranya Nani? Haa korang klik aje Unseen Malaysia ni, memang ada banyak sangat info yang kita boleh dapat. Nani pun baru aje tahu pasal ni, so Nani nak lah kongsi kan dengan korang jugak. Heheh. Nani punya plan ingat nak bercuti ke utara tanah air pulak. Hari tu ada jugak baca dekat blog Hafiz Hafizol banyak okay tempat  tempat menarik yang ada dekat Kedah. Selama ni asyik pergi Langkawi aje, rupanya ada banyaaak lagi tempat tempat lain yang best. Hahah! So lepas ni dah boleh lah tukar pulak destinasi bila ke Kedah. Tak sabar pulak nak terokai sendiri negeri Kedah yang terkenal sebagai negeri Jelapang Padi ni. Korang nak tahu tak tempat menarik yang ada dekat Kedah ni? 
Setakat yang Nani dah buat survey semalam, ada a few places yang Nani nak sangat pergi. Tempat tempat makan pun semua nampak best dekat kedah ni tau! Selalunya kalau Nani travel memang bab makan paling laju sekali. Hahah! Paling wajib lah orang kata, memang bab makan tu duduk atas sekali. Eh? Bila lagi kan nak merasa menu menu yang kita jarang jumpa dekat negeri lain macam nasi ulam, laksa kedah dan macam macam lagi lagi lah. Kalau ada pun mungkin tak sama macam yang dekat Kedah tu. Kena makan yang 'original' air tangan orang Kedah baru lah puas hati. Dalam masa yang sama, bila kita travel ke negeri orang ni, boleh lah kita tengok adab dan budaya dia orang. Macam yang kita semua tahu lah, setiap negeri tu ada keistimewaan yang tersendiri. Dekat bawah ni antara tempat yang paling Nani teringin sangat nak pergi. Kalau korang dah pernah terjah boleh lah share pengalaman dengan Nani nanti. Heheh. 
💜 Gunung Jerai
Serius teringin sangat nak pergi sebab ramai orang cakap view dekat puncak gunung tu cantik tak terkata. Walaupun perjalanan nak ke atas tu agak mencabar sebab terpaksa guna jalan yang agak sempit dan curam tapi puas hati lah kan kalau dapat jamu mata dengan pemandangan yang luar biasa. Selalunya kalau orang ke Gunung Jerai ni memang akan bermalam lah dekat atas tu. Ada banyaak aje hotel yang kita boleh menginap. Nani baca dekat Gunung Jerai ni ada jugak Muzium Perhutanan, Air Terjun Puteri Mandi dan macam macam lagi lah. Pada Nani memang berbaloi lah kan kalau ke Gunung Jerai ni. Heheh. 
Kredit : Orang Kedah 
💜 Seri Perigi
Seri Perigi ni pun antara tarikan utama jugaklah dekat negeri Kedah ni. Ikutkan info yang Nani baca, tempat ni terletak lebih kurang 47 kilometer dari Alor Setar. Sekali sekala lari daripada suasana ibu kota, memang syok jugak kalau dapat pergi mandi air terjun. Kalau pergi ramai ramai nanti memang best lah, boleh berkhelah sambil masak masak sekali dekat situ. Seronok betul kalau yang Nani dah plan ni menjadi. Hahah! Tak apa, yang penting kita rancang, nampak lah sikit kan nanti tempat mana yang nak pergi. 
Kredit : Says
💜 Lembah Bujang
Kalau korang ingat lagi subjek Sejarah time belajar dekat sekolah dulu, mesti korang tahu tempat ni. Heheh. Lembah Bujang ni antara tempat bersejarah jugaklah dekat Malaysia. Dekat sini boleh lah kita tambah ilmu pengetahuan sikit tentang sejarah dulu dulu. Nani tak pernah sampai lagi Lembah Bujang, teruja jugaklah nak explore sebab ramai orang cakap best. Boleh tengok candi lepas tu alatan yang orang orang dulu guna macam perahu, pengisar dan batu bersurat. Kalau nak list semua, memang banyaaak sangat. Hahaha! 

Actually ada banyak lagi tempat lain yang best tapi tiga ni memang dah masuk dalam list wajib Nani. Kalau korang nak tahu tempat mana lagi best yang ada dekat Kedah, korang boleh check it out Kedah Travel Guide. Sangat sangat membantu untuk kita yang tak pernah jejak negeri Kedah ni hah. Hahah! Nani suka plan siap siap sebelum pergi at least kita dapat gambaran tempat tu macam mana kan. Kalau nak main terjah aje susah jugak nanti. Macam yang Nani cakap tadi, tak sah lah kalau berjalan tapi tak merasa makanan yang ada dekat negeri tu. Dekat bawah ni antara makanan yang Nani nak cari nanti. Hahah! Gigih kan google info apa makanan yang best dekat utara ni. 
Kredit : Eny Abdullah 
💙Pulut Inti
Semalam google gambar pulut inti ni memang serius terliur weh. Hahah! Nampak sedap okay. Nani pernah beli dekat sini dulu tapi pulut tu lembik dan tawar pulak. Spoil okay rasa tu jadinya. Hopefully dekat Kedah nanti jumpa lah pulut inti yang sedap sampai boleh buat termimpi mimpi. Eh?
💙Laksa Kedah
Paling fav okay laksa ni. Tengok gambar pun dah buat Nani kecur air liur. Semua makanan dekat Kedah ni nampak sedap okayyy! Hahah! Istimewanya laksa Kedah ni sebab dia menggunakan laksa beras buatan sendiri. Powerr sangat lah ni, selalu Nani makan laksa mesti guna yang segera tu aje. 
💙Nasi Ulam
Nasi ulam ni ala ala nasi kerabu gitu tapi yang ni kering sikit. Pernah lah makan tapi tetap jugak nak rasa yang original dari Kedah. Heheh. Orang kata lagi sedap kalau makan nasi ulam yang dekat Kedah sana. 
Kredit : Google
Fuhh banyak dah ni merancang, harap harap menjadi lah nanti. Tak sabar nak pergi bercuti lagi. Nani plan sebelum puasa nanti lah nak pergi. Heheh. Kedah ni antara tempat yang paling Nani teringin sangat nak jelajah selain daripada Sabah dan Sarawak. Korang pun kalau ada pengalaman bercuti ke Kedah boleh lah share dengan Nani dekat bawah ni okay. Travel ni paling best sebab dapat tengok keindahan negeri orang lain lah. Kalau boleh nak pusing pusing dalam Malaysia dulu, nanti ada rezeki lain baru kita pusing tengok negara orang pulak. Korang pun kalau nak travel dalam Malaysia boleh check it out Unseen Malaysia okay, banyak tempat best yang dia orang akan suggestkan nanti. Jangan lupa terjah tau! 

16 comments:

  1. Kedah mmg ada banyak benda tapi jarang sangat org jelajah...Sally ikut trip g Kedah dulu pun banyak benda dapat tgk..huhuhu..bila nak g tuuuuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sally. Kalau pergi pun selalunya Langkawi tu aje lah. Lain lain tempat jarang sangat tengok ada orang update. Heheh. Plan nya before puasa. Hahaha! Tengok lah nanti menjadi ke tidak kann. Hiks :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hi Shafyqah! Eh yeke, Kedah dekat mana tu? Mesti dah familiar sangat kan dengan tempat tempat dekat atas tu :)

      Delete
  3. wahhh bagus eh unseen malaysia ni..mudahlah nti kalau nak pergi travel mana2 negeri..sbb kdg2 kita travel jadi blur mana satu tempat yg menarik dikunjungi hihi..kalau pakai yg ni boleh tengok satu klik sj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus sangat kak El, mudahlah untuk kita ni survey & tengok apa keistimewaan negeri tu. Heheh. Nani ni pun selalu jugak blur nak nak kalau tak pernah pergi tempat tu. Lepas ni dah tak payah risau lagi lah :)

      Delete
  4. bestnya... setiap negeri kt malaysia msti ada tempat2 yg best utk di lawati kn

    akak pun paling tingin nk rasa nasi ulam tuh...
    sawah dulu mmg ingat kedah je ada, tp sbb selangor pun ada sawah... dh biasa jln2 tgk sawah situ dh kurang jakun skit heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasss! Malaysia pun banyak jugak tempat yang best kita boleh pergi. Nani ni dalam Malaysia aje lah mampu nak jalan jalan. Heheh.

      Samaaa kak Dana, Nani pun teringin gila nak rasa nasi ulam yang original dari Kedah. Nani pulak yang dekat Selangor tu tak pernah pergi pun. Hahaha! Pernah pergi sawah yang dekat Langkawi aje. Itu pun sekali kalau tak silap. Selalu berangan nak photoshoot kat sawah padi. Hahahahahhahaha!

      Delete
  5. Wow menarik ni. First time tau pasal unseen Malaysia ni. Ciksue orang kedah.laksa dan nasi ulam tu memang kene try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahhh cik Sue orang Kedah ke, baru tau. Heheh. Boleh lah nanti roger roger cik Sue kalau jadi nak ke sana. Tu lah, teringin sangat nak rasa laksa Kedah tu. Nampak sedap sangat yang kak Eny post dekat blog dia.

      Delete
  6. nice share. bagi saya kalau tempat jalan2 paling best kat kedah mestila langkawi.. "permata kedah".. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalaah Nani pun kalau ke Kedah selalunya Langkawi lah yang dituju nya. Pergi setiap tahun pun tak jemu. Hahaha! Kali ni nak tukar angin pulak ke tempat lain.

      Delete
  7. selalu pegi kedah kat bahagian langkawi jela xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa! Hahah! Dia punya selalu pergi tu sampai dah boleh hafal setiap tempat dekat sana. Tu yang nak try jalan jalan tempat lain pulak.

      Delete
  8. Syoknyaaaaaaaa. Happy weekend :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berjalan ni memang syok. Hahah! Happy Weekend too :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page