Resepi Roti Puri Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Petang semalam rancak dia orang berborak pasal roti puri ni dalam group WhatsApp. Nani pernah lah tengok orang post gambar roti puri ni tapi tak pernah pulak terdetik nak buat. Heheh. Bukan apa, Nani ingatkan susah sangat nak buat roti puti ni hah. Sekali bila tengok bahan bahan dan cara nak buat roti puri ni, baru lah Nani tahu yang nak buat dia sangatlah simple. Dah lah sedap sebab rangup, terus rasa menyesal sebab lambat bebenor baru tahu resepi yang mudah macam ni. Memandangkan cara nak buat roti puri ni mudah, so Nani nak kongsikan dengan korang pulak hari ni. Mana lah tahu ada yang nak try pulak buat dekat rumah kan. Nak buat untuk minum pagi ke, minum petang memang sesuai sangat. Ada pulak kuah kacang dhal memang layan. Kalau malas nak buat kuah dhal, goreng sardin pun ngam jugak. Let's check it out resepi dekat bawah ni okay! 
Nani semalam kuah kacang dhal ada, kuah gulai lemak ada, sambil ikan bilis pun ada. Layaan betul makan. Lagi pun semalam birthday ibu, so kita hadiahkan ibu hidangan lain daripada yang lain sikit. First time semua orang dalam rumah ni makan roti puri. Hahah! Dah makan, suruh buat lagi nanti. Ha sudah, semua dah terkena penangan roti puri nampaknyaa 😆

Bahan bahan untuk buat roti puri ni tepung gandum dua cawan, satu sudu teh yis, satu sudu teh minyak masak dan garam secukup rasa. Masukkan semua sekali dalam satu bekas lepas tu letakkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lepas tu biarkan sekejap dalam 20 ke 30 minit. Nani letak dekat luar aje, tak payah masukkan dalam peti ais pun. Nani ada jugak baca, kalau tak nak letak yis pun boleh. Nanti boleh lah try buat yang tak letak yis pulak.

Lepas tu, ambil sedikit doh tadi dan canai nipis nipis. Kalau ikut resepi yang Nani baca tu, lepas dah canai terus goreng dalam minyak yang dah panas. Pastikan minyak tu betul betul panas, kalau tak nanti tak jadi kembung roti puri korang. Lagi satu, bila dah masukkan dalam minyak panas, kena tekankan sedikit supaya semua bahagian kena minyak.

Masa masuk dalam kuali semalam, nervous jugak takut tak kembang. Hahah! Sekali menjadi roti puri ni. Kemain seronok sangat. Cuma eloknya buat dua orang. Sorang canai doh, sorang goreng. Kalau dah pro, boleh aje buat seorang diri. Bukan apa, Nani baca resepi asal tu dia cakap lepas canai terus goreng. Jangan canai habis semua doh baru goreng nanti dia tak berapa menjadi. Mungkin lah kot kan. Korang boleh lah try pulak resepi mudah ni dekat rumah. Memang simple, bahan bahan pun semua dah ada dekat dapur tu kan. Mungkin yis aje lah kot yang nak kena beli. Heheh. Selamat mencuba! 

7 comments:

  1. roti puri ni macam lempeng keras yang orang jawa masak tu ke?

    resepi macam senang. boleh try buat menu breakfast bebudak ni. heheheh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth
    .
    Salam pagi isnin yang produktif :) Apa khabar sis inani hazwani

    Rajin buat roti puri ya

    Alhamdulillah

    Nampaknya lagi sihat dari makan roti canai

    ReplyDelete
  3. Bestnya tengok.. mmg nampak sedap dan menyelerakan. Lagi puas dpt buat sendiri.. menarik :)

    ReplyDelete
  4. Pandainya Nani buat. Nampak gebu roti puri tu.

    ReplyDelete
  5. Wah pandai nani wat roti puri

    ReplyDelete
  6. 1st time wat puri..mmg jadi
    pas2 x jadi..x kembung..hahaha
    memasak ni ada naik ada turun kan

    ReplyDelete
  7. Nampak macam senang nak buat. Tapi banyak juga masa diambil ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page