Gulai Keladi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kejapnya rasa dah hari Jumaat pun hari ni. Nani minggu ni macam ting tong sikit. Eh yeke sikit? Hahah! Macam banyak aje. Serius lepas kenduri haritu hari hari rasa nak tidur awal sebab penat tak hilang lagi. Bukan apa, bila dah lama tak kenduri besar memang penat tu lain macam betu. Badan pun tak berapa sihat, demam & selsema. Hari ni baru rasa dah sihat sikit. Sorry tau mana yang singgah sini tapi Nani tak balas balik. InshaAllah weekend ni Nani pergi baca entry korang okay! Hari ni nak share dengan korang salah satu menu masa rewang dekat kampung hari tu. Kita orang satu family dengan jiran jiran nenek Nani sekali masak gulai keladi. Kalau dekat Pahang ni selalu aje jumpa gulai keladi ni cuma kena pandai pilih lah sebab kadang kadang ada jugak yang jenis gatal tu. Dulu pernah sekali ibu Nani masak, baru jamah dah gatal tekak. Buang saja satu periuk gulai. Huhu. 
Gulai Keladi
Hari tu buat dua jenis gulai keladi ni. Satu masak tempoyak dan satu lagi buat masak asam rebus. Merewang dekat kampung ni meriah sangat. Rasa macam kenduri dah sebab ramai sangat orang kampung datang tolong. Nanti lah kalau sempat Nani buat entry pasal rewang hari tu. Kemain banyak nak cerita, macam banyak sangat masa dia tu kan. Hahahah! 
Gulai Keladi
Nani memang selalu makan gulai keladi tempoyak ni. Campur pulak dengan ikan bilis sikit, apak sedaaaap! Ada nasi panas, ikan masin sikit fuh bertambah tambah makan. Hahah! Ada lauk lain pun tak pandang dah. Masakan kampung macam ni memang tak boleh nak tolak. 
Gulai Keladi
Nani jarang jarang makan keladi masak asam rebus ni. Dulu pernah tengok orang buat tapi tak pernah rasa. Hari tu pun tak rasa jugak, sebab gulai tempoyak tu lagi menyelerakan. Hahah! Hari tu buat gulai asam rebus ni jugak sebab ada yang tak makan tempoyak. Keladi pun ada banyak, so buatlah dua jenis gulai. Nasib baik dapat keladi yang tak gatal. Kalau tak, tak dapat bayangkan macam mana. Hahah! Dah lah nak jamu orang makan tengah hari 😆 Korang pulak pernah tak makan gulai keladi macam ni? Selalu masak tempoyak ke masak asam rebus? Atau ada gulai lain lagi yang boleh buat. Jom lah kongsi sikit! 

5 comments:

  1. Sedapnya.. gulai keladi, gulai pisang and gulai nangka.. sedap!

    ReplyDelete
  2. Kalau mama pun ambil yg tempoyak.. rare haha

    ReplyDelete
  3. Ya allah asam keladi!! Ya allah kegemaran akak .. nak!

    ReplyDelete
  4. Mak akak kalau masak keladi suka masak asam rebus. Tapi akak tak pandai makan keladi. Apa ntah rasa keladi ni ye?

    ReplyDelete
  5. Wahhh sedap... kalau buat hidangan tengah hari atau makan malam mmg tak cukup sepinggan nasi ni. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page