Bawal Organza | Trend Tudung Terkini

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat tudung bawal dekat sini? Haa, selalunya kita pakai bawal biasa biasa aje kan, apa kata lepas ni try pakai bawal organza pulak! Eh bawal organza tu bawal yang macam mana pulak. Bawal organza ni antara bawal yang paaling senang nak iron, paaling senang nak bentuk. Dah semua senang ni siapa yang tak suka kan? Lagi lagi part yang paling senang nak bentuk tu. Percayalah, kalau tudung tak menjadi pagi tu memang satu hari engko akan rasa badmood. Kaan? Lepas tu rasa semua benda tak jadi. Hahah! Dengan adanya bawal organza ni, tak payah risau lagi dan kalau tudung tetiba tak jadi bila nak pergi kelas atau pun pergi kerja. Lepas ni memang hari hari korang mesti akan ceria bila pakai bawal organza. Dekat mana boleh beli tudung bawal organza ni? Haa korang boleh lah scroll dekat Instagram @thekasyaf.co sanaa! 
Bawal Organza
Kasyfi bawal organza ni didatangkan dengan lima pilihan warna yang dekat atas ni. Paaaling best, semua warna ni warna yang Nani suka sebab boleh match kan dengan macam macam warna baju. Material yang digunakan pun memang jenis premium dan berkualiti tinggi. Dijamin selesa aje bila pakai dan terletak elok aje dekat atas kepala tu. 
Bawal Organza
Manis sangat kan tengok model ni gayakan bawal organza. Oh ya, bawal organza ni bidang 45 tau, standard tudung tudung bawal lain jugak. So memang sesuai lah untuk semua orang pakai. Nak buat macam macam style pun boleh. Ikut suka masing masing! 
Bawal Organza
Memang confirm korang akan jatuh cinta dengan Ksyfi Bawal Organza ni. Serba serbi best. Nak hadiahkan untuk mak, adik, tunang, isteri pun boleh! Mesti dia orang makin sayang lepas dapat tudung bawal organza ni. Ehem. 
Bawal Organza
Harga sehelai bawal organza ni RM 35. Nakk lagi murah boleh mentioned nama Nani. Eh? Mana lah tahu boleh dapat diskaun kan. Hahah! Tapi serius tudung ni nampak selesa dan elok sangat. Nak bentuk pun senang, tak payah berlama lama nak betulkan tudung depan cermin. Mana yang baru nak berjinak jinak pakai tudung bawal tu pun, boleh lah beli bawal organza ni.
Bawal Organza
Dekat atas ni perbandingan Kasyfi bawal organza (KIRI) & bawal organza yang orang lain jual (KANAN). Memang Kasyfi bawal organza ni tak jarang langsung kalau korang beli melalui @thekasyaf.co 😊 Kalau beli mahal mahal tapi jarang, dah satu hal pulak nak kena pakai inner apa pulak kan. Tunggu apa lagi tu, boleh laju laju terjah Instagram dia orang takpun nak lagi cepat, WhatsApp aje dia orang okay! Confirm akan dilayan secepat mungkin. Jangan lupa jadikan Kasyfi Bawal Organza ni sebagai salah satu koleksi korang!
Instagram : @thekasyaf.co
WhatsApp : 017 980 3964


47 comments:

  1. suka bawal organza sebab senang bentuk.. tapi jarang.. ai pula jenis malas pakai inner neck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang jenis jarang, ada yang tak jugak. Heheh. Kalau yang macam Kasyfi ni tak jarang & tak payah pakaininner neck. Aisya try tengok dekat Instagram dia orang okayy! 😘

      Delete
  2. Dah ada satu, hihihi betul, memang senang nak bentuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Senang & elok aje tudung tu terbentuk 😉

      Delete
  3. Replies
    1. Tak sangat cik Nor. Heheh. Try lah beli mana tahu lepas ni jatuh cinta terus 😍

      Delete
  4. Hai Nani ! ;)

    tgh trend bawal organza ni skg.
    errr tapi kan Nani, kain dia tu tak jarang ke ea?

    *tgh cari mood menulis semula T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anaa! Lamanya dia menghilang. Hahah! Seruuu balik mood rajin tu 😂

      Yang ni jenis tak jarang Ana. Kalau beli yang murah tu memang jarang. Heheh. Boleh check it out Instagram dia orang okay! 😘

      Delete
  5. Ibu dah lama tak pakai tudung bawal

    Sejak ada tudung sarung instant dan shawl instant

    Hmm

    Jimat masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Ibu, asalkan yang selesa nak pakai kan 😘

      Delete
  6. IQ baru tahu ada bawal organza ni, macam xkena je kalau IQ pakai, sebab material dia macam susah nak bentuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Try lah duluu mana tahu jatuh cinta terus lepas ni IQ 😉

      Delete
  7. Kain dari jenis tak jarang ni bagus la digayakan. Boleh la PCL rekemen pd mamaD dan anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann! Nani pun kalau tudung selalu tengok dulu jenis jarang ke tidak. Heheh.

      Haa rekemen jangan tak rekemen. Mana tahu Habis dengan Nina berkenan dengan bawal organza ni pulakk 😁

      Delete
  8. tak pernah jumpa lagi...macam-macam trend ada sekarang yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak. Seiring dengan trend semasa katanyaaa! 😂

      Delete
  9. Mula akak mcm pelik gak..organza kan jarang...tapi kalau organza yang x jarang shud be ok kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak SA, ada yang jenis jarang & tak jarang. Kena pandai pilih sebab material kain kalau yang murah tu memang jarang lah 😁 Boleh lah rekemen dekat Dania kak SA. Mesti manis je anak dara tu pakai. Hiks 😘

      Delete
  10. Cantik... Boleh usha ni.... 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa lepas ni beli sehelai terus tau kak Efa 😘

      Delete
  11. wahh uyul memang pakai tudung bawal sekarangg. dulu je shawl.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa boleh lah try bawal organza pulak lepas ni Uyul 😁

      Delete
  12. cantik-cantik pilihan color yang dijual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantuk, nak match dengan baju warna apa apa pun bolehh 😀

      Delete
  13. Singgah blogwalking kat sini..

    1st time dengar pasal bawal organza ni huhu. Tak licin ke pakai organza ni? Takleh nak imagine la pylak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Nampak macam licin tapi okay aje bila pakai 😊

      Delete
  14. kalau akak mmg tak beli lah... mcm ssh nk pakai je...
    tp klau buat bunga popi organza msti cantik hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah duluu kak Dana. Mana tahu elok terletak. Hehehe. Ohh baru tahu boleh buat bunga popi organza jugakk 😊

      Delete
  15. baru tahu apa itu bawal organza? sebelum ini dengar daripada orang sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Boleh lah beli & pakai lepas ni Mardhiyyah ;)

      Delete
  16. x pernah ada lg bawal organza ni... leh try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah buat koleksi bawal organza pulak lepas ni Sheila 😘

      Delete
  17. Cantik.. nampak kemas dan sgt sopan.. menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Material kain pun bagus. Boleh lah rekemen kan dekat orang rumah bro KK 😁

      Delete
  18. Bestnya kalau senang bentuk...tapi saya pakai bidang 60 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Takdek lah lama sangat duduk depan cermin nanti. Hahah 😂

      Delete
  19. Nampak mcm senang bentuk sngat ni. Tapi pelik kan, ada jugak yg pakai jenis jarang punya. Haihh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangaaat awak. Heheh. Tu lah kena pandai pilih. Mana yang jenis pakai yang jarang tu tak tahu lah kenapaa. Huhuu

      Delete
  20. Organza mmg cantik, cuma kena pilih yg X jarang lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Kalau yang mahal sikit ni memang selalunya tak jarang ;)

      Delete
  21. kalau pakai ni automatik nampak bulat sangat kan hehe

    ReplyDelete
  22. Minat bawal jugak... ikan bawal pun suka.. hee

    As for now tak jumpa lagi.. tapi tu lah, dah kalau organza ni nak kena cari yang tak jarang sangatlah kan

    ReplyDelete
  23. Sis masih baru dengan bawal organza ni Nani.. Senang bentuk kot mcm bawal satin..

    ReplyDelete
  24. Macam-macam trend orang sekarang ni :)

    ReplyDelete
  25. Bawal organza pulak. Ingat buat kain baju je. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page