Izeara Xtravaganza Produk Kurus Pilihan Ramai

Assalamualaikum & Hello.
"Tak lama lagi nak Raya sempat ke tidak nak kurus ni?"
"Nanti dah puasa mana larat nak bersenam." 
Hah selalu sangat Nani dengar ayat ayat macam ni kan bila dah nak dekat Raya. Siapa yang tak nak nampak kurus kan, baru lah boleh pakai baju lawa lawa dan cantik masa Aidilfitri nanti. Hiks :) Hari ni Nani nak kongsikan lagi satu produk yang boleh membakar lemak dalam masa 48 JAM ! Biar betul Nani? Iya memang sepantas kilat boleh kurus. Siapa kan yang tak suka kalau ada produk yang cuma sapu aje macam ni lepas tu dah boleh kurus hah. Selagi ada yang mudah, selagi tu lah kita nak ye tak? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi jom baca dekat bawah ni.
Izeara Xtravaganza

KELEBIHAN IZEARA XTRAVAGANZA
  • Lemak boleh ditanggalkan dalam masa 48 jam
  • Strech mark boleh dihilangkan dalam masa tujuh hari
  • Dapat menahan rasa lapar dan menghilangkan selera makan
  • Melawaskan pembuangan air besar selepas satu jam
  • Lemak lemak tepu dan degil dapat disingkirakn dengan pantas

Haaa nampak tak betapa banyak nya kelebihan Izeara Xtravaganza ni tambah pulak spesis yang pemalas macam Nani memang suka bila ada produk macam ni. Bayangkan kalau dah habis kelas pukul enam, dah naik bilik solat apa semua memang tak rajin dah nak turun balik pergi bersenam. So lepas ni kalau tak sempat nak pergi bersenam boleh lah sapu ni sebab dapat juga membakar lemak lemak degil dekat badan, tak ada lah makin bertambah lelemak tu kan. Sukanyaaaa !

Perempuan kan mana boleh tengok berat naik sikit. Hahah ! Nani ni kan kalau nak suruh bersenam memang berapa pusingan je entah, lepas tu memang pancit lah cerita dia. Bila ada Izeara Xtravaganza ni memang boleh membantu sangat lah bakar lemak lemak degil yang kemain payah sangat nak hilang ni. Lepas tu boleh lah kalau nak bersenam sampai sepuluh kali pusingan pun. Gitu. Masa produk ni sampai rumah memang teruja habis lah, terus buka parcel lepas tu sapu sapu dekat lemak lemak yang degil tu. Hahaha ! Kemain tak menyabar nak kurus kan. Siapa tak nak kembali ramping dan berat badan kembali ideal. 

Izeara Xtravaganza
Produk ini juga mengandungi doa dan zikir so tak boleh dilangkah. Kalau dah beli letak lah dekat tempat yang tinggi sikit. 

HARGA IZEARA XTRAVAGANZA 
BIASA : RM 149 .00

Tetapi sekarang tengah ada promosi, korang boleh dapatkan dengan harga berikut:

SEMENANJUNG : RM 109.00
SABAH SARAWAK : RM 119.00

Izeara Xtravaganza

KANDUNGAN IZEARA XTRAVAGANZA

Izeara Xtravaganza
Haaa jangan tak tahu Nana yang famous dengan lagu Memori Berkasih ini pun mengunakan Izeara Xtravaganza ni untuk kekal kurus dan cantik. Patut lah tengok badan Nana maintain aje dari dulu. Siapa tak suka kan badan maintain aje dari dulu kini dan selamanya.  Nani pun sebelum sebelum ni mengharapkan sangat dapat maintain kan badan tapi tak pernah menjadi. Hahaha ! Setiap bulan mesti ada naik sikit (dah kalau tiap minggu pergi makan sana sini dengan kawan) bila masa nak maintain kan. Tapi lepas ni dengan adanya Izeara Xtravaganza ni mana tahu hajat nak maintainkan berat badan tu berhasil. 

Nani tak nafikan ada sesetengah orang takut bila nak cuba produk produk yang boleh kurus macam ni kan. Tapi Nani bagi jamin lepas korang guna produk Izeara Xtravaganza ni memang korang akan jatuh cinta terus. Lagipun produk ni cuma sapu aje, bukan produk makan pun jadi tak perlu risau okay. Cara nak guna pun mudah, sapu sahaja dua tiga titik minyak ni dekat kawasan yang ada banyak lemak. Gitu. Kalau rajin pakailah setiap masa. Macam Nani tiap kali lepas mandi wajib sapu. Memang best je pakai. 
Memang dah jadi rutin sekarang guna produk Izeara Xtravaganza ni. Memang lah tak nampak lagi hasilnya kan, kena lah konsisten pakai baru lah dapat menjadi. Memang suka sangat lah sebab produk ni tak melekit langsung, tak panas dan bau sangatlah menyegarkan. Bila bila masa pakai pun tak apa sebab selesa sangat. Memang suka sangat lah dengan Izeara Xtravaganza ni. Bila Nani bagitau family yang produk ni tak panas memasing macam tak percaya. Iya lah selalu produk produk untuk bakar lemak ni mesti yang jenis panas kan lepas tu kalau tak tahan pergi basuh dengan air. Betul tak?

Tapi korang jangan risau sebab produk ni memang tak rasa apa apa pun, sedap aje bila kita guna tu. Bau pun wangi dan segar sebab dalam kandungan Izeara Xtravaganza ni terdapat lemon dan sebagainya. Boleh tengok gambar yang Nani letak dekat bahagian atas tu tadi. Jarang jarang nak jumpa produk yang boleh bakar lemak (tanpa ada rasa panas) macam produk Izeara Xtravaganza ni jadi memang wajiblah ada sebotol dekat rumah kalau rasa berat badan macam dah makin naik tu.

TESTIMONI PENGGUNA IZEARA XTRAVAGANZA

Izeara Xtravaganza

Izeara Xtravaganza

Lepas baca testimoni pengguna Izeara Xtravaganza ni makin berkobar kobar Nani nak tengok perubahan dekat diri sendiri. Nyaaaah kau lelemak degil dari badan. Hahahah ! Yang penting kena lah hari hari sapu baru lah boleh dapatkan apa yang kita nak kan. Bukan lah sapu hari ni, esok terus kurusss okay. Itu miracle sangat ! Tapi pelan pelan amalkan lama lama dapatlah maintainkan balik berat badan zaman dulu dulu. Korang boleh baca lagi banyak feedback positif dari pengguna produk ini dekat Instagram atau Facebook Izeara Xtravaganza. Untuk maklumat lanjut tentang produk Izeara Xtravaganza ni, korang boleh klik link dekat bawah.

Instagram : izearaxtravaganza
No. Telefon : 013 777 3617







Bila Nak Kahwin?

Assalamualaikum & Hello.
Dah start musim cuti sekolah ni, ramai betul yang pergi jalan jalan. Iya lah minggu ni aje ada masa nak jalan jalan cari makan, nanti dah mula puasa penat pulak. Jeles hah tengok ramai yang bercuti sebab Nani tak ke mana mana pun. Korang ke mana cuti ni? Baru ni aje Nani sempat balik kampung dekat Raub semalaman. Gerak pun dah petang Jumaat, sampai sana malam. Penat punya pasal memang tak borak sangat pun dengan wan & mak cik Nani.

Nak dijadikan cerita pagi Sabtu tu, kitorang sarapan ramai ramai. Memang rutin biasa lah bila balik kampung sarapan ramai ramai, sekali wan Nani tanya "habis belajar bila?" Nani pun cakaplah tak lama lagi habislah, hujung tahun ni In Sha Allah. Tahu apa soalan Wan lepas tu. Jeng Jeng Jeng. "BILA NAK KAHWIN? LAMA DAH BELAJAR" Kau rasa nak jawab apa. Hahaha ! Muka cool aje sambil menyuap nasi kerabu ayam panggang dalam mulut. Kah ! Mungkin Wan lupa umur aku, muda lagi nak kahwin hah. Kasi habis belajar dulu, kerja baru kahwin. Gitu.
Sumber Google 
Doa lah yang baik baik moga yang datang kelak yang baik baik juga 

Sebab Nani senyap tak cakap apa apa, Wan sambung lagi ayat ayat beliau. "TAK ADA PAKWE LAGI KE?" Fuh terus ambil air minum, pandang nasi sambil jeling reaksi orang lain. Hahahah ! Nani pun cakap tak ada lagi, nak belajar dulu. Wan sambung lagi, "CARILAH DEKAT SANA, TAKKAN TAK ADA ORANG MINAT." Tudia, padu hah nasihat orang tua - tua ni, terus masuk meresap dekat dalam hati. Biarlah dulu bab kahwin kahwin ni, mari habiskan belajar ini dulu. Ibu pun suruh habiskan belajar, kalau nak kahwin sangat berhenti belajar. Tak nak den berhenti belajar semata mata untuk kahwin. Eh, calon pun tak nampak lagi. Hahaha !

Nani ni kalau dalam keluarga sebelah abah, memang antara cucu cucu yang hujung dah. Sepupu atas Nani memang ramai yang dah berkahwin ada anak. Anak buah sepupu Nani yang pertama dah tingkatan dua atau tiga macam tu lah. Gitu. Faham, Wan ni concerne pasal cucu dia ni, itu yang asyik tanya bila nak kahwin. Ahaks, sabar aje lah. Ada jodoh ada lah nasi minyak nanti. Eheh :p

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Mini Potluck 2.0

Assalamualaikum & Hello.
Semalam tak sempat nak update sebarang entry dekat sini sebab busy betul seharian duduk dekat dapur memasak untuk tetamu. Ewah ! Bukan setakat nasi ayam aje tapi macam macam lagi menu lain yang ada. Dari pukul lapan pagi duduk dekat dapur buat macaroni & cheese, nasi ayam dengan mango lassi. Power ke tak power ni? Sebenarnya tetamu yang datang rumah ni kawan kawan Nani, insan insan sama masa Mini Potluck 1.0 dulu. Bukanlah bakal suami dengan mak mentua pun yang datang rumah tu *bagi jelingan manja sikit dekat MummyDearie* Hahaha ! 
Rupa macaroni yang belum ditabur dengan cheese dan dibakar. Makan yang macam ni pun dah sedap haa. Macaroni & cheese ni Nani bekalkan untuk dia orang bawa balik rumah sebab masing masing dah kenyang makan nasi ayam. 
Kali ni Nani buat cheese yang tak garing sangat. Elok je cheese tu cair Nani keluarkan daripada microwave. Gambar tak berapa nak cantik sebab lighting kelaut dalam. Hahaha ! Makan macaroni & cheese ni panas panas memang tak pandang lain dah. Nak resepi nanti Nani share lain kali.
Nasi ayam versi seketul Inani Hazwani. Nasi tak berapa nak kuning sangat sebab Nani terlupa nak letak kunyit sikit. Lain lain tu boleh lah, menjadi jugak sebab tetamu pun tolong masak sama. Eheh! Mungkin lepas ni dah makin pro siapa tahu. Mango lassi memang terlupa nak ambil gambar sebab masa tu dah lapar sangat. Mango lassi sedap sangat, lain kali nak buat lagi. Nani ikut resepi chef dalam Rancangan Dapur Dua Pintu dekat tv tu. Hiks :)
Terima kasih sudi datang & bermalam di rumah saya. Drive dari jauh pulak tu, mujurlah ada dua driver kan. Memang setiap kali jumpa aktiviti utama main masak - masak, buat bedtime stories. Hahaha ! Jarang - jarang jumpa haruslah macam macam cerita yang keluar. Jumpa lagi nanti. 

Nasi Ayam Pulak Dah !

Assalamualaikum & Hello.
Sekejap lagi ada tetamu nak datang rumah siap minta nak makan nasi ayam. Kemain sangat kan, kalau ikutkan Nani nak masak nasi putih, ayam gulai lemak dengan sayur paprik. Tapi bila fikir fikir macam banyak pulak nak masak, sekali bila dia cakap nak makan nasi ayam setuju terus lah. Nani tak pernah masak nasi ayam ni, semalam gigih lah cari resepi dan hadam satu per satu cara nak masak nasi ayam. Haaa, nampak tak kesungguhan dekat situ? Nebes nak masak nasi ayam buat pertama kali ni, macam nak masak untuk bakal mak mentua. Kahkah ;p
Habis segala jenis resepi yang ada Nani baca tapi harus lah ambil yang paling senang dan mudah kan. Pertama kali ni kan nak buat mana boleh buat yang susah susah terus. Nanti kang kalau tak menjadi nak kena masak menu lain pulak untuk tetamu Nani ni. Mahu berpeluh dekat dapur tu nanti nak memasak macam macam. Korang doakan eh nasi ayam ni menjadi. Kalau nak kongsikan resepi pun boleh jugak sebab nak masak esok. Hiks :)

SOTO

Assalamualaikum & Hello.
Lepas balik daripada kampung kemain malas nak menghadap laptop. Dah petang baru mood nak menulis datang. Eheh ! Kisahnya dah lama teringin nak makan soto tapi ibu tak ada masa nak buatkan. Baru ini ibu cuti apa lagi ajaklah buat soto. Sebenarnya banyak lagi teringn nak makan, pengsan ibu kalau Nani buat list semuanya. Memang dasar kuat makan, ini duduk rumah jangan cakap lah. Pantang ada masa terluang, mulut nak mengunyah aje. Hahahaha !
SOTO
Puas hati dapat makan soto air tangan ibu. Sedap sangat haa. Air tangan ibu mana pernah tak sedap kan. Semua ibu buat kecuali bergedil, Nani buat sendiri. Ahaaa ! Bergedil senang aje nak buat berbanding dengan soto tu kan. 
SOTO
Fuhh ! Berpeluh peluh makan SOTO dengan samba kicap yang berapi tu hah. Lepas ni boleh lah request menu lain pulak. Eh :p Korang suka makan soto?


Rezeki dari Cameron Highlands

Assalamualaikum & Hello.
Dua tiga hari lepas kawan Nani hantar gambar tengah menikmati aiskrim dengan scones dekat Cameron Highlands. Kemain dia pergi tak bagi tahu pun tup tup dah sampai dekat 'atas' sana. Nani memang dah lama sangat tak jejak tanah tinggi Cameron Highlands, rasanya kali terakhir pergi tahun 2012 kalau tak silap. Malam tu tiba tiba dia datang rumah hantar buah tangan dari Cameron, dapat lah makan buah strawberry dengan buah apa entah satu lagi.
Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi. Eh, hahaha! Rezeki yang tak disangka sangka. Dia tanya Nani nak pokok bunga ke tidak dari sana and I was like "eh eh banyak pulak kerja nak  jaga pokok segala bagai." Dah lah sekarang musim panas berbahang tak sesuai nak menjaga pokok bunga.
Merah menyala hah buah strawberry ni. Nani beli coklat cardburry cairkan lepas tu celup dengan buah ni. Peh memang fefeeling dah ada dekat Cameron Highlands lah cerita dia. Hahaha !
Nani tak pasti apa nama buah ni. Ada sesiapa yang tahu boleh tinggalkan komen dekat bawah. Rasa dia masam masam manis gitu dan ada biji dekat dalam. Sedap ! Nani pertama kali makan buah ni tapi tak tahu apa nama dia. Haih, kurang pengetahuan betul bab bab buah ni. Apa pun terima kasih bagi buah tangan ini. 
Rezeki dari Allah itu luas kan, datang dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya dalam bentuk duit kadang kadang Allah kurniakan kesihatan yang baik dan ahli keluarga yang sentiasa ada di sekeliling kita itu juga dikira rezeki. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Hiks :p



Hampir 13 Tahun Rupanya !

Assalamualaikum & Hello.
Touchdown aje Selasa baru ini terus kena bawa lari dek kawan kawan yang tersayang ni ke Pizza Hut. Nani ajak KFC aje dia orang nak ke Pizza Hut. Kemain eh demand sekarang? Eheh ! Macam dah tak menyempat nak berjumpa hari lain padahal esoknya tu kita orang ada lah buat mini gathering sikit. Gigih haa menunggu dia orang jemput dekat terminal bas walapun dekat setengah jam menunggu. Kalau ikutkan plan asal, hari semalam baru balik Pahang tetapi sebab keadaan tak mengizinkan pagi Selasa dah jejak bumi Pahang ni. 
Almost 13 years and still counting.
Ini pun tak cukup korum sebab ada yang ada hal lain. Bukan senang nak jumpa macam ni, selalu ada aje hal masing masing. Kemain senyum lebar kan, bahagia lah dapat makan pizza yang baru tu hah.
Nani makan yang ni pun dah kemain kenyang, lepas tu nak hadap pizza pulak. Perghh ! Memang balik rumah, malam tu dah tak makan nasi. Kenyang ya amat. Itu pun pizza Nani ambil yang slice kecik dah. Bila semua dah kenyang, ada lagi satu slice tu masing masing tolak. Huhi. 
Apa entah nama nya ni, ada sekali dalam set yang kita orang order. Gambar pizza tak ambil kali ni. Nani ambil dua gambar ni aje pun kemain haa dia orang tegur "Amboi blogger ni !" Hahaha ! Memang seronok sekali sekala berkumpul empat orang macam ni tapi kalau lagi ramai mungkin lagi best. Jumpa lagi Raya nanti. 


HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz

Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz 

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Assalamualaikum & Hello.
Haaa memandangkan bulan Ramadhan tak lama lagi ini kan, mesti lah ramai yang tercari cari Buffet Ramadhan untuk dinikmati masa berbuka puasa nanti. Nani nak cadangkan bulan puasa nanti korang ke Sunway Putra Hotel untuk menikmati lebih daripada 100 hidangan tradisional, resepi turun temurun daripada ibu chef chef di hotel ini. Masakan tradisonal, ummi lebih arif. Kalau dah resepi tu turun temurun daripada bonda chef chef ini mesti lah sedap dan terbaik kan.
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Pertama kali Nani menjejakkan kaki ke Sunway Putra Hotel ini, tentu lah teruja kan. Tambah pulak dapat menikmati masakan daripada chef chef yang berpengalaman ini. Jom tengok antara menu yang sedap sedap untuk dinikmati bulan puasa nanti.
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Kebiasaannya Nani makan daging masak masala aje tapi untuk Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel ini ada Sotong Masala. Sedap ok, sotong ini rasa macam berempah aje. Kalau korang tak pernah cuba macam mana rasa sotong masala bulan Ramadhan nanti jangan lupa terjah ok. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Peha Ayam Kicap Berempah memang marveles. Memang nampak biasa biasa aje kan tapi bila dah makan tu memang confirm tambah lagi lepas tu. Eh Nani lah tu :p Lagi pun nanti bulan puasa, kalau dah penat dengan kerja dekat pejabat nak masak pun mood kelaut kan. Daripada bersesak sesak dekat bazaar Ramadhan nak beli menu berbuka, baik terus ke Sunway Putra Hotel ini. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Ayam Kari Mentega ini memang terbaik, cukup rempah ratusnya yang dimasak sempurna. Tak pedas sangat, sesuai lah kalau nak bagi anak anak kecil makan. Memang ada umphh !
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Biasa kalau bulan puasa, kadang kadang mesti teringin nak makan menu yang macam emak kita dekat kampung masakkan. Apa lagi, memang Sunway Putra Hotel ini lah tempatnya. Mula mula Nani tak ambil pun daging masak lemak cili padi ini. Sekali Kak Diya Nadia "hasut" cakap daging masak lemak cili padi ini sedap sangat, laju ambil pinggan meratah gulai lemak daging ini. Tak rugi oi makan, memang sedap daging pun lembut sangat.
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Ikan keli masak lemak. Kalau dah bosan asyik makan ikan keli goreng berlada, boleh lah cuba ikan keli masak lemak ini pulak. Sedap !
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Tak sah kalau pergi mana mana Buffet Ramadhan tak ada kambing panggang ini kan. Apa yang best dekat Sunway Putra Hotel ini, kambing panggang ini didatangkan dengan pelbagai pilihan sos. Ada sos lada hitam, sos cendawan, sos percik. Macam yang Nani ambik ni sos lada hitam dengan sos percik. Bak kata chef tu, biasa kalau orang kat bandar ni bila rindu dekat kampung mesti ambil sos percik. Haih, macam tahu tahu je chef ni kan. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Bulan puasa kadang kadang masa berbuka tak lalu nak makan nasi, boleh ambil satay dengan nasi impit ni hah. Kuah kacang pekat, satay dibakar garing memang terangkat lah makan. Boleh fefeeling Raya dah nanti dapat makan satay dengan kuah kacang. Hahaha ! Sedap sangat ok. Kalau korang berpeluang berbuka di Sunway Putra Hotel wajib ambil satay ni. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Macam macam jenis salad ada, pilih sahaja nak makan yang mana. Tapi ingat bulan puasa nanti jangan membazir. Biasa lah kan, bulan puasa bila berbuka macam - macam dia nak tapi nanti tak habis pulak. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Kalau tadi dah makan kenyang kenyang dengan menu utama dekat Buffet Ramadhan Sunway puta Hotel, kali ini kita layan pulak pencuci mulut yang sedap sampai nak pengsan ini. Kalau boleh semua nak makan sebab semua sedap dan terbaik ! Dah lah sambil makan didendangkan pulak dengan Lagu Raya, memang feeling habis. 
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Kek dengan puding aje pun dah macam macam pilihan ada. Fuh puas hati betul lah Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel ini.
Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel

Untuk maklumat lanjut sila layari :

Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel
Pinjam gambar Kak Diya Nadia
Terima kasih Sunway Putra Hotel sebab menjemput kami ke Buffet Ramadhan kali ini. Semua muka puas hati dapat makan sedap sedap air tangan chef chef yang berpengalaman ini kan. Untuk yang ingin berbuka puasa di Sunway Putra Hotel boleh membuat tempahan bermula 22 Jun dan ke atas sebab awal awal tu mereka dah fully booked. So korang cecepat tempah ok, kalau tidak nanti melepas nak makan sedap sedap dekat sini.
Harga :
Dewasa : RM 138 seorang
Kanak - Kanak : Dikaun 50% untuk kanak kanak yang berusia 12 tahun ke bawah 
Percuma : Kanak - Kanak yang berusia empat tahun ke bawah

Tempat : Coffee House Sunway Putra Hotel (Tingkat 9)
No telefon : 03- 4040 9888





Selamat Hari Guru l Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum & Hello.
16 Mei setiap tahun pasti akan jadi momen indah untuk insan bergelar guru. Ingat lagi zaman sekolah dulu, bila masuk aje bulan Mei dah mula fikir nak bagi apa dekat cikgu. Kalau dah tak ada modal sangat, pen pun jadi lah nak bagi cikgu sebagai menghargai jasaa yang mereka curahkan. Sejak dah tak bersekolah ni, makin lupa dengan tarikh 16 Mei. Kadang - kadang bila dah tengok tarikh, baru teringat Hari Guru. Masa tu baru lah cari nombor telefon cikgu bagi ucapan selamat hari guru. Alhamdulillah sampai sekarang masih ada lagi cikgu yang Nani berhubung.
Baru ini ke sekolah ada cikgu tanya, "kenapa tak datang masa Hari Guru nanti?" Semua orang macam krik krik. Hahaha ! Langsung tak teringat bulan Mei ni ada Hari Guru. Haih, makin pelupa ni. Tak apa lah, tak semestinya Hari Guru aje kan kita nak meraika cikgu. Hari - hari lain pun tak apa sebenarnya. Biasa nya masa Hari Guru ini lah peluang yang ada nak borak macam macam dengan cikgu. Rindu pulak nak sambut Hari Guru dekat sekolah.
Apa apa pun jangan kita lupa ibu abah kita, mereka pun GURU yang paling banyak berbakti mengajar kita erti kehidupan. Hargai lah semua guru yang pernah hadir dalam hidup kita ni. Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar cikgu. Semoga sentiasa diberi ketabahan dalam mendidik anak bangsa dan terima kasih cikgu ! Mana tahu ada rezeki nanti dapatlah dengar anak murid panggil Cikgu Inani. Hahaha ! Kemain kan  :p

p/s : Kejap lagi ibu balik banyak lah bawak hadiah. Eh !

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)

Assalamualaikum & Hello.
Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)
klik SINI untuk join

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016
klik SINI untuk join 

Mini Gathering 2.0

Assalamualaikum & Hello.
Rabu baru ini berkesempatan ke sekolah lama bertemu guru guru yang banyak berjasa dulu. Mana mungkin mampu jadi seperti sekarang tanpa bantuan cikgu kan. Bila dah ada dekat atas, kena pandang juga insan insan yang pernah membantu dulu. Kalau ikutkan Nani macam segan nak ke sana, dah lama tak pergi. Hampir tujuh tahun dah tinggalkan sekolah tu, rasa segan bukan main menebal lagi. Dah lah main terjah aje, suka hati buat macam sekolah sendiri. Ini kira ziarah cikgu sekali dengan Mini Gathering 2.0 Dua dalam satu gitu. Senang kan !
Suasana yang masih sama macam dulu, rindu terubat bila dapat kembali ke sini. Sempatlah ziarah guru guru yang menabur bakti dulu walaupun ramai wajah baru di sini. Biasa lah itu kan, adat bila di sesebuah sekolah gurunya silih berganti saban tahun. Paling tak tahan bila ada cikgu kenalkan kita orang dekat student, "Haaa, dulu ni semua pengawas sekolah ni." Malu terus, pengawas pun perangai masuk air semua. Hahaha !
Lepak KFC aje lah yang mampu. Semua bajet tengah tak berapa nak ada kan. Nani lagi lah sehari sebelum dah habiskan duit dekat Pizza Hut, lepas tu KFC pulak. Walaupun sembilan orang aje yang ada tapi riuhnya tu macam ada ramai sangat. Suka hati buat KFC macam tak ada orang lain dah, tahu lah weekdays KFC kosong. Heh :p
Dah kenyang ajak lepak taman pulak. Kemain eh kalau berjumpa borak tak ingat dunia. Tengah panas terik boleh pulak tu nak berphotoshoot banyak kali. Hahaha ! Sempat lah dua tiga keping bergambar lepas tu angkat bendera. Panas terik aih tak kuasa nak melompat bagai dekat tengah tu. Apa pun Mini Gathering 2.0 berjalan dengan jayanya. Plan last minute, memang berapa ketul aje lah yang dapat datang kan. Tapi memang kalau nak berkumpul macam ni elok plan last minute, kalau detail nanti selalu aje cancel. 
2009 until now. Eh Eh :p
Gambar tak bersedia langsung hah sebab tetiba aje orang sebelah ni nak bergambar fefeeling macam tengah bahagia sangat. Eheh ! Tudung pun habis senget benget dah jadinya, maklumlah dah hujung hujung Mini Gathering kan. Tambah pulak bergambar tengah panas, memang lah rasa semua tak kena. Mood pun dah kelaut China Selatan. Hahaha !
Driver saya dari dulu, kini dan tak mungkin selamnya. Haruslah kelak drivernya akan bertukar. Hahaha ! Terima kasih ambil dan jemput saya dengan selamat. Apa pun terima kasih menjadikan hari hari saya indah bila bersama dengan kalian. Harapnya ikatan ini kekal sampai bila bila. Macam Nazrul cakap nanti biar anak anak kita pulak buat gathering macam ni. Hahahaha ! Kemain sangat. Sayang semua lillahitaala. Moga kalian dalam jagaan Allah selalu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page