Kenduri Dominos

Assalamualaikum & Hello.
Dua malam lepas Nani dengan classmates buat discussion untuk projek section yang nak kena siapakan. Dah namanya discussion mesti nak ada kudap kudapan masa berbincang. Eheh! Ada kawan Nani yang sorang tu dapat kupon Dominos beli tiga, percuma tiga. Apa lagi, kumpul duit sikit sorang order pizza delivery tiga kotak + tiga kotak pizza percuma = makan sampai pengsan. Haaaa, memang kenyang sampai pagi terus makan Dominos malam tu.
Dominos
Tiga kotak large, tiga kotak regular. Sorang makan dalam empat slices.
Dominos
Nani petang tu dah pergi pasar malam, malam pula makan Dominos lagi memang kenyang sungguh lah. Sekali sekala buat bornding time macam ni hah memang seronok.
Dominos
Gegaran kekenyangan. Hahaha !
Lagi empat kotak pizza tak sempat nak ambil gambar sebab masing masing dah lapar, petang tu tak makan. (Nani je yang gatal sangat kaki nak pergi pasar malam walaupun dah tahu nak makan pizza) Hahaha ! 




Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday

Giveaway Poskad Vintage

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Poskad Vintage
klik SINI untuk join 

Popia Sardin

Assalamualaikum & Hello.
Ini sambungan daripada entri Macam Macam Ada yang Nani tulis semalam. Bila balik Pahang memang banyak lah gambar makanan yang akan dimasukkan dalam blog ni hah. Hahaha. Bukan apa, tiap kali balik cakap aje nak makan apa mesti akan ditunaikan. Baru ni Nani request dekat ibu nak makan popia sardin sebab tak pernah makan. Hari tu masa ibu buat Nani tak balik, kira tuntut balik lah popia sardin. Tengah taip entri ni pun terbayang lagi kesedapan popia sardin ibu. Hahaha !
Popia Sardin
Popia sardin ni senang sangat nak buatnya, sama macam kita buat popia biasa. Cuma kali ni sayur tu gantikan dengan sardin. Ibu Nani buat mula mula tumis bawang dengan lada, masukkan sardin dalam tin tu dengan ubi kentang potong dadu. Popia ni sedap makan masa panas panas tu baru lah rangup. Kalau makan masa dah sejuk memang liat lah jawabnya.
Nani ingat lagi dulu masa kecil tak suka makan sayur sampai kena paksa dengan ibu. Hahaha. Tiap kali buat popia sayur tu mesti bila nak makan, Nani korek keluar sayur. Ada sekali tu Nani sampai suruh ibu tak payah letak sayur dalam tu. Kira gulung kulit popia tu je. Hahaha. Kelakar pula bila ingat dulu - dulu masa tak makan sayur.

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Assalamualaikum & Hello.

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine  


Ramai dah mencuba Thai Red Tea & Thai Green Tea yang sudah menjadi viral di media social. Rata rata mengatakan keduanya lebih kaw dan lebih sedap. Dried Roselle Tea katanya boleh menurunkan berat badan. Boleh diminum panas atau sejuk. Bancuhan sejuk lebih sedap! Kalau nak rasa kesedapan Thai Red & Thai Green Tea ataupun Dried Roselle Tea ni, jemput sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine. Mana tahu ada rezeki nak rasa salah satu darinya.
Khasiat Dried Roselle Tea
Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat
Klik banner untuk sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Syarat ² Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Like Fanpage Blog Azhafizah
Follow Blog 
www.azhafizah.com | nadinesblog.blogspot.my

Follow  Google +
 Nadine Jamal

Follow Instagram
 azhafizahmdnornadines.hutndrajamal 

2. Buat 1 entry bertajuk : Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
3. Copy dan paste code yang telah disediakan di dalam ruangan HTML entry.
4. Publish dan Tinggalkan link entry  & email di ruangan komen entry Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Tempoh Giveaway : 23 November 2015 10:00am- 7 December 2015 11:59pm

Hadiah
1 pek Thai Red Tea x 1 Pemenang
 1 pek Thai Green Tea x 1 Pemenang
1 Jar Dried Roselle tea x 1 Pemenang

Pemenang akan dipilih melalui random picker dan keputusan giveaway akan diumumkan pada 8 December 2015. 

Macam Macam Ada

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu baru ni Nani habiskan masa dengan abah & ibu dekat Pahang. Biasa balik hari Jumaat petang, kali ni Khamis petang dah gerak balik sana. Bukan apa, sebenarnya rindu nak makan masakan air tangan ibu. Hari - hari makan lauk dekat kafe sampai naik jemu, kadang kadang sampai tak nak makan pun ada. 
Popcorn
Gerak petang Khamis tu lepas zohor sebab nak kejar bas pukul tiga lah kononnya, sekali bas ada pukul empat. Heh. Menyesal tak makan dulu sebelum tu,sudahnya popcorn ni hah buat alas perut nak sampai Pahang. Sampai rumah terus terjah dapur sebab lapar ya amat :P 
Bihun Sup
Hari Sabtu baru ni, abah dengan ibu banyak sangat dapat undangan kenduri kahwin. Dah masuk cuti sekolah ni, ramai lah yang buat kenduri. Nani ni spesis yang malas bebenor nak pergi kenduri sebab nak kena gosok baju lah itu lah ini lah. MALAS ! Sudahnya ibu masak bihun sup seperiuk untuk anaknya yang malas pergi kenduri ni hah. Hahaha. Terima kasih ibu. 
Puding Roti
Hari tu tengok Qilah letak gambar puding roti kat Instagram dia pehhh kecur air liur daku dibuatnya. Hahaha ! Nani tak pandai buat puding roti ni hah, hari tu first time try tak menjadi T_T Lepas tu tak nak try buat dah. Ini boleh dikira rezeki lah balik baru ni ada jiran bagi puding roti. Ahirnya, dah tak craving nak makan puding roti. Ewah !



Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda
klik SINI untuk join :)

8th Anniversary GiveAway!

Assalamualaikum & Hello.
8th Anniversary GiveAway!
klik SINI untuk join. 

Lunch di NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Dah masuk lunch hour ni, dah makan ke belum? Kali ni Nani nak recommend tempat makan best di Food Court NU Sentral. Dekat sini macam macam makanan ada, nasi ayam, nasi ayam penyet dan banyak lagi lah. Nani pun first time makan dekat food court Nu Sentral ni hah, selalu pergi The Chicken Rice Shop sebab murah(student price) Bila berjalan dekat Nu Sentral ni banyak pilihan makanan yang ada. Boleh baca entri Nani sebelum ni, Warisan l Nasi Kukus Ayam Berempah, The Manhattan Fish Market & Sangkaya
Food Court NU Sentral.
Lemon Ais & Biji Selasih
Bila cuaca panas, dapat pula minum air ni memang nyaman sungguh lah tekak. Cuma sebab gelas tu tak besar mana, tak boleh lah nak sedut banyak banyak. Hahahah ! Nanti kang tak cukup pula air tu kan. 
Food Court NU Sentral.
Nasi & Daging Black Paper
Nani sebenar dah lupa nama tempat yang Nani makan ni. Hehehe. Kalau tak silap ada perkataan Sizzling macam tu lah(berdekatan dengan kedai nasi campur) Sedap juga makan dekat sini, portion pun besar. Kalau nak makan dekat food court Nu Sentral ni boleh terus naik ke level tiga. Macam macam ada sampai tak tahu nak makan yang mana satu. 

Homemade Pizza

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu Nani cerita pasal Homemade Roti Canai, kali ni nak cerita pasal homemade pizza pula. Tapi semestinya lah bukan Nani yang buat. Hahaha ! Pizza ni hasil air tangan mak cik Nani yang ada bakery tu. Nani ni cuma tahu makan pizza aje, nak belajar buat pizza pun tak sempat lagi. Ewah ! Kononnya kan tak sempat padahal memang tak ada niat pun nak belajar. Nani kalau benda yang kena buat doh bagai ni tak berapa kena dengan jiwa. Tapi kalau belajar buat pastri ke, kek ke Nani suka lah walaupun kadang kadang tak berapa nak menjadi.
Homemade Pizza
Kebetulan masa pergi kedai mak cik Nani ni, dia tengah siapkan tempahan pizza. Kira langkah kanan lah masa tu dapat makan pizza fresh daripada oven. Topping penuh sampai nak melimpah hah. Ni gambar pizza sebelum dibakar. 
Homemade Pizza
Tempting ke tidak? Hahaha ! Nani draft entry ni pukul dua pagi terus rasa lapar bila tengok. Air liur pun sikit lagi nak tumpah. Teruk betul kan perangai. Hari ni nak balik Pahang, kalau sempat nak suruh lah mak cik buatkan pizza ni lagi. Bab makan kemain laju kan Nani :p



Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday

Nasi Lemak Paru Sedap !

Assalamualaikum & Hello.
Semalam niat asal nak keluar pergi bank semata - mata sekali terlecong ke pasar malam pula dah. Hahaha. Tengah hujan renyai renyai tu gigih berjalan dekat pasar malam, dah lah lupa nak bawa payung. Nani jarang sangat pergi pasar malam dekat Petaling Jaya (Seksyen 17) ni kecuali bila mood rajin dia datang. Dua minggu ni berturut turut pergi pasar malam padahal bukan ada apa sangat pun nak cari. Semalam pula hujan, lepas beli terus je balik tak pusing pun satu pasar malam tu :p
Nasi Lemak Paru Sedap !
Nasi Lemak Paru RM3.50
Dekat PJ ni dapat nasi lemak berlauk 3.50 sebungkus tu memang dah dikira murah sangatlah. Ini pun first time Nani beli nasi lemak dekat situ, boleh repeat lagi minggu depan nampaknya. Ehh, hahaha ! Nampaklah minggu depan macam nak pergi lagi kan. Portion besar, ada telur, lauk dengan sambal pun banyak. Abang tu siap tanya lagi nak tambah sambal ke tidak. Haaaa memang puas hati sangatlah dengan nasi lemak ni. Sedap sangat ! 

Man Burger Bakar Kukus Lava

Assalamualaikum & Hello.
Phewww ! Lepas sehari, sehari tangguh nak tulis entry pasal Man Burger Bakas Kukus Lava ni hah. Busy yang amat sangat sekarang, terpaksa fokus mana yang lebih penting dulu. Gitu. Minggu lepas baru lah berpeluang nak makan dekat sini, itu pun masa Nani sampai dia punya beratur memang panjang. Dekat sini semua nya self service, kena beratur dulu lepas tu order & tunggu makanan siap, ambil sendiri. Nani sarankan kalau nak makan dekat sini, datang lah awal sebab nanti ramai orang, lama kena tunggu.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Lepas dah siap order nanti akan dapat lah benda ni. Bila order dah siap dia akan panggil nombor ni. Gitu.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Aiskrim Kacang Tumpah.
Sebab aiskrim kacang tumpah ni lah yang buatkan Nani teringin sangat nak makan dekat sini. Hahaha. Sedap sangat aiskrim ni, lain daripada yang lain. Nama pun unik sangat.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Menikmati kesedapan aiskrim dekat sini. Hikhik :p
Man Burger Bakar Kukus Lava
Chicken Grill.
Nani suka chicken grill dekat sini sebab gravy dia sedap + boleh juga kalau nak add on spaghetti ke cheese ke. Portion ni kenyang lah untuk sorang makan, tak payah add on benda lain pun. Malam tu Nani order satu yang biasa, satu lagi add on spaghetti.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Oblong.
Man Burger Bakar Kukus Lava
Tembikai Sago Lava.
Antara dessert yang famous dekat sini mango sago lava,tembikai sago lava dengan honey dew sago lava. Dessert ni sedap kalau tak cair lagi. Huhuhu. Dalam gambar tu dah cair sebab tu nampak macam apa je kan. Sebab self service, dia akan siapkan semua sekali order baru dia panggil. Mungkin sebab tu lah dessert ni mencair dengan jayanya. 
Man Burger Bakar Kukus Lava
Untuk nak tahu lebih lanjut lagi tentang Man Burger Bakar ni boleh lah terjah mana - mana media sosial restoran ni hah. 
Man Burger Bakar Kukus Lava
Kalau korang nak datang makan dekat sini, boleh waze alamat dekat bawah :D

F-12, Tok Yem's Street Mall
Damansara Damai. 
(Sebelah McDonald Damansara Damai)

Homemade Roti Canai

Assalamualaikum  & Hello.

Ni sambungan kisah balik kampung hari tu. Hahaha, dah lama baru kau nak update kan Nani. Sejak akhir - akhir ni aku dah kembali busy macam dulu. Minta maaf mana yang aku dah lama tak menyinggah blog dia. Line internet dekat tempat aku sekarang lambat bebenor. Satu lagi sebab aku dah masuk sem baru, biasa lah awal - awal sem busy dia lain macam :p Eh banyak pulak dia membebel. Hahaha. Jom lah layan gambar nenek aku buat roti canai.
Homemade Roti Canai
Jangan tanya macam mana nak buat doh ni sebab aku tak sedar bila wan buat. Hahaha. Tahu tahu dah dibulat bulatkan macam ni :p
Homemade Roti Canai
Sebelum goreng roti tu nenek aku jadikan macam ni.
Homemade Roti Canai
Makan roti canai ni cicah dengan samabl sardin / gula memang sedap sangat. Aku yang tengah taip entri ni pun tetiba teringat roti canai ni. Hahahah ! Bila lagi entah dapat balik kampung makan roti canai homemade ni. Nak cuti T_T




Sifat Keibuan

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday
Hahaha. Tak tahu nak cakap apa. Mungkin the power of toungue yang nampak macam keibuan kot. Kahkah :p Hiburan betul lah. 

Barakallah Kak Dibah !

Assalamualaikum & Hello.
Awal November hari tu dapat Undangan Walimah daripada Kak Dibah, masa tu dah niat nak pergi tapi lepas check kalendar baru perasan yang tarikh tu aku baru masuk sem baru. Terpaksa lah padamkan niat hati yang suci murni tu kan. Hahaha ! Ingatkan nak balik juga tapi sebab aku cuma cuti Deepavali hari ni, malas lah nak rushing sangat. Nanti kang tak pasal pasal aku yang kena tinggal dengan bas pulak :p
Gambar kahwin daie adibah rozain

Gambar kahwin daie adibah rozain
Selamat Pengantin Baru buat Kak Dibah & suami. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Makin ramai seniors den masa sekolah ni bina masjid nampaknya. Lalalala :P 



Giveaway CINTA by CN

Assalamualaikum & Hello.

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
p/s : Sorry tak sempat nak blogwalking sekarang sebab I is busy sangat T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page