Postcards Giveaway by Doodles of Life

Assalamualaikum & Hello.
Pagi ni Nani ada exam (maklumlah orang dah sambung belajar kan) so tak sempat nak karang entri panjang panjang. Ecece ! Jom join giveaway Farah ni, syarat pun mudah sangat. Rugi tau tak join, mana tau kalau menang boleh buat koleksi postcards dari luar negara. Gitu. 
Postcards Giveaway by Doodles of Life
klik SINI untuk join :) 

p/s : Doakan tuan tanah ni dapat jawab exam dengan tenang. Habis exam kang I blogwalking. 

Jammed & Jerebu

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni satu entri combined dua cerita terus, hahaha. Bukan apa banyak sangat entri yang tengah beratur nak ditaip. Ewah ! Semalam masa balik dari Pahang ke KL, jalan memang jammed gila. Ada yang geng dengan aku tak, sama sama stuck dalam jammed semalam? Hahaha! Seronok kan makan roti cicah "jammed." Aku gerak dari Pahang dalam pukul 12 sampai KL pukul lima petang. Kau ghase? Perjalanan yang patutnya tiga jam, terus jadi lima jam. Bangun tidur, bangun tidur pun tak sampai lagi. Sobs. Masa dah dekat Gombak, hujan selebat lebatnya turun tambah pulak lagi dengan jerebu, memang kabur betul lah jalan. Kereta pulak banyak lagi lah perjalanan nya makin perlahan. Huhu. Menyesal pulak tak gerak pagi tu tak pun hari Sabtu. 
Sebelum balik tu, ibu pesan dekat aku bawa lah bekal roti ke kacang ke takut jalan jammed nanti lapar pulak. Aku beria tak nak beli, sekali bila dah sangkut dalam jammed, hari pulak hujan, memang lapar sungguh. Dekat RNR pulak memang terus tak dek parking lah, so tak payah berangan nak berhenti ke apa. Terus terngiang ngiang balik apa yang ibu cakap. Hahaha. Lain kali dengar nasihat orang tua Nani, jangan nak ikut kepala sendiri je. Eheh :p
Jerebu
Gambar ni yang semalam punya aku screen short. Pukul sembilan pagi 210, aku tengok balik pukul sebelas lebih macam tu, dah naik ke 230. Dekat Pahang pun boleh tahan kuat jerebunya, hari ni ibu cakap semua sekolah dah tutup dekat daerah aku. Nasihat aku, musim musim jerebu ni banyakkan minum air masak & kurangkan aktiviti dekat luar rumah atau bangunan. Bahaya sangat jerebu ni, jangan nak pandang remeh sangat. Huhu. Aku pun hari ni patutnya ada final exam untuk sem ni tapi sebab jerebu teruk terpaksa ditangguhkan. Jerebu dekat tempat korang macam mana?

Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Hello.
Ada yang dah kembali bekerja ke hari ni? Selamat bekerja di hari raya, jangan sedih sedih pulak. Raya kali ni aku beraya dekat Raub, kampung sebelah abah. Pagi Raya tu macam macam ada makanya makanlah puas puas. Balik KL nanti, jarang jarang nak jumpa makanan yang kena dengan tekak ni hah. Tak payah lah nak jaga makan sangat, kalau dah namanya balik kampung semua yang ada depan mata nak makan. Tak gitu?
Rendang Daging
Rendang daging ni makan dengan lemang, perghh. Sedap gila. Pak cik aku ada lah bakar lemang dalam 15 batang tapi aku tak sempat nak ambil gambar. Bukan apa, masa aku sampai lemang dah siap bakar sebenarnya. :p
Laksa lemak sambal pedas berdesing, boleh keluar air mata makan. 
Ni yang paling tak tahan, petang Raya dah ke sungai dengan baju melayu lagi. Hahaha ! Ayat pak cik aku "dah lama tak jumpa sungai, macam ni lah jadinya." Masa ni ada orang lain sama dekat sungai tu. 
Mula mula je angkat seluar sudahnya basah jugak. Hahaha. Sekali sekala ke sungai macam ni lah jadinya. Budak budak kecik ni suka sangat lah dapat berendam dalam air sungai. Nanti boleh lah kita plan berkhelah pulak dekat tepi sungai ni. Apa pun, Nani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog ni. Jom kongsikan pulak cerita Hari Raya Aidiladha korang. 




HALWA ATTIRE : Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum & Hello.

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire
HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Jeng Jeng Jeng. :p

Resepi Sheperd's Pie

Assalamualaikum & Hello.
Fuhhh, baru hari ni dapat fokus dekat blog. Minggu lepas minggu yang aku busy sangat sampai blog pun terabai. Entri pun dah macam chipsmore, kejap ada kejap tak dek. Apa pun terima kasih yang sudi datang komen dekat sini walaupun tuan blog ni tak sempat nak balas kunjungan. Kejap lagi Nani balas kunjungan awak. Senyum. Eh panjang pulak membebel mak jemah ni, dah jom baca resepi sheperd's pie semudah ABC ni. Ececece ! Over ye engko, Nani.

Bahan - Bahan 

  • Ubi Kentang
  • Bawang
  • Daging kisar / Daging burger
  • Sos Spaghetti
  • Serbuk Lada Hitam
  • Buttercup
  • Cheese ( Nani guna yang untuk topping pizza )

Cara - Cara 

Resepi Sheperd's Pie
Gambar cheese aku lupa nak ambik. Heh. Eksaited sangat kan sampai terlupa :p
Resepi Sheperd's Pie
Mula mula sekali, rebus ubi kentang dengan air garam sampai kentang betul betul lembik. 
Resepi Sheperd's Pie
Lenyekkan ubi kentang tadi & tabur serbuk lada hitam. Macam mashed potato gitu.
Resepi Sheperd's Pie
Untuk inti sheperd's pie, tumiskan bawang dengan buttercup masukkan daging kisar lepas tu sos spaghetti dengan serbuk lada hitam. Tambah air sikit sebab nanti kuah tu akan jadi pekat. Api jangan besar sangat, biar sedang sedang aje. Kalau tak nak guna sos spaghetti tu pun takpe, tapi nanti macam kering sangat. Aku suka yang macam ni.
Resepi Sheperd's Pie
Daging yang dah masak tadi, letak dalam acuan macam ni. Aku buat dalam bekas kecik kecik macam ni sebab rumah aku tak dek loyang yang besar gedabak tu. Hahaha. Lepas dah siap isi daging atas dia letak ubi kentang yang dah siap dilenyek tadi.
Resepi Sheperd's Pie
Akhir sekali, tabur lah cheese atas ubi kentang tu tadi. Aku suka letak cheese banyak banyak.
Resepi Sheperd's Pie
Akhir sekali, bakar lah dalam oven dengan suhu dalam 230, masa dalam 20 minit macam tu lah.
Resepi Sheperd's Pie
Taraaa, dah siap sheperd's pie versi Inani Hazwani. Senang aje kan, bahan bahan pun mudah sangat nak cari. Tunggu apa lagi, cepat pergi beli barang & buat sheperd's pie ni. Memang sesuai dimakan pada bila bila masa. Selamat mencuba ! 








Segmen Ucing Nak Url

Assalamualaikum & Hello.

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/09/segmen-ucing-nak-url.html

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

Assalamualaikum & Hello.
Selamat Hari Malaysia ! Jom ramai ramai join segmen Mommy Irra ni, syarat pun mudah sangat. Cepat join uols petang ni segmen dah tamat.
Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015
klik SINI untuk join 
Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015
Muka orang dah tak cukup tidur seminggu. Sobss T_T  Happy Malaysia Day ! 




Happy Birthday !

Assalamualaikum & Hello.
Minggu ni minggu paling busy aku rasa, sampai tak ada langsung masa untuk diri sendiri. Sobss. Terkejar kejar nak siapkan semua benda sebab dateline tak lama dah. Balik bilik, letak je kepala atas bantal memang boleh lena sampai ke pagi esok. Hahaha. Penat punya pasal kan. Tapi dalam sibuk sibuk tu pun, sempat jugak lah celebrate birthday kawan kawan. Makan free laju je kaki dia pergi :p
 
Dua pizza larger makan malam tu gantikan kek. Hahaha. Dah tua tak payah kek kek lah. 
Paling suka yang ni lah, macam biasa. Hihih. 
Big Apple kongsi sikit sikit sorang. 
Nampak sweet pulak gambar yang ni. Hahaha ! Anyway, happy belated birthday Ain & Muafirah. Semoga dimurahkan rezeki & berjaya dunia akhirat. 





Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Warkah Buat Mak
p/s ; Moga ibu dalam lindungan Allah selalu. 

Sushi King

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat baru ni, kawan Nani ajak makan Sushi King. Nani ni memang tak pernah masuk Sushi King sebelum sebelum ni. Ni kira pengalaman pertama lah makan dekat Sushi King. Gittew. Nani kalau tak pernah makan dekat tempat tu, memang takkan lah pergi sorang sorang, nanti kang terpinga pinga tak tahu nak pilih menu yang mana. Hahaha. Jom lah layan gambar budak first time masuk Sushi King ni hah.
Sushi King
Ada kerusi dekat luar ni untuk orang bergambar tapi sebab masa tu macam ramai je orang lalu lalang aku segan nak bergambar. Hahaha. 
Sushi King
Muka Nani nampak kembang semangkuk masa ni. Hahaha. Mana taknya, tengah makan tu lah diorang nak ambik gambar. Dah tak memasal kena senyum *dalam mulut penuh makanan* Depan Nani tu tiga botol air teh hijau. Teh hijau yang dekat Sushi King ni memang tak boleh diterima oleh tekak Nani. Sekali minum terus tak nak minum dah. 
Sushi King
Yuzu Honey ( RM 6. 30 )
Air ni memula minum tak sedap langsung, pahit. Hahah. Sebab Nani tak kacau dia. Bila dah sebati air tu pehh sedap nauu :D Tak cukup pulak rasa. Kah !
Sushi King
Karaage Don (RM 13. 90 )
Nani pilih main dish yang ni. Sedap sangat. Atas tu ada ayam, bawah tu sayur dengan nasi. Nampak macam sikit kan tapi bila makan memang kenyang. Nasi dekat Sushi King ni memang mengeyangkan. Nani hari tu pun tak habis makan. 
Sushi King
RM 13. 90
Nani dah lupa sebenarnya nama makanan ni apa. Hahaha. Ni kawan Nani punya, sedap jugak sebab daging tu dia bakar dan lembut sangat. Nani pun suka juga menu yang ni. Nanti kalau pergi Sushi King nak repeat order yang ni.
Sushi King
Katsuni Set ( RM 19. 50 )
Yang ni pulak memang portion dia besar, sesuai lah dengan harga dia kan. Sedap jugak lah rasa ayam dia, tapi sebab dah kenyang tak larat dah nak makan banyak banyak. 
Sushi King
Bento ( RM 14. 90 )
Set yang ni ada ayam dengan ikan salmon kalau tak silap. Ikan salmon dia sedap sebab dia goreng nipis nipis. Bila makan tu rasa lembut je isi ikan tu. 
Sushi King
Tori Karaage ( RM 3. 18)
Ni Nani ambik sushi yang bergerak gerak tu. Hahaha. Atas tu isi ayam sama je macam yang Nani punya main dish tu. 
Sushi King
Tempura Prawn ( RM 6.36 )
Yang ni harga dia mahal sikit lah dari yang lain tapi sedap. Untuk sushi yang ni harga dia berbeza ikut warna piring. Ada yang dalam dua ringgit, paling murah lah tu & paling mahal enam ringgit lebih. Kalau tak nak order yang lain boleh je makan sushi yang dalam piring macam ni. Sedap jugak.
Tapi memang puas hati makan dekat Sushi King ni, layanan pun bagus, servis pun laju. Total damage hari tu dalam RM 132. 60 macam tu lah untuk enam orang makan. Nanti ada rezeki lebih ingat nak pergi lagi. 









GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM
klik SINI untuk join :)

SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY

Assalamualaikum & Hello.

GIVEAWAY

(blog anda akan diletakkan di dalam bloglist saya disidebar secara kekal)
TAMAT PADA 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

segmen theyanaonly ni bukan sekadar blogwalking tapi giveaway juga, ada hadiah bagi 2 orang yang bertuah. Macam mana nak join mudah sahaja baca bawah ni apa yang perlu anda lakukan
  1. buat "SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY" (jangan lupa linkkan)
  2. follow blog saya "i follow" (make sure jujur)
  3. follow twiter saya "i follow" (kalau ada twitter wajib)
  4. berapa kerap anda post cerita di blog anda ? (contoh dibawah pilih salah satu)
SETIAP HARI / SETIAP MINGGU / SETIAP 2 MINGGU 
dua orang yang bertuah dipilih dengan cara random.org akan dapat hadiah special

MUDAH KAN JUST COPY CODING DALAM BOX BAWAH NI AND PASTE DEKAT POST KORANG SEMUA TELAH SIAP DI LINK KAN.
TAMAT 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ENRTY ANDA

Pai Tee Chicken Rice Shop

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat pergi NU Sentral masa lunch hour punya lah ramai orang dekat restoran dalam tu. Sampai ke luar orang beratur sebab nak tunggu seat kosong. Habis semua tingkat Nani pergi nak cari tempat makan yang macam tak ramai sangat orang. Nak privasi lah kenkononnya. Hahaha. Tapi kalau dah namanya pun lunch hour, nan hadonya restoran yang tak ramai orang. So, Nani dengan kawan terus decide masuk aje Chicken Rice Shop.
Nani ni satu je masalah bila nak makan, tak tahu nak pilih yang mana. Hahaha. Rambang mata kot tengok segala menu yang ada. Alih alih ambik menu yang sama macam Nani pernah cerita dekat SINI dulu. Cuma tambah denga Pai Tee aje sebab terliur tengok orang makan & orang cakap sedap. Biasalah, pantang orang cakap sedap, dia pun terhegeh hegeh nak cuba. 
Pai Tee Chicken Rice Shop
Memang sedap rupanya Pai Tee ni, rangup sangat. Ala ala makan popia gittew. Sos dia pun agaklah pedas, boleh lah makan. Nani order air cincau mula mula tu tetiba masa dia hantar ice lemon tea. Alahai, boleh pulak tukang ambil order tu tersalah dengar. Kawan Nani suruh minta tukar tapi sebab ramai sangat orang, malas lah pulak rasa. Minum je apa yang ada asalkan sedap. Korang pernah makan Pai Tee? 

GA Pertama MeeyaHani

Assalamualaikum & Hello.
klik SINI untuk join :)

Reinkarnasi

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas masa balik Pahang, sampai je rumah terus abah cakap ada pos laju untuk Nani. Ingatkan apa rupanya buku yang Nani order dari awal tahun hari tu dah sampai. Eh lamanya baru sampai? Sebenarnya Nani order buku Henshin dengan Tribulasi 365 Hari, masa tu baru pre order. Baru ni sis tu cakap buku Tribulasi 365 Hari bulan sepuluh baru ada stok tapi sebab malas nak tunggu Nani pun tukarlah dengan buku Reinkarnasi, Faiz Ibrahim ni. 
Reinkarnasi, Faiz Ibrahim
Buku ni pasal apa Nani? Kalau yang baru lepas putus cinta sampai tak boleh move on bolehlah baca. Hahaha. Tapi bukan lah semua pasal cinta dalam ni, ada lah jugak pasal mak ayah, keluarga dan pengalaman penulis bila berdepan dengan dugaan & cabaran. Pada Nani buku ni best tapi tak tahu lah korang macam mana. Dia punya tahap best tu sampai kan dalam berapa jam je dah habis baca buku ni. Hahaha. Tak rugi kalau korang beli, percayalah ! 

Gambar Kek Cantik & Unik

Assalamualaikum & Hello.

Gambar Kek Cantik & Unik

Semalam masa tengah scroll facebook ternampak kawan Nani share satu post ni. Teruja betul tengok dekorasi kek yang diorang buat. Memang unik dan kreatif lah orang yang pandai decorate kek macam ni. Nani ni even mak cik sendiri ada bakery, tapi tak pernah pun nak belajar macam mana nak decorate kek. Hahaha. Makan aje pandainya. Teruk betul anak dara ni. Jom cuci mata tengok kek yang cantik & unik ni.
Gambar Kek Cantik & Unik
Nampak tak tu. Sekali pandang memang nampak gaya beg real. Tak gaya kek pun.
Gambar Kek Cantik & Unik
Suka lah dengan dekorasi yang macam ni.
Gambar Kek Cantik & Unik
Kek yang ni paling sedap aku rasa sebab banyak gila coklat m&m. Hahaha.
Kreatif betulkan orang yang decorate kek ni. Nani memang kagum lah dengan orang yang berseni sangat macam ni sebab Nani tak pandai buat. Hahaha. Kredit gambar ni semua dekat SINI 



Mini Birthday Giveaway by MiminAdam

Assalamualaikum & Hello.
Mini Birthday Giveaway by MiminAdam | seharian nak juga nak buat persediaan ni. Akhirnya! Mimin merasmikan Mini Birthday Giveaway byMiminAdam Bermula 1 September 2015 sehingga 30 September 2015. Penyertaan anda amat Mimin alu-alukan. Semoga berjaya !

Bismillahi.....

Mini Birthday Giveaway byMiminadam
WishBirthday Terbaik untuk Mimin:

Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada para blogger
2. Copy coding kat bawah sekali
3. Mencipta WishBirthday yang menarik untuk Mimin
3. Klik sini :



4. Follow blog :
MiminAdam, MeraHussain. ShahiraAlfi StudioSafuraraKhaty AimanAlongAna jinggasayidah NapisahNoor Akma, Nurbeuty, WawaWanibahejabellamaisarahGrafixCik enFarhainLittle WeirdoMimi RheemRoseAna, AishaIbrahim

5. Follow Instagram
MiminAdam, dalizgrafix, Shahira rahimaim94, Wawamaisarah_humairaeintan_nurfuzieLittle WeirdoMimi RheemS A BeautyNurBeautAnggunalfiramadhani, ahkakgojesaisya_zuhaili


Tarikh Tamat: 30 September 2015
Senarai Sponsor dan Hadiah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page