Celebrate Birthday Dia

Assalamualaikum & Hello. 

minggu lepas I is ikut kawan kawan pegi sekolah rendah. Dah lama tinggalkan zaman kegemilangan 'kanak kanak' tu kan. Hahahah. ada cikgu cekgi yang dah tak kenal kitorang sebab muka dah lain. Erk. aku rasa muka aku yang paling tak berubah. Ehek ! Habis satu sekolah kitorang tawaf mengimbau balik memori memori nan lalu. Gitu. yang paling tak tahan cikgu menuntut makanan yang aku masak. Haru sungguh ! ayaq tangan saya tak sedap mana pun cikgu sebab tu tak sampai hati nak bagi rasa. cikgu cakap tak lama lagi dapatlah kad kawen dari awak awak pulak. Erkkkkk 

dah siap jalan jalan buat jejak kasih tu perut pun berdondang sayang kitorang lunch dekat marrybrown. sambil tu nak celebrate birthday mak cik tudung biru. tua dah awak kakak. Hahahah !

belanjaa satu gambar iklan gigi. Hahahha. kemain tinggi angkat monopod sampai orang sebelah tak sempat nak senyum. tu pasal muka kena tutup. Haahaha. 

p/s : ada tak sesiapa yang berminat nak jadi sponsor ( cash sahaja ) GA saya. kalau berminat boleh pm di facebook @ email nurinani59@gmail.com



Ephyra Skin Bar

lepas aku baca feedback yang bagus bila guna ephyra skin bar ni aku pun nk lah jugak cuba kan. baru ni aku order lah satu sabun ephyra sebab nak try guna. kadang kadang ada jugak produk yang tak sesuai kulit aku, pernah hari tu aku guna satu produk tu kulit jadi kering bila pakai bedak nampak bertompok. T.T lepas pada tu terus tak consume dah produk tu. 
surat chenta dari abang pos laju. Hahaha. masa tu aku pergi Kuantan  padahal adik aku dekat rumah tapi dia malas nak keluar pegi ambil. Memang kuangasam punya adik. dah tak memasal isnin tu aku suruh abah pegi pejabat pos ambil sabun ni. Eheh !
 
sabun ephyra ni wangi bau dia. aku belah empat sabun ni sebab saiz dia besar lah jugak. masa aku beli tu tengah harga promosi dalam 36 ringgit & postage percuma. kalau tak silap aku harga sebenar 39 ringgit. memang best pakai sabun ni sebab boleh tengok perubahan muka kita. muka aku jenis ada jerawat pasir bila pakai ephyra skin bar ni cepat je hilang. ibu pun dah jatuh hati dengan sabun ni lepas tengok aku guna. siap nak beli yang satu set punya. Hahaha !



Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah


Klik banner untuk join

Berat baby amal adalah 3.25 kg

Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:

1. Follow blog www.irrayyan.com dan
           instagr.am/rayyankata

2. Follow blog sponsor

3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com

4. Follow instagram

Jalan Jalan Kuantan

ni cerita minggu lepas lepas lagi tapi baru hari ni nak up entri. Hahaha. tajuk je jalan jalan kuantan tapi jangan berangan nak baca pasal aku berlari lari riang di tepi gigi gigi pantai sambil ditiup semilir sepoi sepoi bahasa sebab memang nan hado.masa aku tersangatlah padat. kalau nak baca pasal jalan jalan pantai semua kena tengok kat blog Nadia.Wahaa ! aku pegi Kuantan sebab ada urusan di Tanjung Lumpur so sambil menyelam kita minum air. Gitu. 
lepas selesai semua urusan terus gerak cari gerai gerai tepi jalan nak beli keropok. Hahaha. masa aku ambik gambar ni ada lah dua tiga orang budak muda dok perli aku. Heh ! dekat sini memang tempat buat keropok lekor. boleh tengok cara diorang proses masak apa semua lah. 
sebab jarang jarang jumpa satar kan haruslahh borong banyak sikit. dekat tanjung lumpur tu bersepah gerai gerai jual keropok, satar ni semuaa. sebab nak balik cepat kitorang pun beli semua dekat situ.
 
sedapnyaa lahai. tetiba rasa nak makan lagi satar.Hahahah !
 
otak otak dekat gerai yang aku beli tu tiga baru seringgit. murahnyaaa. confirm akan datang lagi gerai mak cik tu. Ewahh !





Pernah Tak?


aku pernah buat macam ni. bukan pernah sebenarnya tapi selalu. Hahahaha :P

Wordless Wednesday : Cinta Hati

anak buah I kembar ^^

Comotnyaa Dulu

semalam aku tengok balik album lama lama dekat fb kawan aku. Homaii rasa nak gelak guling guling tengok muka sendiri. boleh pulak keluar dalam kepala "eh aku ke ni dulu". Hahaha ! dulu muka pun macam hape je. masa pegi sekolah tak fikir pun tudung serabai ke bedak tak letak dekat muka pun langsung tak kisah.sekarang kalau tak letak bedak pun cool je tapi kalau tudung serabai tu rasanyaa fikir tiga pat kali nak keluar. Eheh. faktor usiaa gittew ~ 
 
kantoii bawak henpon pegi sekolah. ehhh. nostalgia betul telefon tutup bukak tu.ya ampunn berminyaknyaa muka aku dulu. Hahahah. dulu mana ada nak guna guna produk kecantikan apa semua. sabun mandi je jadi sabun muka aku. dua dalam satu katanyaaa !
 
sejak dari sekolah rendah lagi aku memang dekat betul dengan duit. Ceh ! masa ni kira duit untuk prank birthday kawan tak silap. masa form four aku pernah pegang jawatan bendahari dalam oraganisasi rasmi sekolah.aku pun dulu budak akaun sebenarnya. Ehek ! dekat dengan duit tapi tak kaya kaya pun. Hahahah :P
haruslahh aku yang belah kanan tu. Idok nya berubah muka ni hah. macam tu lahh dulu kini dan akan datang agaknyaa. Rindunya zaman jadi budak budak dulu takyah nak fikir pasal apa apa. Muka comot pun tak kisah. Hahahaha. 









Teaser : Cuti Cuti Malaysia



hari ni busy so kita bagi teaser lah sikit. Eheh !


Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Selamat Pengantin Baru Achu

Assalamualaikum.sekarang ni kan musim cuti sekolah memang jadi musim orang bina masjid lah kan. dulu masa kecik kecik bila cuti sekolah suka main kahwin kahwin atas pondok. Hahahaha ! Sekarang dah besar cuti sekolah pergi kenduri kahwin orang. cuti sekolah bila entah turn aku pulak. Ehhhh :P
ni gambar masa bertunang.tunangnya pagi petang akad nikah. ^^

achu ni sebenarnya adik ipar sepupu ibu. tapi dulu dia duduk dengan sepupu ibu masa tunggu result spm sebab tu lah rapat.aku tak pergi pun kendurinya sebab jauh sangat ke nogori sembilan.

Barakallah Achu ^^

Wordles Wednesday : Ehhh


Ada event di sebalik gambar ni sebenarnya tapi tak update lagi. 

ps : mood vacation is turning on !

Mood Malas Menyerang !

since cuti cuti malaysia ni kemain malas sangat nak update entri. Hahaha. nak bukak laptop pon malas. makan aje rajinnya. ehhh. banyak benda nak cerita tapi ai malas nak taip. macam mana tu? 
sebab aku banyak sangat baca orang cakap coconut shake klebang ni sedap aku pun terpengaruh lah jugak nak rasa. Hahha. pehh sekali rasa memang nak lagi tu pun kalau sanggup nak beratur panjang di tengah panas. so kalau nak beli borong banyak terus. Memang dijamin sedaap !


p/s : nanti mood RAJIN dah datang kita taip entri panjang panjang sikit ^^



Betul Ke?


Terbaca ni semalam masa scroll dekat instagram. Hahaha. kalau dah jodoh tak ke mana lah. Jangan risau!



ps : orang malas memang entri pendek pendek aje. Lalalala !

Segmen Bloglist by JINDRISSKA


klik SINI untuk join :D

Wordless Wednesday

kawan nani pos duit guna pos biasa & letak nama macam tu. Hahahah. gelak guling guling aku baca mujur lah sampai duit aku tu kalau tak buat naya je. kenapa tak bank in? sebab duit tu bawah lima hengget. =,=

Ehemm * Batuk Berdarah *


semalam scroll facebook tetiba jumpa yang Cik Naddya share ni. Hahahah. yang mana satuu ni??



Terima Kasih SS

Terima kasih SS bagi ole ole dari Singapore. Ihikss. jom terjah blog SS  ramai ramai. Wahaaa :P


p/s : entri pendek sebab tuan tanah  busy T_T

GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris


(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Inani Hazwani 
instagram id : inanihazwani


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Lontong Goreng

ni minggu lepas lepas punya cerita rasanyaa. Hahaha. sebab I dah tak dek modal nak tulis pasal apa hari ni. dulu masa kecik kecik aku tak minat langsung makan lontong ni walaupun tiap kali raya ada mak kawan abah(aku panggil dia nenek) akan masak lontong masa raya pertama sebab dia tahu abah nak makan. Gitu. so tiap kali raya pertama mesti pergi rumah dia tapi aku akan makan dengan uah kacang bukan dengan kuah lemak yang banyak sayur tuu. aku ni tak berapa nak telan jugak sayur mayur ni semua kecuali carrot. carrot kan baik untuk mata katanyaa. Eheh :P
kebetulan siang tu ada event lepas tu nasi impit ni tak habis aku bungkuslah bawak balik rumah sebab tetiba aku teringat resipi lontong goreng yang Munirah Hayati tunjuk dekat blog dia hari tu. gigih lah malam tu aku buat projek memasak dekat dapur. akhirnyaaa siap lah jugak lontong goreng versi campak campak. Gituu. semua dah cukup rasa apa cuma lada terlebih sangat sampai aku rasa nak menangis makan. Hahahaha. lepas ni kalau nak buat lagi lada kena kurangkan sikit. Ehek !

Gugurnya Air Mata

ni kisah edisi throwback lah sebenarnya. hahahha. cerita yang dah bertahun tahun lamanya dulu. biar pun bertahun tapi masih segar di ingatan. Ewahhh :P nani dulu masa sekolah tak dek lah cemerlang sangat sebenarnya. masa darjah enam UPSR dapat 4A 1B aje pun. masa tu B nya sains kalau tak silap. tapi aku punya menangis macam dah tak boleh belajar lepas tu. Hahahah. sampai kan aku punya cikgu bm jumpa lagi bagi motivasi. aku sedih sebab kawan kawan aku semua dapat 5A cuma aku sensorang je sangkut B satu. tapi bila fikir balik tu semua ketentuan Dia kan T.T
masa form one aku dipaksa rela masuk asrama. Hahhaha. pehh hari hari nangis nak balik. tapi lama lama ok je. mampu je duduk asrama sampai habis spm. masa exam pmr result aku dalam 4 ke 5 A je. sekali lagi aku buat drama air mata sampai tak nak bercakap dengan orang. even ibu cakap tak pe dah buat yang terbaik kan. aku ambik result terus balik rumah sebab sedih sangat. masa tu ada 19 orang rasanya budak sekolah aku  dapat 9A. 9A sebab dulu sekolah SMKA.

masa f5 aku pulun belajar habis habisan tambah pulak roomate aku jenis rajin jugak study petang petang. bila tengok orang lain study kita pun akan jadi rajin jugak.Percayalah ! Dulu kitorang satu bilik bertiga je sebab pegang jawatan penolong ketua pelajar. siap bilik air dalam bilik. dah macam duduk hotel pulak. Ihiks. so takkan lah nak dapat result cikai cikai kan. Malu ahh. alhamdulillah masa result SPM keluar aku pegi dengan abah je. lepas bukak je result aku pergi bantai menangis dulu. Hahahah. sambil menangis tu aku pegi dekat abah aku cakap "abah kak dapat 6A 3B" lepas tu abah jauh sikit dari aku abah pegang mata dia & aku nampak air mata abah menitis. abah tak cakap apa apa dengan aku sampai dia tenang. perasaan aku masa tu cuma Allah yang tahu. bahagia sebab dapat gembirakan hati orang yang kita sayang. bila aku tengok abah macam tu lagi lahh murahnya air mata ni mengalir. sebak, gembira semua ada. even tak dapat straight A's tapi ada rasa kepuasan. satu je yang kena pegang bila nak berjaya kena ada usaha. yang penting jaga hubungan dengan allah dan manusia in sha allah bahagia. bila dah makin besar barulah pandai kawal emosi sikit. Hahaha. dengan kejayaan tu lah aku mampu berada di tahap selesa sekarang. alhamdulillah.

bila ingat kejayaan dulu dulu boleh jadikan motivasi untuk terus kuat ! 







Wordless : Suami Sebelah Rumah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page