meneruskan kembara

meneruskan kembara ke mana tu ? hoho.mestilah meneruskan kembara mencari ilmu. hari ini akan kembali semula ke pusat pengajian dan semestinya aku akan sibuk dengan kelas, tugasan etc. grrrrr.. dan aku jugak akan kekurangan masa untuk blog ni..h0h0 :( nampak gayanya kena ready siap siap fizikal dan mental. no more HOMESICK.hahaha :P
kembali mengejar cita - cinta untuk sampai ke puncak kejayaan. in shaa allah. mudah mudahan dipermudahkan semua.. rabbi yaasir wala tu 'assir rabbi tham min bil hairi.
niat yang baik in shaa allah akan dipermudahkan oleh Allah.
p/s : tiba tiba rasa teringin nak pergi Krabi. hahaha. apekahhh ? 

dia cinta hati saya ^_______^

amboii tejuk entri kemainn lagik dia. hahaha..sape cinta hati tu?? ngeh ngeh ngeh. mesti lah abah dengan ibu den. aku kan masih bawah jagaan mereka :)
sebenarnya semalam masa otw nak balik kampung , tetiba ibu pesan macam ni dekat aku..

ibu dah bahagi bahagi dah duit ibu dalam bank sikit2. dekat abah sikit, dekat awak sikit. nanti kalau ibu dah tak dek pandai - pandai lah guna duit tu. ibu tak dek harta yang banyak nak tinggal dekat awak, sikit2 tu adalah . mati ni bila - bila masa boleh

serius masa ni aku nak rasa nangis laju laju. tetiba ibu cakap pasal mati. tersentap aku sebenarnya. tapi aku tahan air mata aku dari gugur. aku cuba berlagak tenang tapi dalam hati allah je yang tahu.. sebak gila rasa. yes , sejujurnya aku belum bersedia kalau ibu dan abah pergi. tapi kematian itu pasti :)
ibu & abah :)
ibu dapat anugerah guru cemerlang baru ni :)
Dear ibu dan abah :
walaupun ibu dengan abah tak mampu nak bagi harta yang banyak macam orang lain tapi cukuplah dengan kasih sayang , kebahgaiaan & kesenangan mampu menghiburkan hati ni. . kalian adalah permata yang paling berharga..
Ibu dan abah bukan berjuta tapi cuma satu,
bukan untuk diguna tapi untuk dijaga,
bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi,
bukan untuk sementara tapi untuk selamanya,
bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati,
bukan untuk untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui,
bukan hanya di sini tapi di mana - mana ,
bukan setakat ini tapi hingga ke syurga - Nya :)
sayang ibu & abah ketat ketat.. kalian adalah penawar setiap kedukaanku. tanpa kalian lelahlah jiwaku.kalian adalah pendorong kejayaanku. terima kasih atas segalanya. :)
pesanan penaja : kematian itu pasti sama ada ada cepat atau lambat.. :)

sabtu yang tak seronok :(

bangun pagi tadi tetiba rasa tekak perit sangatt sangatt + hidung tersumbat.. oh my, ni petanda awal nak selesema + demam. . ibu pulak ada sekolah ganti hari ni maka tinggallah aku dengan abah je dekat rumah. sebenarnya ibu dengan abah baru baik demam, SAH berjangkit dengan ibu & abah ni. hoho. 
tapi tu lahh , walaupun tekak aku tak berapa nak sihat hari ni, selera makan aku tetap sihat.. ewaahhh .. :P tadi abah ajak sarapan dekat luar aku pun macam lipas kudung bersiap. kihkihkih. makan punya pasal..mandi pun ala - ala kadar je.. sejuk oihhhhhh. rumah aku tak dek heater macam rumah korang,.hihi..

tosei gulung :)

tetiba tekak aku nak makan ni. hahaha. 




grrrr. licin habis.. 

ingatkan tak sihat tak habis rupanya habis jugakk. hahaha. dashat betul anak dara ni. dah siap makan , balik rumah telan panadol. ibu cakap petang karang baru pergi klinik.. lemau aku dengar perkataan klinik tu. tapi tak pe, sakit tu kifarah dosa .fikir positif kan :)


p/s : pagi ni sarapan dengan abah makan tosei gulung, petang karang rasa macam nak ajak ibu makan Mc'd je. ehhhhhhhhh. sihat ke nak demam ni??? hahaha :P

sepetang di kampung ^_______^

 
lalalalala. senang hati betul gayanya. hihihi. ofcourse ler senang hati sebab dapat berhujung minggu di rumah. alang - alang dah tak dek kelas kan, jadi haruslah aku balik. kihkihkih. :P
petang tadi ibu dengan abah bawak aku balik kampung. dah lama sebenarnya aku tak balik tengok wan. dashatt betul cucu dia sorang ni, belajar sampai tak hengatt nak balik jumpa wan. 
bubur cacar :)
aku tak sure betul ke tak nama bubur ni,hihi. wan masakkan untuk cucu dia yang jarang2 dapat balik ni hah. terharuuu tau  :) aku ni memang minat bubur tahap dewaaa. haha. tak kesah lah bubur apa semua aku tibaii. tapi bubur nasi aku kureng sikit banyak. hehehe :D
tapi memang tiap kali aku balik, wan akan masak macam - macam untuk aku.wan memang suka nak naikkan berat aku. hahaha. choiii :P
maghrib di kampung :)
memang seronok sangat bila dapat balik kampung. sebab nya suasana kampung sangat sangat tenang dan mendamaikan. kalau aku diberi pilihan memang aku nak sangatt duduk dekat kampung. tapi tu lah, ibu tak sanggup nak berjauhan  dengan aku.. ewaaaahhhh :P

sesattt oihhhhhhh !

tadi aku ikut lah ibu dengan abah pergi kenduri kahwin dekat satu felda ni.. guess what? kami SESAT! haha. "seronok"sangat main pusing2 dalam felda orang tu. kad pulak ibu tak tahu campak mana. main redah je lah tadi. pulak nya tu, diorang langsung tak letak bunga manggar ke apa ke dekat jalan nak ke rumah pengantin.. grrrrrr.. nyesal pulak aku ikut kali ni..
lepas syiokk sangat main pusing2 dalam felda tu, abah pun berhenti lah tanya orang dekat situ. lepas tanya tu baru lah jumpa rumah pengantin. haha. dalam felda pun boleh sesat kann.. 
ni dekorasi pelamin tadi. simple tapi cantik :)

aku makan bubur kacang ni je :)

sebenarnya waktu sarapan pagi aku dah makan nasi putih + daging goreng berlado.. gilaa kalau nak makan nasi lagi tengah hari tu.. kenyang dah oihh.


ewahhhhhhh :P
hahaha.. belajor pun tak habis lagi ada hati nak kawen lepaih ni.. saje je pegang benda tu. aku nak nikah bila dah ada tittle Dr. dekat depan nama aku nanti.yeeeeha.. 
ehhhh, mana gambor pengantinnya? ahaaaa, aku tak sempat nak bergambar dengan pengantin sebab nak balik cepat. pengantin pun masa tu tengah bersiap2 lagi. so aku malas nak tunggu jadi aku ajak ibu dengan abah balik.. hihihi. 
pesanan penaja : lepas ni nak pi kenduri kawen make sure ado kad. kalau tak nanti main pusing2 lah dekat situ macam aku. hahaha :D

segala :)

apa yang segala? hihi. tajuk lagu sebenarnya. tetiba jadi minat dengan lagu ni. mula mula dengar dulu rasa macam biasa je tapi bila dh lama sukaa pulak. haha. tetiba time tengah selsema ni boleh layan lagu ni .hahaha..  :D
takdir kita dua bersama
mekar cinta bertaut mesra
riang tawa menghangat segala
hadirnya mu mengikis sepi
dan yakin ku cinta ini pasti

namun resah tiada mampu ku sembunyi 
dia hadir mengukir senyummu kembali
dan ku perhati di sudut kecewa
lena mu di pangkuannya
rebah ku kehilangan segala

bersama janji ku bermimpi
bintang terang malapnya dimamah sepi
namun di kala diriku kan kecewa
harap ku dikau bahagia mengejar suratan sempurna 
dirimu bersama dia

walau ku berilusi
mengharap dirimu pastinya kembali
di kala rindu dan resah bersengketa
sekadar dihambat duka
senyum indahmu padanya
redha ku melepaskan segala


bestt kann.. lalalala.. layannnnnnn. :P

pesanan penaja : kadang2 tak semua yang kita nak tu kita akan dapat & tak semua yang kita dapat akan jadi milik kita selamanya :)

#throwback # ulu bendul , negeri sembilan

malam ni den nak share sikit banyak pengalaman den pi nogori sembilan..hihihi.. * macam tak jadi je cakap nogori* hahaha. sebenarnya hari tu den ikut kawan den balik rumah dia. naik keratapi woo.. tapi paling tak syokk masa tu air cond keretapi rosak.. berpanas lah den dengan kawan den selama beberapa jam.. erghhh..
orang cakap jauh perjalanan , luas pemandangan. tak gituu? sekali sekala nak jugak tengok keindahan kampung orang kan.. hihi..rasalah pengalaman bertandang ke rumah orang tiga hari dua malam. dah lama bonar rasonya tak pi nogori sembilan.. paling den tak boleh lupa masa gi ulu bendul.. memang nyaman tempat tu :)
see. jernih gila air sungai dekat sini :)
serius cakap, kalau tengah stress datang tempat nni memang boleh tenang. sangat cantik & indah ciptaan Allah . masa sampai sini mula2 memang teuja. haha. 1st time sampai sini , memang gitu.

sejuk gilosss air sungai ni. den pun pergi sini pagi time tu.hihi.


seronok tengok budak kecik ni main air.kalau ikut hati nak main sekali. tapi maluuu lah den.. hahaha.. dah besau nak main2 air.. tidakk lahh rasanya.. 


ehhhh ehhh . nak jugak menyelit gambar kita :P

hanya mampu duduk atas batu je.. hahaha.. ok lah kann .. even tak mandi tapi dapat jugak rasa air sungai tuu..bukan selalu dapat pergi negeri orang .. dah datang baik kutip sebanyak banyaknya pengalaman kan.hihi . ekcelli kita teman budak kecik tu main air.. =P


yang ni paling den sukaaaa.. padiii.. sepanjang perjalanan nak pi ulu bendul , kiri kanan den semua padi. cantikk sangat.. masa ni ada satu pasangan pengantin tengah photoshoot dekat tengah2 bendang. #aku pulak  masa tu boleh berangan nak bergambar macam tu jugak time kawen nanti .. hahaha. masalahnya dekat pahang tak dok padi . jadi , abaikan angan2 mat jenin tu.. hihi. :D

memang best merantau ke negeri orang ni.. macam2 kita dapat belajar benda baru.. ada rezeki nanti den nak pergi lagi sanaaaa.. nak bergambar kat tengah2 bendang.. ahaksssss ..  :D







welcome to the world :)

alhamdulillah , kita baru timang sepupu baru.. seronok sangat. awal bulan hari tu dapat sepupu ipar baru and now dapat sepupu baru. welcome to the world , princess :) sukanyeee tengok dia.. ^_____^



baby girl ni dilahirkan di Hospital Columbia Asia, Cheras :)



comelnya dia :) 

kalau tak silap aku nama baby ni Suri A'isha. mudah mudahan nanti dah besar jadi anak yang solehah dunia dan akhirat.


lepas ni abang adam ada gang lah nak main dekat rumah.tak dek lah nak kacau kak nani buat kerja dah.
hihihi .. :)

alhamdulillah , lepas ni makin besar Malek's family. mudah mudahan kebahagiaan yang diberi ini kekal untuk selamanya. aminn :)


Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

jom join segmen dekat bawah ni :)

klik SINI untuk join :)

jom sama - sama kita kenali blogger lain & mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin :)




makan , makan , makan dan makannnn :)

yeeepppiiii .. amboi, senang hati betul tuan tanah ni. ahaaa, ofcos ler tuan tanah suka hati. dah lama kot tak balik rumah. hari tu masa sepupu aku kawin pon aku tak balik, sob sob sob.. sedih gilaa time tu , semua orang balik untuk majlis tu then aku sensorang tak balik sebab ada kelas. sedih gilaa .. T ____T
hanya mampu tengok gambar dalam lappy aje time tu.. huwaaaa..
now bila aku dah balik rumah , ibu dengan abah layan aku macam2. sape tak suka oihhh .
semalam ibu dengan abah bawak aku makan western.. saje tau nak kasi berat badan aku naik.miahaha. aku pulak dengan riang ria senang hati order MIX GRILL. ok dapat bayangkan tak berapa banyak kolestrol yang masuk dalam badan aku
hahaha. dalam mix grll tu ado ayam , daging dengan kambing. grrrr . balik rumah memang makan aje kerjanya. hahaha. =P
ni aku memang tak mampu nak habiskan sudahh.. tinggal fries dengan sayur yang kecik2 tu. ( aku tak tahu nama dia apa sebenarnya ) hahaha . =P
pagi tadi pulak ibu cakap ada jeli kelapa dalam peti. guess what? kaki aku laju aje menapak ke dapur. haha. makan lagi :)
& petang ni ibu buat kuih badak berendam. kenapa nama dia badak berendam ? jangan tanya aku sebab aku memang tak tahuu. yang aku tahu , balik ni aku banyak gila makann.oh myy, hancusss dietku . hahaha . nampak gayanya kena lari keling padang petang ni. hohoho. buleh ko tu ? jeng jeng jengg.
apa apa pun , terima kasih ibu & abah sebab layan anak ibu dengan abah macam ni. suka sangat2. nanti bila dah balik confirm HOMESICK. kahkahkah. dah besor panjang pun nak ngada2 jugak lagi dengan ibu & abah. hihihi. :)

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

jom join segmen ni :

klik SINI kalau nak join ,,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page