Bergaya dengan Tudung Labuh Berfesyen

Tudung merupakan salah satu aset yang sangat penting bagi seorang muslimah. Kalau dulu aku selalu pakai tudung bawal atau pun tudung sarung je bila nak ke bandar. Tapi since aku masuk SMKA dulu sikit sikit aku ubah penampilan aku. Tudung yang pendek tu aku mula labuhkan. Alhamdulillah aku kekalkan sampai sekarang. Siapa kata pakai tudung labuh tak boleh nak berfesyen? Boleh je sebenarnya. Sekarang ni pun banyak yang jual wide shawl, tudung sarung labuh kannn.

ni gambar masa raya hari tu. aku pakai wide shawl warna grey. memang selesa dan cantik :)

Sejuk mata memandang wanita yang bertudung labuh bukan? Jika dahulu, masyarakat mempunyai persepsi bahawa ‘wanita yang bertudung labuh semuanya ustazah’. Rasanya, kini tibalah masanya untuk kita menukar persepsi tersebut. Bertudung labuh merupakan alternative bagi para wanita untuk tampil lebih sopan dan menutupi keseluruhan bahagian tubuh. Dengan revolusi fesyen yang semakin berkembang, kini terdapat beberapa cara untuk memakai tudung labuh tetapi masih kelihatan fashionable.





Being fashionable tidak bermaksud kita harus membuka aurat. Dan tidak salah untuk berfesyen jika kita tahu batas-batas yang telah ditetapkan. Tengok gambar-gambar selebriti seperti berikut, masih tampak begitu cantik dan menyerlah walaupun dengan berpakaian Muslimah dan bertudung labuh. 





Apa kata kitacuba variasikan gaya lilitan tudung. Jika kita merupakan penggemar shawl, gunakan wide shawl untuk memastikan lilitan tersebut cukup labuh untuk menutupi bahagian dada.




Kita juga boleh memakai tudung bawal atau pashmina yang berbidang lebar. Selain itu, jika kita lebih selesa dengan pemakaian tudung syria, pastikan kita memakai inner terlebih dahulu di bahagian dalam. Pastikan inner tersebut cukup labuh sehingga melepasi bahagian dada. Kemudian sarungkan pula hoodie atau tudung fullmoon di bahagian luar. Apa pun jenis tudung pilihan kita, pastikan kita selesa memakainya!










44 comments:

  1. betul tu.
    ingt zaman skolah teringin benor nak pakai tudung labuh.mcm ala ala ustazah tu
    bila apply tengku mahmod tak dpt..
    terus frust.hahaa.
    so, pakai biasa biasa ja. asalkan tutup dada..

    ppsstt: betul la kt kedah skrg musim hujan
    nasib masa pi nuri blm hujan walaupon awan berarak mendung..ece..ce..wah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. frust menonggeng ke ciksu? heee. betul asalkan tutup dada :)
      amboii awan berarak mendung. kemahen lagii ciksu. heheheh :P

      Delete
  2. cantik je semua. :) ..suka tgk org pakai tudung labuh. alhamdulillah, sekarang cuba labuhkan pemakaian tudung sendiri plak :)... doakan. moga istiqamah (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. in sha allah. kalau niat betul Allah tolong kann :)

      Delete
  3. susah bebenor nak lilit, is selesa dengan gaya ringkas mingkas macam ustazah norhafizah musa tu ja...

    buh pin kiri, buh pin kanan, atau pakai yang bulat teruih..

    hohoho

    haritu ada try, tapi lamaaa ja incik suami duk tunggu~ jenuh tengok tutorial bagai.. hoho (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha. kan kalau sangat letak je pin dekat kiri dengan kanan :)
      tengok tutorial karang lambat pulakk :)

      Delete
    2. ana pon suka wide shawl atau shawl yg labuh2.
      selesa pakai sbb blh cover dpn blkg hehe

      Delete
    3. betul :) wide shawl sentiasa menjadi pilihan :)

      Delete
  4. Replies
    1. Hahahhaha. kena buat satu entri lah untuk dapat barang free. wuhuuuu :D

      Delete
  5. salam perkenalan...terus follow sini...

    skrg nie dah ada macam macam fesyen utk muslimah bertudung...bertuah kita yang memakai tudung nie...ada byk pilihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pekenalan jugak dari cik manis :)
      betul :) macam macam fesyen boleh pakai sekarang ni. kalau zaman dulu tu tudung bawal je lah. hahahha :P

      Delete
  6. sweet nya cik manis bertudung labuh! suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh. terima kasih kak ujie :) baru bertambah manis kann. hahahha :P

      Delete
  7. Betul. Berfesyen tak semestinya perlu mendedahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan sis :) fesyen fesyen jugak syariat allah kena jaga :)

      Delete
  8. manis sungguh owner cikmanissweet ni haaaa.
    psstt~ Nani kalo dpt FREE nti, share la dgn ana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. manis lah sangatt :P
      okay kita tengok nanti hadiah tuu boleh share ke tidak dengan Ana. macam tak je . ehhh :P

      Delete
  9. sy suka pakai hijab yg tak perlu gosok :D end up memang pakai pashmina je, tapi tengah musim sejuk ni, okay la nak pashmina, boleh cover neck dari angin sejuk. tapi kalau musim panas, fuhh, berpeluh2

    hanisamanina.com



    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun. tak payah gosok senang & jimat masa kann..kalau pakai pashmina musim panas memang boleh buat sauna. bhahahah :P

      Delete
  10. betul tu, tudung ka shawl ka, janji selesa, tak jarang, dan tutup dada. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu betul :) bak kata ustaz kazim nak pakai guni pun boleh. hahahhaha :P

      Delete
  11. Akak pun sampai hari ni masih selesa dengan wide shawl..dah la murah,labuh pulak..jimat sangat..heheh

    ReplyDelete
  12. sekarang nie tudung labuh dah banyak pilihan dan fesyen.. hihiihi. cantik ja tudung kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. pilih je mana yang berkenan. asal ada duit boleh beli :)

      Delete
  13. setuju! banyak sangat dah jual tudung labuh labuh sekarang. even shawl pun skrg kebanyakkannya semua bidang besar. nak cari bidang kecik susah dah. menutup apa yg sepatutnya, ringan beban ayah kita dekat akhirat nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn munirah :) kita tutup aurat sempurna beban ayah ringan. in sha allah ke syurga :)

      Delete
  14. betul! now that dah makin fashionable, semua perempuan makin berusaha ke arah lebih menutup. Alhamdulillah.

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... tudung yg menarik.. kemas & nampak sopan.. :)

    ReplyDelete
  16. Tudung tak menghalang kita dari berfesyen..

    Yg penting bahagian dada dilabuhkan..

    Manis sopan ayu je bertudung labuh gitu :D

    ReplyDelete
  17. yup betul lani dah maju labuh pn still bleh begaya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak :) berfesyen tak salah asalkan ikut syariat :)

      Delete
  18. Aaa, cantiknyaaa nanii. Sangat sweet. hehe

    Scha suka bawal. Senang. Kalau ada event, bru lah pakai shawl. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah. sweet jugakk scha :)
      nani ikut mod. kalau malas ambik je bawal sarung dah siap .

      Delete
  19. betul. saya suka shawl labuh. hahahaha.. dulu pendek, lepas masuk mrsm, terus amalkan tudung labuh. sampai skang melekat. rasa awkward bila pakai tudung pendek. rasa macam ada orang tengok je. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lahh dengan kitaaa. bila pakai tudung pendek rasa macam peliksss sangat sangat. sebab dah terbiasa dengan yang labuh kan. mudah mudahan kita kekalkannya :)

      Delete
  20. Tp xsuka org jual pndek nk mmpos kt depan tuh. Mahal je lebih..ciss

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak pun yang jual tudung kecil tapi mahal ya rabbi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page