kenduri kenduri kenduri ^ ^

semalam lepas habis je majlis merisik sepupu aku ,terus bergegas balik kampung..penatnya jangan cakap lah..hoho.sampai kampung tepat pukul 12.. sebenarnya aku tak banyak sangat gambar majlis merisik semalam.dekat bawah2 ni aku tunjuk sikit gambar kenduri dekat kampung. :)

hehe.ni tuan tanah masa majlis mersisik semalam :)

ni antara desert yang ado.hihi..banyakk kann..


ni kek puding kalo tak silap aku.. :)


ni pulak red velvet..


ni pulak ciskek leleh & kek biasa hihi :)


ni pulak puding cendol 
ni puding keladi. * gambar agak kabur.. hehehehe.
banyak kan desertnya? hihi.sebenarnya mak cik den ado bakery..dia lah yang buat semua ni.den tolong tengok je sambil2 tu belajar.haha. nak tolong lebih2 tak reti.hikhik. 
p/s : in sha allah bakal meneruskan kembara mencari dan menimba ilmu.. semoga dipermudahkan segala.
rabbi yaasir wala tua'sir.rabbi tham - min bil hairi :)

2014 Bloglist Blog Celoteh Cik Yaya

hihi..jom join segmen bloglist ni :)

KLIK SINI kalau nak join :)



Pencarian Bloglist Bulan Februari / Mac 2014

join segmen ni. :) siapa ada kelapangan tu jom join :)


~ salam jumaat ~

hari ni bangun awal dari biasa sebab tak bolehh nak tidur..hoho.. now tengah bersiap - siap nak ikut ibu pergi pasar.kejap lagi adik - beradik abah nak makan dekat rumah.. kali ni sebab pergi pasar memang tangan aku takkan ambik macam2.bukan macam entri sebelum INI .aku ni bukannya kaki masak pon nak ambik macam2 dekat pasar tu..hewhewhew..
before keluar kena sarapan dulu..hihi..terliur?okay, pi cari cepat.. :P

dah berdoa ke belum?hari ni hari jumaat, banyak waktu2 yang in sha allah dikabulkan doanya.jom doa banyak2..tapi sebelum tu, dhuha dulu :)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w menyebut tentang hari Jumaat, baginda bersabda 
"Di har Jumaat ada satu ( waktu ) kalau bertepatan dengan muslim
yang mengerjakan solat, dia memohon sesuatu kepada Allah
melainkan dipenuhi permintaannya.
Hadis Sahih Muslim

Resipi : Kek Gula Hangusss

sejak bila rajin buat kek ni? sejakk ada orang risik2 nk buat aii jadi menantu dia..hahaha..praktis awal2 baru jadi menantu kesayangan..miahahaha..merapu sudahh.. sebenarnya buat kek lagi senang kauu dari masak gulai.. hihihi.. tadi tengok bahan2 nak buat ada , maka terjadi lah kek gula hangus..buat minum petang hari ni

mula - mula goreng gula sampai hangus.. pastikan api sederhana tau.



 kemudian letak air panas & kacau sampai gula cair + butter. cik manis lupa nak ambik gambar yang dah dicampur dengan butter.hihi.

pecahkan telur.ikut berapa banyak nak buat.cik manis pakai tiga biji aje..


pukul telur tu sampai kembang


bila telur dah kembang letak tepung gandum + soda bikarbonat = jdilah seperti dia atas


bakar dalam ketuhar 30 minit suhu 150 darjah


HANGUS???????!!!!!!!!!luaran je..dalam okay apa.. h0h0.. =P

 tengokk. ok kan dalam dia. gebu lagi tau..
hahaha.selamat mencuba resipi kek gula hangus ni..try & error je ni tadi.tup tup jadi.sukanya kita..hihihi..now bersiap - siap nak pi hantar kek ke rumah bakal mak mentua..eh , bukan rumah mak sedara.hihi.. 

bola air gergasi buat aku jakun

mood : sedih sebab terpadam semua komen dekat entri..huwaaa.. entah macam mana tadi boleh tertekan butang delete.hmm.sob.sob.sob.
baru hari ni dapat update belog sebab tiga hari lepas aku join satu program luar ni. so kawasan tu tak dek  line macam mana nak updatee belogg kann. tadi lepas ibu jmput terus bawak aku pergi mall..penat pon dok ilang lagi doh gi berjalan ..dekat situ ada lah satu tempat indoor game baru bukak.aku ni eksaitedd laa sampai heret ibu sekali masuk.haha.walaupun dalam tu penuh bebudak aje..kesah pulakk aku kann..


ni first time aku tengok depan2 belon air gergasiii nii..sebelum2 ni aku tengok dalam tv (rancangan Cutipedia @ TVIQ )aje.. jakunn kejapp tapi seronokkk oihhh.. bestt je aku tengok bebudak tu main..tak main sekali ke cik manis? aah, kau nak suruh aku buat Maharaja Lawak Mega dekat situ , suruh semua semua orang gelak tengok aku. haha .. tak hingin walaupun dalam hati teringin. mihmihmih. best kot guling2 dalam bola gergasi tu.. 


nampak tak budak dalam bola gergasi tu? bersungguh tau budak tu nak gerak kann bola dia dalam airr tuu..hahah..sebab kempunan tak dapat main bola gergasi tu, lepas ni nak suruh abah buatkan lah..hahaha.. ngada2 betul kan, dah tua bangka nak main lagi macam budak2. haha. nak ke abah buatkan?? hmmm..



lepas jalan punya jalan keliling mall tu, pi lah makan keyefcii..hahaha..sedapp kott yang baru ni.. kalau tak rasa lagi pergi lah cari cepat.. h0h0 .. =P


ehh , bukan tiga je ke ? asal ada empat? special customer memang gituu..miahahaha.. boleh buat sendiri je kot lepas ni bebola ni .. * ni ayat paling bajet aku pernah cakap .hahaha..masak gulai terkial kial selak buku ada hati nak buat bebola pulak.. VRAAAVOOOO.. haha .. 

pssstt. nak tahu cik manis pi program apa nanti cik manis updateee dalam entri lepas ni .. hihi


Resipi : Kek Batik

wohaaa.. cik manis buat kek batikk.. alah, kek batik je ponn cik manis.. * aku ni dah lah jarang memasak so bila aku masak, kena lah bangga sikit.. mihmih..aku main campak2 aje sebenarnya tak sangka pulak jadi kan. try and error lah sebenarnya tadi tu.



aku buat dia tak kering sangat sebab aku suka yang moist2 gitu..kalau kering sangatt nanti tak sedap, tu tekak aku lah kan.korang aku tak tahu lah macam mana. nak buat kek batik macam dekat atas ni ? okay, jom scroll down tengok resipi.. walaupun korang cakap benda ni senag je tapi aku tetap nak jugak kongsi resipi. hihihi .=P

bahan2 yang korang perlukan:
~ milo
~ susu pekat
~ biskut marrie ( aku tak tahu lah boleh ke tak pakai biskut lain )
~ butter cup
~ gula sikit

mula2 korang cairkan butter tu tapi api jangan besar sangat . takut nanti dia hangus pulak..butter ni untuk pekatkan coklat tu nanti . lepas tu masukkan susu pekat + milo + gula sikit .. tapi kalau tak minat manis sangat tak payah dah letak gula tu..kacau lah korang punya coklat tu sampai dia mendididih. lepas dah siap tutuplah api tu.. patah- patahkan biskut marrie tu dan letak lah dalam coklat yang kita dah masak tadi. sebatikan biskut marrie tu (pastikan semua biskut tu kena coklat )& letak dalam acuan. siap. boleh lah simpan dalam peti :)


mudah kan? esok pakat2 lah pi pasaraya cari bahan2 nak buat..hihi.. ni lah resipi kek batik cik manis. fisrt time dan menjadi. suka betul hati kita... lalalalala . =)
p/s : kalau nak bagi masakan kita tu sedap adunkan sekali kasih sayang & cinta dalam makanan tu.
  in sha allah sedapp .. =D

Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei

jom join segmen ni..sampai akhir bulan disember ni aje tau . :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page